Sunday, December 19, 2010

Home » , » COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Salam bahagia,

Kat rumah ni kan, kalo ibu pagi2 bersiap pastu pakai tudung/kadang2 anak tudung jer… si Anis mesti akan tanya, “Ibu, kita nak pegi mana?” “Ibu, kita nak nyontet (baca: jalan-jalan) ker?”

Selagi tidak dijawab selagi itu lah ditanya.. kalo cakap jer ‘nyontet’.. dan2 tu terus mandi & cari baju cantik2….

kalo  jawab “ ibu nak sidai kain, pastu nak sapu laman, pastu nak buang sampah”

Anis akan sambung ‘ pastu kita pegi nyontet ke ibu?”

Kerana masalah anak2 yang asyik koje nak nyontet ni la, ibu tak de lah selalu pakai tudung masa dok dalam rumah.. tapi memang selalu la standy tudung sarung (senang nak pakai) kot2 ade orang datang menerjah, contoh masa kaklimah datang ari tu.

Btw, ibu tak kata ini ibu ni pandai sangat jaga urat aurat.. kadang2 terbabas juga… terutama kadang2 terpaksa kalut2 kuor rumah, gara2 anak ‘bergelut’ kat laman.. dan tak sedor seluor pendek sebelah… (suor dilipat, dah kalut2 lupa nak turunkan…)…

Panjang membebel, ibu sebenornya di TAg oleh nba-Nur dan juga Syamila, yang mana kempen ini diinisiatifkan oleh asyfiqaz (The Pot Pet King)… selingan sikit >> sangat comel header The Pot Pet King.



Jika ikut syarat yang dinyatakan dalam kempen.. dia minta kita beri pandangan tentang menutup aurat.. rasanya ramai dah tulis macam2 point berkenaan menutup aurat ni… cara pemakaian & menutup aurat yang betul, kaedah, hadis & nas dari AlQURAN dan macam2 lah kan..

cuma satu jer lah ibu nak ajak kawan2 ni.. jom kita tegur (dengan cara baik okay)  dan memberi tunjuk ajar dan nasihat untuk adik2 remaja kita. Ibu pun sebenornya FENIN jugak ni.. sebab ade 2 orang lagi adik anak dara (adik2 ibu la)… yang susah bebenor nak makan nasihat. Smile with tongue out 


source gambor : sini

Gambar ni dah ‘bercakap’ dengan penuh terus terang kan… so apa lagi.. mungkin kena galakkan anak2 supaya cintai pakaian tradisional (contoh baju kurung ) atau busana Muslimah @ blaus labuh.


blausmuslimah1

source gambar digoogle


Ada yang pernah argue dengan ibu, ade juga busana muslimah yang tak proper tutup aurat.. sebab katanya tudung tidak menutup dada.

Pada ibu yang kurang ilmu ni kan, adalah lebih baik berbusana Muslimah, walau ada fesyen yang tudungnya dimasukkan ke dalam, tetapi pakaian nya tidak ketat yang menampakkan susuk badan dan blaus labuh sampai ke atas lutut, dan nampak sangat sopan dan manis. Nampak lebih bermaruah dan terserlah imej seorang remaja Muslim. 

Ia adalah lebih baik dari memakai t-shirt lengan pendek yang sendat, jean jenis low-cut @ skinny dan bertudung. ibu boleh jadi ter’kelu’ lidah nak menjawab bila ada rakan bukan Islam yang bertanya.. “boleh ka pakai itu macam, baju pendek dengan tudung.?”

Apa jawapan terbaik nak bagi…??!! Confused smile  Ibu selalu cakap “budak lagi tu auntie, belum habis ‘mengaji’ .”  Nyonya2 cina kat sini kalo kita cakap ‘mengaji’ depa lebih faham maksudnya.

Itu ajer lah point yang ibu nak highlightkan… sebab isu ni memang berlaku dalam kehidupan ibu. Ibu tak nafikan ibu pun selalu pakai t-shirt (sebab blaus banyak dah sempit… susah bila Aliya nak BF huhuu) dengan jean/pant. Kalo kuor rumah (shopping contohnya) ibu pakai dengan wing-breaker @ sweater. Dan ibu suka kempen ni sebab nya jadi peringatan untuk diri sendiri juga.

Ibu tag semua yang membaca & belum membuat n3 tentang kempen ini.


salam kasih sayang,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .