Ini foto yang sempat ibu snap, detik2 manis 2 orang sepupu ni berkongsi makan nasi lemak.
hari sabtu 4 Dec yang lalu.. mak ila membuat kenduri kecilan untuk saudara mara terdekat di kampung Changkat Tin. Ibu dan 3 anak sempat juga ke sana, naik kereta dengan pakcik Ju, kalo pakcik Ju tak jemput memang takde lah kami sampai ke sana.
Bertolak dalam jam 10.30 pagi. Fikri tak mau makan, sebab di rumah dah makan roti. Maka atok (ayahnde ibu) bekalkan fikri nasi lemak 1 bungkus. Nasi lemak 50 sen jer.. memang saiz S punya. Sampai di Changkat Tin, baru fikri nak makan.. berkongsi pulak dengan si haris. Oowhh, nak makan dengan abang haris rupanya.
Fikri ni kalo dengan abang haris, boleh jer nak berkongsi apa pun, tapi kalo dengan Anis @ Aliya.. huhuuuu, la ni makan berjamaah cam dulu pun dah tak mau.. asyik makan sambil main tolak2… huhuuu…
salam kasih sayang buat semua,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!