Tuesday, December 7, 2010

Home » » Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah

*sticky for 3 days*
5 - 7 Dec 2010


Salam bahagia dan salam ceria…


Hari selasa, 7 Disember 2010… kita kan menyambut permulaan bulan Muharram untuk tahun hijrah 1432H. Salam Maal Hijrah buat semua.


maalhijrah1432h

Ibu create kalender ni untuk semua (bulan Dec jer..) .. Insya Allah, bulan Jan 2011 nanti akan buat lain lagi… siapa yang sudi, sila lah ambil.


Hadirnya tahun baru, bermakna usia semakin berganjak. Secara fizikal kita tetap masih yang sama.. perlukah membuat azam baru setiap kali awal tahun..? atau renew azam tahun yang lalu… ?

Apa2 pun yang anda harap kan dalam hidup ni, semoga semua nya dalam rahmat dan kasih-sayang Ilahi.

Beberapa bulan lalu, hatta kini pun, ibu merasa agak berdukacita dengan situasi ekonomi keluarga.. tambah berduka bila ‘melihat’ betapa mudah2 rakan2 blog berbelanja, mau itu mau ini, mau pergi sana, mau pergi sini.. tiada yang perlu digusarkan… ntah lah kenapa hati ibu jadi rapuh sekali.. akhirnya ibu ‘puasa’ dari menjelajah blog2 yang buat hati ibu jadi ‘berduka’…

Tidak sukar mengubat hati.. tiada lagi tempat untuk sandaran dan harapan kecuali pada  Allah yang Maha segalaNya..

“Maaf kan hamba Ya Allah.. sedikit kesukaran yang Engkau lemparkan, tapi hatiku merusuh tanpa memikir dengan dalam, terlupa dan alpa bahwa setiap yang Kau berikan ada hikmah disebalik. Sesungguhnya aku patut lebihkan tahajjud dan mengucapkan kesyukuran diatas segala rahmat dan kasih-sayang mu, bahwa aku mampu lagi berdiri dengan hati nan lapang. Syukur padaMu Ya Allah. ”


 
Salam kasih sayang buat semua.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .