saper lah gamaknya yang mencari keyword ni yer… harap2 nya dia jumpa lah nama kedai yang menjual anyaman bakul baby di Melaka. ;)
ibu pun try lah google.. rupanya blog ibu tersenarai dalam carian keyword tu gara2 perkataan ‘Melaka’.
Walaupun ibu bukan orang Melaka, tapi Melaka memang istimewa di hati ibu, 4 1/2 tahun (dari Jun 1985 hingga Dec 1989) ibu menetap di situ.. menimba ilmu dan menghabiskan zaman awal remaja di sana.
Pernah kembali ke Melaka pada tahun 1998, sudah sangat banyak berubah.. kemudian kembali lagi pada tahun 2000 (lawatan tahunan kelab sukan pekerja Yee Lee). Dan sekarang ni Melaka sudah banyak jauh berbeza dari dulu. Harap2 ade peluang lagi ke Melaka.. teringat2 asam pedas Melaka.. tak sama macam kat sini.
printscreen dari carian google
p/s
ibu punya asam pedas teramat la simple.. tu pun belajor dari mak kawan yang asal dari Batu Pahat.
salam kasih sayang buat semua,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!