Saturday, December 25, 2010

Home » , » Fikri akan ke sekolah

Fikri akan ke sekolah

Salam bahagia,


Dah 2 tahun dok berangan nak sekolah, even sampai hari masih setia dengan beg sekolah yang makcik Ekin hadiahkan.. dan kali ini Insya Allah, abang Fikri akan betul2 pergi sekolah.


IMG_9464

Borang dah siap isi dan dah antor untuk pendaftaran. Thumbs up Tak tau lagi yurannya berapa.. penat ibu tanya en ayah. Dia plak suruh ibu g call Ummi (jiran sebelah rumah opahsantan yang juga tenaga pengajar TAski)


fikri-20dec2010


Ni dia muka budak yang tak sabor2 nak sekolah tu.. ntah naper lah bibir nya diketap macam tu..

Balik dari tangkap gambor fikri bercerita:

Fikri : “Ayah sikat rambut abang macam abang sebelah (anak jiran, tahun 2011 masuk darjah 2)”  Fikri ni dia suka sikat rambut ke depan.. tak suka pakai minyak rambut.. tapi hari nak tangkap gambor tu siap kena ugut, kalo tak mo pakai minyak rambut, tak boleh sekolah.

Ibu : Nak sekolah memang kena sikat rambut kemas2… abang nanti kena pakai kopiah.

Fikri : “Kat sekolah tu dia tangkap gambar jer ke?”

Ibu : Ohh, itu kedai gambar, gambar ni (sambil tunjuk gambo kat dia) untuk letak kat kertas ni (sambil tunjuk borang).. lepas tu baru boleh pergi sekolah yang betul..

Fikri : “oohhh, yang tadi tu bukan sekolah ker?”

Ibu : Bukan.. itu kedai tangkap gambar. OK.

Fikri : Confused smile confused…


Beberapa hari ni, Anis pun dok request, ‘cepat lah ibu (suruh ibu bersiap), amik gambar kakak juga.. kakak nak sekolah’ Anis pun ingat abang pergi tangkap gambar = pergi sekolah.

Bila ibu cakap, kakak belum pandai a-ba-ta, lain tahun baru kakak sekolah… mula la dia buat aksi.. konon2 gigih belajar.. walhal dia tunjuk ja sambil tanya.. “ni apa ibu?” Ibu jer yang sebut, dia langsung tak bersuara.. camno nak pandai.. kakak kena lah sebut kuat-kuat baru boleh pandai… hehehhe, ntah apa lah ajaran ibu ni kan. Winking smile


IMG_9581


p/s:
riso jugak sebenarnya.. sebab Fikri ni Iqra' I pun masih bertatih2.. kadang2 dia macam kenal huruf, kadang2 dia sebut "errrr... err... lupa la ibu'"



salam kasih sayang buat semua,


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .