Ibu rasa pasti ada di antara kalian yang kenal dengan dj Epoi. Ibu kenal DJ Epoi ni, sejak April 2009… tapi kenal melalui blog ajer lah.. orangnya nampak peramah, ceria, riang dan mudah dibuat kawan.
Afiq Safwan@ Ben10 (ni gelaran yang DJ Epoi kat adik Afiq) ni disahkan mengidap jantung berlubang pada usia 3 bulan.. buleh baca coretan hati Dj Epoi di entri Dugaan buatku. Kalian boleh baca tentang perkembangan Afiq sepanjang tahun 2009 hingga Feb 2010 di SINI.
Pada yang mengikuti perkembangan DJ Epoi pasti lah tahu tentang perjalanan suka duka & usaha DJ Epoi untuk memastikan adik Afiq sihat & dapat membesar seperti anak2 yang lain.
Pada 8 Dec 2010, mereka telah terbang ke India untuk pembedahan jantung adik Afiq.
gambor Afiq dan ibunya.. dalam penerbangan ke India… di ambil dr FB DJ Epoi
1 hari sebelum pembedahan… smart boy. foto ni pun kidnap dari FB DJ Epoi
Alhamdulillah, telah selamat di’operasi’ pada 10 Dec 2010.
khabar pada 13 Dec 2010.
Terbaru 14 Dec 2010
Sengaja tidak menampal foto besor berwayar2 ni… sayu
Doakan semoga Afiq semakin sihat & dapat bertemu 2 lagi abang-abang yang tak dapat ikut serta ke India..
p/s
lama benor tak ON FB.. rupanya depa (geng2 kawan blog) ade buat kutipan derma untuk DJ Epoi…
Salam kasih sayang buat semua,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!