Thursday, December 30, 2010

Home » , » Sembang dengan ALiya pasal baby

Sembang dengan ALiya pasal baby

Salam bahagia,

Pepagi tadi menjengah blog cikgu Isza.. kebetulan Aliya pun dah bangun.. dia pun sibuk nak tengok sekali, sebab nampak gambor baby.





Tahniah cikgu Isza.. ade cikgu Isza call ibu on 27 Dec 2010… dah ade alamat cikgu.. ntah bila la kami nak sampai sana ni… tak sabar juga nak tengok baby besor ni… semangat tak kome tengok baby dalam gambor ni…? baby boy lahir pada 23 Dec 2010 secara c-sec, berat 4.5 kg.


Sambil ibu baca n3, Aliya pula tengok gambor baby.

Aliya : Ibu, nak baby.. nak baby
Ibu : Eeya nak baby ker?
Aliya : ya (sambil angguk kepala)
Ibu : Eeya nak baby kecik?
Aliya : nak, nak baby..
Ibu : Baby nak susu dengan sapa?
Aliya : Ibu la
Ibu : boleh ke kongsi t*t*k dengan Eeya?
Aliya : boleh.
Ibu : betul ni..
Aliya : (angguk kepala berkali dengan wajah happy.)
Ibu : cukup ker susu?
Aliya : cukup. (dengan confident nya..)
Ibu : … senyum juga… Open-mouthed smile


Ibu sebenarnya belum ade plan untuk baby baru.. sebab sekarang ni fokus utama ibu adalah dalam hal mengukuhkan ekonomi keluarga dulu. Tak mampu rasanya nak mengandung & pada masa yang sama nak ke sana ke mari menguruskan hal kerja.

Masa mengandungkan Aliya dulu pun, ibu selalu jer tak sihat.. berjalan pun macam siput.. hatta buat kerja rumah pun semput2.. Mujur la hanya uruskan Anis jer, Fikri memang kerap di rumah opah santan. Bukan nak mengalah, tapi harus akur juga dengan usia yang sudah menghampiri 40'an.

MUngkin mudah untuk sesiapa jua menjawab, ‘rezeki anak itu ada’ Memang betul, setiap anak telah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Tapi rezeki tidak akan datang bergolek, jika tidak diusaha mana kan dapat hasil nya. Thinking smile

Tolong doakan yer semoga plan yang bakal ibu usahakan mendatangkan hasil untuk kehidupan kami sekeluarga. Amin.



p/s :
esok cuti umum kan.. sonok lah yer, dapat cuti panjang hujung tahun... ;)
tapi untuk ibu takde beza apa pun, yer lah dok rumah jer kan.. tak terasa lah impaknya..

1 Jan 2011 kami ade jemputan majlis bertunang lagi di Taiping,

3-5 Jan 2011, mungkin kami akan bermalam di ULu Kinta.. Fikri nak mulakan persekolahan kan... hmm, rasa macam tak bersiaran lah ibu untuk 3 hari nanti.. kalo kat sana ade line tenet, ade la ibu online.. jika tak.. memang sunyi lah blog & tak dapat nak ziarah @ BW dsb..



salam kasih sayang untuk semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .