Thursday, December 2, 2010

Home » » Tiada lagi ku dengar kidungmu

Tiada lagi ku dengar kidungmu

Salam bahagia,

Bila telah sampai janji Allah, tiada lagi dapat bertangguh walau sesaat pun..

ilanov2008
Ila : Mar 1990 – 1 Dec 2010

AlFatihah buat Ila, adik Ema. Semoga roh mu aman di sana dik. Ila ni makSu kepada Haris & Aidil. Salam takziah buat Man (suami Ila), makcik (mak Ila), Ema dan adik-beradik dan anak2.. semoga tabah melalui kehilangan ini.

Sebab kematian – sesak nafas. Sebaik di bawa ke Hospital Tg Karang, di sahkan sudah meninggal. Mujur ada anak sedara bapa tirinya yang bekerja di Hospital Tg Karang, maka segera diuruskan tanpa melalui post-mortem. Pihak hospital juga uruskan proses mandi dan kafan jenazah serta hantarkan jenazah pulang ke Changkat Tin.

Menurut kata makcik (mak Ila), memang Ila ade mengadu sakit dada, tapi takde le bawa check up ke doktor.. hanya sapu minyak dan urut2 jer. Untuk makluman semua, Ila tinggal di Sabak Bernam dengan suaminya. Depa baru menikah 4 bulan lepas.

Alhamdulillah, sudah selamat di simpan di Changkat Tin pagi tadi. Jenazah tiba dari hospital Tg Karang malam tadi (x pasti jam berapa.. lupa nak tanya). Kami (ibu tumpang makNgah miela) sampai menziarah jam 1 pagi.. bertolak dari Ipoh jam 11 lebih.. singgah makan di Tg Tualang, Ibu tak makan, minum jer. Turut sekali menumpang kereta Ixora makngah Miela adalah maksu enon, maktam & opah nasi lemak (makbonda ibu la).

Hampir jam 2 pagi baru bertolak balik ke Ipoh.. ibu sampai rumah jam 3.02 pagi. Mujur le perjalanan balik tu makngah miela yang drive, kalo pakngah yang drive.. buleh luruh jantung ibu.. Terpaksa juga menziarah lewat malam tadi sebab kalo nak ziarah pagi ni memang tak sempat.


ema anak2
Ema, Aidil & haris

Haris pastilah teramat merasai kehilangan ni, memang sejak kecil diasuh oleh Acu Ila.. maafkan maklong yer abang haris.. maklong bukan sengaja nak tanya macam tu, cuma maklong nak tengok reaksi haris (teringin menguji jiwa kecil si anak berusia 5 tahun).. bergenang airmata haris bila maklong tanya,  “kenapa dengan Acu?”  tak sanggup rasanya menatap wajah penuh sayu.

Buat Ema.. kuatkan hati.. jangan sedih2 sangat.. nanti effect pada baby pulak…

p/s:
keputusan Mari teka part 2 dah ade. Esok lah yer.. hari ni memang betul takde mood nak siapkan n3 tu.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .