Malam tadi BW ke blog sahabat ibu yang budiman ni… membaca n3 nya yang ini, seakan ada sedikit rajuk jauh di sudut hatinya… huhuuu, walhal sebelum berblog dulu, ibu memang suka menjengah & membaca bebelan @ leteran nya… sila lah jengah kawan ibu ni yer..
Ibu pun sudah jarang2 juga menjengah ke blog Pija.. bukan sengaja tau.. masa la ni terhad, jadi balas lawatan kawan2 yang meninggalkan komen dulu.. bila dah selesai baru la menjengah blog-list & bw ke blog yang lain. Pija jangan majuk nooo, kalo kakyong singgah sure kakyong tinggalkan komen.
Dah 2 perenggan tapi poin tajuk belum lagi di kupas…
KOme ingat lagi dengan kak limah.. dah 2 kali tau ibu dapat hadiah dari kak limah, sila rujuk n3 INI (hadiah gelang lipan) dan INI (stokin kait). Awal Muharram yang lepas, bersamaan dengan 7 Dec 2010, kaklimah telah menerjah ke rumah kami. huhuuu… riangnya hati tak terperi…
masa kaklimah singgah tu, rumah kami memang tengah tonggang-langgang, dengan Aliya yang baru bangun tidur dan mengamuk-ngamuk… jenuh dipujuk, dia langsung tak makan saman.. Kaklimah singgah sekejap jer.. tak sampai 10 minit pun… walau hanya sekejap, sempat juga kami posing-posing. Rupanya kaklimah dari Shah Alam, nak balik ke kampung di Parit. Adik kaklimah tolong snapkan foto kami. Time tu en ayah pun takde, jadi kaklimah pun tak mau la singgah lama-lama. Katanya lepas tu nak terjah ke rumah yob Sharil.
Budak kecik ni, lepas kaklimah beransor, dia otomatik diam (berhenti mengamuk & menangis).. terus amik kotak tu & tanya, “ni apa?” bila ibu cakap cekelet.. dan-dan tu terus minta buka.. dia mengamuk2 & menangis sampai bengkak mata. Coklat ni antara buah tangan dari kaklimah.. ada lagi.. (bukan le mengharap sangat nak dapat buahtangan.. tapi bila ade kawan2 jengah ke rumah.. riang benor rasa di hati.)
Memula tengok ni, ibu ingatkan table-runner… cantik bebenor, siap bersulam dua-dua belah tepi nya. Tengok dalam note kaklimah, katanya itu face-towel… buat table runner pun lawo kome… hehehhe.. yang dalam pack kecik comel tu cupcake.. ade 3.. habis dah anak2 makan.
Terima kasih kaklimah.. kak memang rock la.. selamba.. santai.. simple. camana yang ibu nampak dari gaya penulisan, begitu juga lah bila dah berjumpa face-to-face. Tak rasa macam orang asing, terasa macam dah kenal lama.
Ini adalah rakan/kenalan blog ke2 yang ibu jumpa.. rakan blog yang PERTAMA sekali ibu jumpa adalah PIJA. Idola yang memberi inspirasi untuk ibu berblog.
Yob sharil @ D_08.. usoh jeles yer… nanti ade juga kesempatan untuk jumpa kaklimah in-person.. masa tu mungkin kita leh buat mini gathering untuk blogger Perak.. buleh ngajok sekali Yob Samad & Fuziani, tak ketinggalan cikgu isza, Ummi hanie.. kita buat ala2 pot-luck gitu.. nak buat di mana? di rumah kami pun buleh, tapi kena redho la, semua kena dok bersila.. rumah kami takde sofa bagai…
salam kasih sayang buat semua,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!