hari rabu lepas.. terima kiriman dari seseorang… tengok chop dar Butterworth Penang.. tapi kat sampul tulis Teman Tapi Mesra.. dah pastilah hadiah dari Aini. Terima kasih Aini.
Dapat sekor burung hantu.. tak tau la kat mana nak sangkut (atau adakah ia sejenis bookmark??!!…) panjang juga tali dia tu…. sticker hijo berpedang tu… buleh tampal kat cermin kereta kot… dan kad kuning tu… buleh buat bookmark..
Anis yang excited dapat ‘a-wel’ (sebutan Anis untuk owl)
dan 15 Dec tu kan besday atok, maka gigih jugaklah ibu membuat kek malam sebelumnya… tapi resepi ni pun ibu memandai jer pinda dari resepi asal.. sungguh2 menderhaka.
Susu takde, maka ibu guna susu kambing 1 peket. Telur pulak ngam2 ada 3 biji, tu pun tak berapa nak gred A… hentam sajalah… serbuk koko pun takde, maka guna milo.
plain jer, sebab memang dah takde bahan yang buleh dibuat hiasan.. buahan pun takde…
Kali ni ibu bakar guna api bawah jer… patutnya 10 minit sebelum cukup masa, kena pasang api atas bawah… tapi terleka dengan mengemas dapur dan melayan anak2 makan.. lagi 5 minit nak cukup masa baru tukor guna api atas bawah… masih tak puashati jugak lah dengan hasil kek ni…
ni baru keluor dari petiais , macam tak menjadi jugak kan... huhuuu… kek ni actually dia mendap sikit… tapi better la daripada percubaan yang mendap gila2 tu… tak per, akan cuba dan terus mencuba sampai menjadi..
closer view… ni dah di suhu bilik… nampak le macam bermoist gitu… ekekekke…
tukang tolong perabih… Aliya ngelat, dia cuma makan/jilat topping jer…
hanya 1/4 yang sampai ke rumah makbonda… ingat nak agih kat rumah jiran sikit, sekali si Aliya dan Anis dah buat cop mohor jari depa atas kek tu… hangin sungguh la…. sudahnya sampai licin deme 3 beradik kerja kan kek tu, (ibu pun join sekali )… en ayah tukang tengok jer.. sebab nya en ayah tak suka kek coklat.. ehh, ni kek milo la ayah…
salam kasih sayang buat semua,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!