Tuesday, January 26, 2010

Contest Miela77 Aksi Baby Ber'CD'ing

ENTRI MELEKAT UNTIL 26 JANUARI 2010








2 hari ni (sabtu & ahad) ibu jadi sangat malas nak online, sebabnya line internet tersangat lah SLOW.. nak tunggu untuk loading pun kena tunggu lama. since makngah miela dok insist ibu join contest ni.. so ibu upkan juga n3 ni.. lagipun nak tepek foto jer & tak perlu nak mengarang panjang lebor.



Contest ini akan berlangsung dari 6 Januari (besday ibu ;)) dan berakhir pada 26 Januari 2010 (besday pakngah yg ke37 ni). :D Pada yang nak join contest ni, sila klik pada banner.


Hadiah2 yang ditawarkan juga sangat menarik. Yang nak menambah koleksi CD atau yang baru nak berjinak2 untuk meng'CD'kan anak-anak, meh ler join.

Ni dia foto Aliya beraksi dengan CD nya..





Peserta contest : Aliya Nadhirah binti Sharul Ainal, berumur 1 tahun 6 bulan.


Sekian, terima kasih. jumpa lagi di n3 akan datang.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Fikri soon will turn 4 in Feb 2010



aksi pokok kaktus dari fikri.. fikri memang suka sangat buat aksi2 ni.. pokok kaktus la, rimau lah, jaguar lah



Salam buat semua kawan ibu


Fikri tak lama lagi akan genap umur 4 tahun. Hmm, apa yang fikri dah tahu yer... kalo ikut gaya & lagaknya, memang macam budak dah umur 5-6 tahun.

Why? Kalo makan di luar (x kiralah kedai tepi jalan @ restoren), gaya mesti ada.. sudu & garfu tak boleh miss.. pesanan tetap adalah nasi goreng ayam. Tak mau kongsi hatta dengan anis sekalipun. Pernah juga pembantu kedai yang bertanya, 'umur berapa ni?' bila jawab '3 tahun lebih' depa macam tak percaya pulak. So, at least table manner tu, kira thumb up lah untuk fikri.


Fikri ni dia suka bercerita. Setiap masa ade sahaja yang dia nak cerikan. contoh, bila tengok iklan tv yang bencana @ gempa di Sumatera (Padang), setiap kali itu dia akan cakap "Ibu.. tengok rumah dia runtuh.. pecah.. opah tak ade, atok tak ade, ibu tak ade, ayah tak ade..semua tak ade.. kaki sakit, muka darah, tangan sakit, semua sakit."


Kalo keluor iklan yang kena ragut tu, yang mak nyer kena langgar dek kereta masa nak ke pasar tu. "Ibu, tengok tu.. tak baik curi beg.. mak dia kena langgar, abis darah.... " hmmmm...


Pendek kata, setiap iklan yang dia suka tu, dia pasti akan buat rumusan dan cerita sendiri. Kadang2 ibu tengah memasak kat dapur pun dia leh lari ke dapur semata2 nak ibu dengar dia. So, okay.. dengar jer lah. As long dia suka.. kalo buat derk, tak bagus kan.. penah gak sajer buat2 tak dengar, nanti fikri akan jerit "Ibu, pandanglah sini.. dengar lah..." So, anak nak perhatian.. give it. anak hepi, ibu pun hepi. Even kita dah dengar & dah tengok berkali2.. layan jer lah as if itulah kali pertama kita dengar dia bercerita. no harm kan. :D



Cuma satu perkara lah yang lately ni "macam ade alarm yang 'ringing-aloud' dalam diri ibu".. fikri masih banyak lagi tak kenal huruf. Dia kenal hanya beberapa huruf jer. & apa yang dia selalu tulis pun adalah huruf2 yang dia suka jer. I'm a bit worried, actually memang risau. Fikri ni walau dah banyak tengok VCD ABC, 123, tapi ibu tak pernah dengar pun dia baca @ read-a-loud ABC dari mula sampai habis.. fikri selalunya akan sebut secara rawak, ikut sedap dia nak sebut. Tapi Anis (now dah 2y 5m ) lain, la ni Anis dah mula 'nyanyi' ABC walaupun tak sampai Z. Agaknya lain kot cara anak lelaki dan anak perempuan.

Tapi ibu tetap risau.. lebih2 lagi bila ibu ter'come-across' this article.. Early sign of reading trouble





-klik pada foto to enlarge-


so far, setiap kali menulis, fikri akan tulis huruf yang sama.. A,L,M,I,P,H,W,M,O.. kalo tengok foto pertama tu, huruf P yang fikri tulis terbalik.. bila ibu tanya, huruf apa ni, dia kata P, (ingatkan dia tulis huruf d kecil) so ibu betulkan dan tulis di atas nye. Nampak tak huruf yang macam no 9 disebelah huruf A tu.. tu juga P. :D ikut suka dia jer nak tulis, walaupun dah banyak kali ibu ajar tulis huruf yang betul.




-klik pada foto to enlarge-


Ibu baru belikan buku untuk fikri berlatih menulis huruf dan nombor. As for nombor, fikri kenal nombor 4 dan 7 (sila sebut in BI okay). Bila ibu ajar dan sebut EMPAT, fikri akan cakap "ini FOUR lah ibu". Bila ibu cakap "Yer lah, four tu bahasa Inggeris, Empat tu bahasa melayu." fikri akan jawab "ok lah" gitu jugalah dengan nombor 7. walaupun dah emphasis banyak kali, tapi fikri memang insist dengan apa yang dia tahu... kalo dia tak nak argue dgn ibu, memang dia akan jawab "Ok lah" Ibu fikir dah wujud kecelaruan bahasa kat sini. cabaran untuk ibu ni.. :D


Buku yang nombor tu,  no 4 & 7 memang dah habis fikri tulis, tapi nombor lain... hmmm, dia suruh ibu plak yang tulis. terutama nombor 2, 3, 5, 6, 8, & 9, ibu perasan fikri memang belum dapat lagi nak menulis nombor atau huruf yang ber'lengkung' @ yang ada elemen separa bulat. Insya Allah, practise make perfect kan.

Fikri masih lagi menyusu botol. maksimum 3-4 kali sehari, 1 dos 5 oz @ 150ml, kalo buat lebih dia memang takkan habiskan. Ibu ada cakap, "abang dah besar la, tak yah lah isap botol. abang minum susu guna cawan jer lah" Tapi dia tak nak, siap marah2 lagi tapi kalo minum freshmilk dia akan minum guna cawan. La ni sudah tidak berputing, dah hampir 6 bulan dah.


Rasanya, cukup takat ni dululah citer pasal fikri. Kalo nak tulis lagi memang banyak.. Insya Allah, coming up perkembangan Anis & Aliya pulak.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, January 24, 2010

Anak ibarat sehelai kain putih suci bersih

Salam buat semua kawan ibu,

Andai kita diberi sehelai kain sutera kapas dan diberi satu canting batik.. walhal itulah pertama kali kita memegang canting batik.. agaknya apa kah yang kita nak buat.. adakah terus masukkan canting ke dalam lilin panas dan lukiskan sahaja apa sahaja corak yang sedang terlintas dalam kepala. begitu kah? sedangkan itu sahajalah kain putih yang kita ada. dan kita telah diamanahkan untuk menyiapkan corak batik dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya kita rosakkan kain tersebut, tiada gantinya lagi.

So, kalo nak buat corak yang cantik, sedap mata memandang (bukan setakat kita nak pandang.. kita pun berhajat agar orang lain pandang juga hasil tangan kita kan.... ;) ) => jadi mula2 kena buat apa...?? tentu lah

  • PLANNING kan... kena plan corak apa nak dibuat, bunga kah, buah kan, sayur kah, kereta kah..
  • pastu cari ILMU.. kena lah belajor apa bahan2 yang perlu untuk buat batik canting, camno nak handle pencanting, cara nak gunakan warna2 & nak mewarnakan batik.. dsb
  • kemudian baru lah boleh WORKOUT THE PLAN.. dah ade ilmu, baru lah boleh mula buat kerja2 melukis corak, masak lilin, mencantingkan corak, mewarnakan corak... sampailah selesai.



Gitu juga lah kias ibarat nya.. mendidik anak memerlukan lebih daripada 3 poin yang disebut di atas.. mendidik anak2 perlukan elemen follow Up dan Ulangan (revision) yang berterusan.


Anak2 seusia Anis & Aliya ( 2 tahun dan 1 tahun) belajar bercakap sebab kita ajar anak dengan mengulang-sebut dan ulang-tunjuk sesuatu @ barang berkali-kali.. sehinggalah anak dapat mengenal & menyebut nya. Contoh, kita ajar baby mengenal cawan. Kita akan tunjuk cawan dan sebut 'cawan'. Bila setiap hari diajar Insya Allah, akhirnya anak akan menyebut perkataan 'cawan'.. mungkin tidak begitu betul, mungkin sebutan anak 'awan'.. dan proses ulang-sebut dan ulang-tunjuk ini akan berterusan sehinggalah anak dewasa... maknanya ia tidak harus berhenti sebaik anak sudah mula naik umur 7 tahun atau sudah naik sekolah menengah.


Samada kalian perasan atau tidak, ramai ibubapa yang hampir2 melupakan proses ini (ulang-tunjuk dan ulang-sebut atau dengan kata lain ia juga merujuk kepada proses ulangkaji) sebaik anak menjejak usia belasan tahun. Mungkin ibubapa mengandaikan anak2 sudah besar & sudah tidak perlu ditunjukajar lagi. Ibu menulis ini lebih kepada ingatan kepada diri sendiri.



Sebenarnya, beberapa bulan yang lepas, ibu ada lah bersembang dengan seseorang yang berkhidmat sebagai guru pra-sekolah (tadika lah tu), meh ibu namakan dia Puan M. Dalam banyak2 hal, ibu memang setuju dengan poin beliau yang menyatakan setiap anak punya potensi tersendiri. Dan ibu sedikit pun tidak terkejut bila beliau maklumkan, setiap tahun akan ada 10-15% anak2 tadika yang masih tidak kenal huruf dan tidak boleh membaca, walaupun berada di tadika yang sama sejak usia 5 tahun.


Wow.. kalo jadi kes macam ni (masih tak kenal huruf walau dok tadika 2 tahun), sapa nak jawab.. nak salahkan cikgu tadika @ salahkan ibubapa??!!

Huhhhh.. pada mak-mak ibu-ibu... takkan nak tunggu anak dah masuk sekolah rendah baru nak 'check' anak aku pandai membaca, mengira @ kenal huruf & nombor... rasanya masing2 mak2 ibu2 ayah2 bapa2 dah tahu apa nak buat kan... so kalo antor anak ke tadika, usah le harap pada cikgu jer... bahkan mak2 ibu2 ayah2 bapa2 ler yang kena ajor anak LEBIH daripada cikgu... kannn.

Kesimpulan 'segera' ~ antor anak ke tadika belum menjanjikan anak2 boleh kenal huruf. Mungkin lain kot situasinya kalo di antor ke tadika swasta... cuma kena siapkan RM jer lah. well, this very subjective, so if this issue not applicable to you or your kids, please just ignore it. ;)



Ada satu perkara lah yang ibu agak tidak berapa berSETUJU dengan Puan M. Ibu tak pasti adakah kerana sentimen politik atau kerana beliau penjawat awam, maka beliau memberi pandangan bahawa menghantar anak ke tadika PASTI @ ABIM (ibu baca sebagai TADIKA ISLAM) tidak akan memberi faedah kepada anak untuk jangka panjang. Huuuhhhhuuuu, pada yang antor anak ke mana2 tadika Islam, sila tolong jangan sekeh ibu, ampun..

Alasan beliau, "anak2 akan lupa apa juga surah2 dan doa2 yang telah diajar. "


Alasan ini juga adalah sangat subjektif dan terlampau umum. Macam ibu cakap masa awal2 n3 tadi kan... elemen yang sangat penting dalam pendidikan anak2 adalah proses follow-up dan revision (ulangkaji, ulang-sebut, ulang-tunjuk) yang berterusan.



Sebagai ibu2 muslimah, kita ada harapan @ expectation tertentu kenapa kita nak anak kita ke tadika Islam.. kenapa kita nak anak kita pandai baca doa, pandai baca & hafal surah2.. hatta kalo tak antor ke tadika Islam pun, kita tetap perlu ajar anak2 kita baca doa tertentu, kenal alif-ba-ta, hafal surah2 mudah seperti AlFatihah...

SEBAB nya.. Islam itu kan cara hidup kita. Setiap perkara yang kita buat semua dimulai dengan doa, bangun tidur, nak tidur, nak makan, nak mandi, semuanya ada doa2 nya.. jadi kalo kita tak mulai introduce pada usia pra-sekolah, bila lagi kah agaknya?!!


Samada anak tak amalkan doa2 & lupa surah2 yang pernah dihafal, isu ini sebenarnya terletak pada bahu & pundak ibuayah.. kalo ibuayah tak selalu ingatkan anak2, tak buat revision dan ulang-baca dengan anak2 sambil2 tambah surah2 baru yang perlu dihafal (selaras dengan peningkatan usia anak2), rasanya ajarlah apa pun.. semua anak2 akan lupa. Bila anak dah sekolah, kita sibuk bantu anak buat kerja sekolah dan revision apa yang anak belajar melalui buku teks.

Jadi, dalam isu hafalan surah ni.. kena lah juga buat satu sessi hafalan & ulangan, mungkin sesi yang terbaik adalah sesudah setiap kali solat maghrib @ Isyak. (Maghrib & Isyak adalah prime time ibuayah di rumah kan..), kecuali lah kalo 'tak solat'. Isu ni sensitif kalo disebut, tapi kalo dah kita mengaku kita ni ISlam.. sila lah kembali ke jalanNya.. solat itu TIANG SERI. :) So, di sini lah isu yang sebenarnya. kalo ibu ayah tak solat, maka kebarangkalian anak2 tidak begitu pandai mengaji @ langsung tak kenal ayat2 AlQuran adalah sangat tinggi. Kecuali lah anak2 terpilih yang Allah pilih sebagai 'pembuka-mata-hati' ibu ayah.



*Sebenarnya n3 ini adalah ingatan untuk ibu sendiri, Ingatan supaya ibu terus Istiqamah. banyak perkara yang kita terlepas pandang, namun asas kehidupan yang bahagia harus lah pada paksi yang betul. *


Akhir kata, corak lah anak2 ikut cara yang anda ingin kan.. mulalah merancang, carilah kaedah yang sesuai dan 'lihatlah rupa masa depan anak kita' mulai sekarang... kerana anda lah guru seumur hidup anak2 anda.



kita perlu ajar anak tentang kebersihan seawal usia anak.. ni lah jadinya bila fikri tolong ibu mengemas.. abis semua di'kumpul'kan atas meja jepun tu.. menan, tilam, bantal busuk,.. dan tu tengah ready nak mop lantai pulak... kebiasaannya anak2 ni takdah nyer nak rajin camni setiap hari.. 

dan kebiasaannya rumah akan jadi mcm foto kat bawah ni..






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, January 22, 2010

projek kecilan cross-stitch : bookmark

Salam buat semua kawan ibu,

Maaf sebab seminggu tidak bersiaran dan tidak meng'update' n3 baru. Beberapa hari lepas, laptop ibu 'tidur' kat kedai, baru tengahari tadi g jemput. ;) Alhamdulillah, dah baik pun, mujur masih under warranty.

Kali ini ibu just nak update progress projek kecilan cross-stitch bookmark ibu. Buat masa ini ibu buat jahitan patern yang simple2 ajer..






yang ini ibu nak hadiahkan pada sorang makbuyung yang sedang menanti hari..





ni hadiah untuk contest jom main air yang lepas... sorry ya, lambat baru dapat





ni hadiah untuk contest ramadhan syawal & anak2.. baru siap satu.. lagi satu masih dalam proses..




ini baru stok yang ada untuk jualan.. Insya Allah, coming soon few more patern.. untuk bulan ini tema nya ada 'small/tiny birds'... ;)

  • Saiz bookmark min adalah 6 cm, max 8 cm. 
  • Harga pula ikut saiz patern, serendah RM7 ke RM15.. so the bigger the patern, the higher the price ;)
  • Stitching untuk 'nama @ any wording as you wish' => FOC untuk 10 huruf pertama, 10 huruf kedua caj dikenakan RM2. ini pun kena tengok saiz patern, kalo patern besor, tak muat kot kalo nak stitch sampai 20 huruf. :D










kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, January 16, 2010

Blogger We Care T-shirt



If you CARE, mari lah support usaha ini. RM25 sahaja untuk sehelai t-shirt. Maklumat lanjut sila klik pada banner.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, January 15, 2010

Backup blog Catatan Ibu..

dah check entri ini, Giveaway Catatan Ibu



ibu dah menjawab tag, sila lah jengah yer.. mana tau, ada yang kena tag klik sini ya.. => http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2010/01/tag-tanda-tand-anda-dari-mommy-sn.html


Salam buat semua kawan ibu,

beberapa hari ni internet connection nampaknya slow ya amat. nak update n3 baru pun masaelah.

btw, n3 ni ringkas jer. Ibu cuma nak inform, ibu ada blog backup di http://kakyong72.wordpress.com/

dah lama dah ibu backup blog ni, sejak awal tahun 2009 lagi.. memandangkan ramai kawan2 ibu yang menghadapi masalah untuk masuk ke blog sekarang ini (blogspot), which ibu pun tak pasti apa kah masalah sebenarnya. Jadi, ibu nak maklumkan disini, komen2 yang ditinggalkan di blog wordpress juga akan diambil kira untuk tujuan Giveaway Catatan Ibu

btw, kalo n3 terbaru tu mungkin akan lewat sikit, 1-2 hari baru ibu kan import ke wordpress.

dan pada yang akan tinggalkan komen di wordpress, sila masukkan link blog wordpress ibu ke bloglink kalian ya. Wordpress ada tracking nya tersendiri untuk detect referral. Jadi, selain dapat poin utk komen, dapat juga poin untuk referral. ;)

Tapi kalo dah komen di blogspot, tak perlu lah komen di wordpress untuk n3 yang sama. :p cumanya komen2 di wordpress is moderated.

jadi, ibu harap n3 ini akan melegakan hati kawan2 ibu yang bermasalah untuk menjengah ke kakyong72.blogspot.com

Selamat berhujung minggu. :D






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, January 11, 2010

Do you think I'm a brutal mommy..?!

Salam buat semua,

sebelum ibu terus menulis, ibu nak buat satu statement

"Ibu nak minta maaf dengan semua kawan ibu yang rajin jengah blog, yang rajin memeriahkan kotak komen ibu & yang juga rajin sapa & tinggalkan pesan di kotak sembang., kalian memang kawan yang hebat, ibu jer yang masih tak mampu nak bahagikan masa untuk membalas ziarah ke blog kalian. Mohon diampun yer.. Insya Allah, ibu cuba untuk ziarah 1 minggu sekali sekurang2 nya.. uhuukkkk.. tak sempat :( "

btw, berbalik kepada topik. :D

dalam keadaan ibu sekarang ni, dalam usaha untuk siapkan kerja akaun juga buat dikit-dikit kerja cross-stitch, adakalnya ade beberapa perkara yang terpaksa ibu 'bertahan' or buat2 dunno or buat2 tak kesah sangat.. walau hakikatnya nak jer stop kerja bila perkara2 ni berlaku.







Sekarang ni ibu masih belum boleh nak jadualkan masa kerja.. maksud ibu macam ni,ibu masih tidak boleh nak tentukan masa bekerja yang tetap contohnya jadual untuk buat kerja akaun dari jam 2 - 4 petang. Apa yang ibu buat sekarang adalah sebaik ibu selesai dengan kerja2 rumah di pagi hari * sapu sampah, mop lantai, lipat kain, sidai kain dan kemas dapur * ibu akan On kan laptop dan ibu akan mulakan aktiviti memasukkan data. Ibu akan setkan target harian contoh 2 buku resit perlu disiapkan, kalo bil2 & invoice2 pula ibu target untuk 2 bulan invoice (2 file) untuk sehari. Walaumacamana keadaan sekalipun, ibu mesti capai target tu.

Jadi, ada masanya anak2 akan tunjuk perasaan (bukan sebab lapar atau apa, tapi memang depa nak merengek minta perhatian). Aliya selalunya akan minta di riba. this is a BIG NOOooo... ibu tak boleh nak buat kerja sebelah tangan semasa membuat data entry. Bila ibu tak layan, dia akan mula peluk2 kaki ibu atau melentok2 kan badannya di peha ibu. Huuuuhhhh... memang sungguh terganggu. Dan suara rengekan pula akan bertukar jadi raungan. Kalo sekali ibu layan lagi, tapi bila dah berkali2 dia buat camtu.. ibu biarkan ajer. Biarlah dia melalak. Ibu brutal kan..!!! Yang magiknya, bila di tv dok tayang iklan yang dia suka, dia boleh stop jap melalak dan sambung semula bila iklan habis. Soooo... Aliya main drama dengan ibu ker....

Selalunya ibu akan stop kerja kalo gangguan nya sampai ke tahap maksimum.. contoh bila Aliya dah mula menghulurkan tangan nak menekan2 keyboard @ tangannya dah mula nak selak2 baju ibu (nak nenen le tu). So normally ibu boleh ngadap kerja pun tak sampai 15 minit untuk 1 sessi. So dalam sehari memang hampir 10 sessi baru ibu dapat capai target harian. Ibu akan hanya berjaga malam pun untuk siapkan selebihnya. Biasanya tak berjaga malam, sebab kalo lewat tidur bangun pagi pun lewat. heheeee.. :D







begitu juga dengan Anis, dia ni lagi kuat memerap. jadi kalo Aliya dah diam , dia pulak yang akan mencari perhatian. Kadang2 dia sajer jer buka diapers dia, konon2 nak kencing lah.. nak beraklah.. * ada tak ibu beritahu, anis sekarang dalam proses awal toilet training * walhal baru kejap tadi dah ibu bawa dia ke toilet. so ibu normally akan suruh dia kencing dalam diapers jer.. * uhhhh, letih lah ibu, kalo asyik2 nak bawa dia ke toilet jer.. dah tu bila ibu nak buat kerja ni * So untuk buat dia senyap sekejap, at least for next 10 minute ke.. ibu akan bagi dia pensel dan kertas. nanti 5-6 minit ibu jengah lah tengok apa yang dia lukis.. terpaksa buat macam ni..

Fikri pulak suka nak bersembang @ tunjukkan apa yang dia baru bina dari lego.. kadang2 buat helikopter lah, teropong lah, ikan paus lah, kapal terbang lah, aiskrim lah.. sekurang2 ibu mesti beri komen. Selagi ibu tak cakap apa2, selagi itu lah dia akan cakap.. cakap.. cakap.. so layan jer lah.. sebab setakat layan sembang dengan fikri tidak sangat mengganggu tumpuan ibu membuat kerja. cuma gangguan dari Anis & ALiya jer yang memang sangat2 'mengusik jiwa', kalo tak kena gaya memang boleh stress... harus Istighfar banyak2...






Masa paling aman untuk ibu buat kerja adalah bila anak2 tidur petang atau bermain bersama2.. btw sekarang ni anak2 sangat susah nak tidur petang.. depa koje nak main, gaduh, main, makan, main, gaduh.. kadang2 nak pecah rumah bila 3-3 mula berebut mainan. Time tu ibu proceed jer buat kerja.

Apa2 pun ibu cuba positif dalam mengharungi cabaran ni. Maklumlah, semua kerja nak buat.. Kadang2 anis & aliya bila ibu tak layan rengekan, depa akan beralih aktiviti kat dalam bilik... aktiviti punggah-memunggah  kain baju... bila en ayah balik, buat2 lah terkejut... "Ni saper yang buat ni" .. nanti ade lah yang mengaku secara sukarela... "kakak.. baby.." Ibu dah tak larat nak amik port dah..

Ibu pun tak rajin sangat memasak lately, tapi early morning ibu dah masak nasi siap2, dan keluarkan barang2 dr freezer.. so at least by afternoon (12 tengahari or a bit later) ibu dah boleh mula memasak lauk-pauk.. which is normally yang simple2 jer.. yang penting anak2 makan.


So.. what do you think?








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, January 8, 2010

18 years old with 20 years experience.. ;)

Salam buat semua kawan ibu,

Kelmarin 6 Januari, umur ibu berkalih 1 tahun lagi...

Ibu nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yang WISH ibu di FB. terima kasih atas doa2 kalian. Harapan nya begitulah, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur (oppsss.. umur ni rahsia Allah..) supaya dapat terus mendidik anak2 juga berbakti apa yang terdaya.

Ibu memang takde berhajat apa2 pun, cuma mengharapkan kesihatan yang baik agar ibu dapat menguruskan keluarga dan kerja2 ibu.

btw, ibu suka WISh dari kawan ibu ni.







Nazhatul Afzan ni kawan ibu masa di UUM, kami sama2 dalam kumpulan Gamelan dulu.

Tiada acara istimewa. memula en ayah plan nak belanja ibu pizza.. *actually dah berbulan2 ibu teringin nak makan pizza.. dok sebut jer tapi tak adelah ibu mengharapkan pun * tapi ulcer lidah ibu yang dah hampir seminggu masih belum nampak tanda2 nak sembuh. Jadi berkubur ajer lah plan itu.







Ibu kena ulcer ditepi lidah. Ulcer lidah ibu ni sebenarnya disebabkan oleh gigi geraham belakang yang selalu tergigitkan lidah tu. Gigi geraham tu dah berlubang, dan tepi2 yang tajam itulah yang telah memberi musibah kepada lidah ibu. huuuuuhhhhuuuu.. actually dari bulan lepas dok plan nak g cabut, tapi ibu takut kalo sakit. huhhhuuuu.. yer le orang tua cabut gigi.. maunya lambat baik. Ibu dah tengok banyak kes.. sampai ada yang berdarah tempat cabut tu.. makan minggu juga nak baik.. :(

apa2 pun, ibu harap cepat lah baik ulcer ni. dah baik nanti baru nak g cabut gigi. Dah hampir seminggu ni, susah benor nak menelan. nak bercakap pun susah. ada masa sakitnya berkurang, tapi bila betul2 sakit.. beri kesan sampai ke kepala (sebelah plak tu) dan juga telinga, ia juga membuat ibu demam di sebelah malam. huhhhuuuu.. dah le anis & aliya pun dok demam @ dedor on & off.


Ibu ada juga membuat bacaan tentang ulcer lidah ni.. baca juga tentang kanser lidah.. ohhhh scary nyer..

Alhamdulillah, mamaqaypo @ eta cadangkan ibu guna BONJELA. dari kemarin dok pesan dengan en ayah, minta belikan, tapi asyik lupa jer.. so la ni ibu memang dok bertahan jer lah.. kalo rasa sakit tu, ibu telan panadol jer. Bila Aliya nak BF ibu pun baring dan terlelap sekali. heheheee... dapat lah juga berehat. Serius cakap, sakit nya memang menyentap ke urat kepala & telinga sama macam sakit gigi juga.

Sebelum ni dah 2 kali kena, tapi lepas 3,4 hari ulcer tu baik. pagi2 ibu akan berkumur dengan air garam dulu, semalam ada sorang kawan FB, kak Sham, dia nasihatkan berkumur dengan air soda bikarbonat. Serbuk putih penaik tu di campurkan dengan air, bukan air bergas ice-cream soda yer... :p. Ibu terlupa nak buat pun. Pasni kena terus buat.

Bibir pun kering, dok pulun minum air masak, pun masih kering juga. sudahnya asyik kerap ke toilet jer. Malam pun ntah berapa kali terbangun. Actually, terbangun malam bancuh susu anak ni 1-2 kali tu rutin biasa. Lagipun Aliya reverse cycle, dia lebih banyak BF waktu malam.

2 minggu ni memang letih sket.. anak2 On & Off demam.. ibu plak dapat ulcer lidah ni.. dok demam On & Off juga.. tapi kerja rumah & anak2 tetap perlu diuruskan. Fikri dia sonok lah ibu sakit lidah, sebab ibu tak leh nak marah2 sangat.. nanti ibu sakit... "tu lah ibu tak gosok gigi " ade ke ibu tak gosok gigi dapat sakit lidah.


oh ya, ibu tulis tajuk kan main lagi, tapi ceritanya banyak pasal ulser lidah.

resolusi ibu sama jer macam tahun lepas.. boleh baca ---> sila klik sini
Insya Allah, ibu akan berusaha untuk renew dan perbaiki lagi diri ibu. Kalo ibu tidak mampu untuk memberikan yang terbaik pada diri ibu, bagaimana ibu nak berikan yang terbaik untuk orang2 yang ibu sayang yang ada disekeliling hidup ibu.







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, January 6, 2010

CD cantik berwarna-warni di rumah ku





Salam buat semua kawan ibu,

harap kalian memahami kenapa ibu tak dapat nak update n3 setiap hari. tuntutan masa bersama anak2, kerja2 rumah dan menguruskan kerja akaun serta projek cross-stitch memang menghadkan masa ibu untuk menyiapkan n3 ini.

Alhamdulillah, akhirnya Anis & Aliya dapat juga peluang untuk memakai kain lampin moden (cloth diaper @ CD). actually baru ade 7 helai CD jer. heheheee.. :D *sajer jer nak heboh-heboh. 2 CD ibu beli dari makngah miela dan 5 CD lagi ibu beli dari mamapayish, semuanya jenama coolababy.




Jadi, la ni ibu ada 3 CD velcro, 2 CD button All-in-one (AIO) dan 2 CD button. Ibu prefer CD yang berbutton, sebabnya Aliya susah nak buka. Kalo yang velro @ jenis zap-on ni, suka2 jer Aliya nak tanggalkan CD.


Reaksi anis & aliya kali pertama ber'CD'

nak kata Aliya excited tu tak juga. CD pertama yang Aliya pakai adalah jenis velcro. Dia asyik nak buka dan tanggalkan jer. sekarang ni ibu pakaikan Aliya CD yang button jer. memandangkan stok ade 4 jer, so sehari guna 2 CD.







Anis memang excited sangat nak ber'CD. masa terima parcel dari mamapayish, Anis suka sangat, siap cakap.. "ni kakak munyer.. !!"





btw, ibu hanya beri Anis pakai 1 hari sekali jer, itupun hanya untuk 1 jam sahaja. Anis ni memang kuat 'membesye', pada percubaan pertama ibu bagi Anis pakai untuk 2 jam.. banjir sampai basah baju nyer. huhuuuuu... Actually Anis ni dalam proses awal toilet training. Selalu tu kalo pakai disposal diapers (DD) dia akan beritahu bila dia terasa nak buang air kecil. so cepat2 ibu akan bawa ke toilet. Agaknya pakai CD ni selesa kot.. sampai dia tak perasan dia dah buang air. Jadi, en ayah memang tak galakkan Anis ber'CD'.. tapi ibu bagi juga. yer lah kalo lepas mandi pagi tu, dia tengok Aliya ber'CD.. dia plak akan request.. "kakak munyer??!" nanti kalo tak dibagi boleh pecah rumah disebabkan tangisan yang ala-ala meraung tu. huhhhhuuuuu.. mana tahan...


Penjimatan?

Hmmm.. dalam kes anak2 ibu ni.. susah sikit nak cakap. sebab anak2 ibu guna DD tesco jer. Aliya guna DD saiz M 84 pcs yang boleh tahan sehingga 4 minggu. Anis pulak guna saiz L 72 yang hanya bertahan 2 minggu jer. So all in untuk 2 anak dara ibu ni, kami spend lebih kurang RM100 untuk DD. 1 pack DD tesco harga tak sampai RM30. Anis is expected to be diapersless within 4 month, Aliya pulak mungkin another 18 month. So penggunaan DD (penggunaan penuh) untuk masa depan (next 4 bulan utk anis & sehingga Aliya berumur 3 tahun) untuk kedua2 puteri ibu ni adalah dalam anggaran RM1,000 (mengambil kira Aliya akan guna saiz L).

So far ibu telah membelanjakan lebih kurang RM220+- untuk 7 keping CD. Ibu plan supaya ada 20 keping CD. jadi 13 CD lagi dicari, mungkin jenama lain... ;) another 13 CD mungkin perlu belanja dalam anggaran RM400. So total yang perlu dibelanjakan untuk memiliki 20 CD adalah lebih kurang RM600. * kalo boleh, jika ade masa lah.. ibu akan coba untuk cari2 contest yang menghadiahkan CD * Dan penggunaan DD bersulam dengan CD adalah dalam anggaran RM500 (Anis & Aliya). jika dicampur penggunaan DD + CD, kos adalah RM1,100 (RM600 CD + RM500 DD).

actually tak nampak penjimatan kan untuk anak2 yang menggunakan DD tak berjenama nih.. *ohhh.. hal ini tidak boleh sampai ke telinga en ayah... ohhhoooo ;) tapi kenapa yer ibu nak juga ber'CD'.



  • sekurang2nya ibu dah membantu usaha untuk meng'hijau'kan bumi dan mengurangkan sampah DD.
  • ibu suka CD yang berwarna-warni.. lagipun anak2 nampak selesa dengan CD. Anak2 sebelum ni memang tidak alami alahan @ rashes walaupun ibu hanya gunakan DD murahan jer. pokoknya ibu memang suka lah


memang tidak dinafikan bila dah menggunakan CD ni, bertambah lah sket kerja ibu. Tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan yang besor. takkanlah anak2 ber'CD ibu langsung tak leh buat koje lain.



memandangkan stock yang masih tahap minimakan.. ni ler jadinya dalam usaha supaya Aliya boleh ber'CD setiap hari. sangkut jer kat mana2 yang bleh kena angin.





Ibu sebenarnya dah lama tahu tentang CD ni sebab kawan2 blog ibu macam hanz dan nadnye yang suka buat review pasal CD. Terima kasih ya kawan-kawan. sekarang anak2 ibu pun sudah ber'CD. :D









kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, January 3, 2010

Adrini's 1st Giveaway

1st giveaway yang ibu masuk untuk tahun 2010.
(sebenarnya tak sempat nak tulis n3 baru lagi.. so ini jer n3 yg senang & segera.. :D )


Giveaway ini adalah tajaan blog UmmiKhayra @ http://adrinis.com/blog/ dan http://krochetshop.blogspot.com/


1 - 15 Januari 2010


klik pada banner untuk makluman lanjut.

Hadiah menarik untuk ibu2 yang punya anak2 kecil yang comel2. ;)





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, January 1, 2010

selamat tinggal 2009

Salam buat semua kawan ibu,

Selamat tahun baru 2010 buat semua. Setiap kali awal tahun, bahkan sejak sekolah rendah lagi, soalan yang kerap ditanya adalah "Apa azam tahun ni?"

Andai ada yang bertanya ibu soalan ini, jawapan ibu sama macam dulu.. cuma kali ini ibu ingin mempertingkatkan lagi keazaman dan kesungguhan ibu dalam melaksanakan semua perkara yang menjadi keutamaan dan tanggungjawab ibu.

dan soalan yang ibu tak ingin, bahkan tidak mahu dengar lagi, walau dari mulut en ayah sekalipun.. adalah "Bila ibu nak cari kerja?"

Sebenarnya sudah berkali2 ibu maklumkan kepada en ayah mahupun siapa jua yang masih tidak faham2 hasrat ibu untuk menjadi WAHM, "ibu cuma akan bekerja dari @ di rumah sahaja. bukannya bekerja di pejabat masuk jam 8 pagi keluar jam 7 malam. nature tugasan seorang akauntan takkan membolehkan ibu masuk 8 pagi keluar tepat jam 5 petang. Ibu sendiri tak boleh membayangkan bila ibu balik kerja, ibu hanya mampu beri sedikit sahaja ruang masa untuk anak2. Memang ibu tak mau meletakkan diri ibu dalam situasi begitu. Kerana itulah, ibu masih bertekad untuk terus berada di rumah.


Ibu tahu sepanjang tahun 2009 ni adalah tahun yang perit untuk kami sekeluarga. Bila ibu tiada pendapatan, en ayah rasa tertekan sebab sebelum ini hidup kami boleh lah dianggap senang. tapi pada ibu, ianya hanya 'senang' kepada en ayah. yer lah, bila ibu ber'duit', bila shopping ibu yang bayar. baju2 dan keperluan anak2, ibu yang menanggung. hatta perabot rumah dan barang2 dalam rumah pun semua guna duit ibu. kalo guna duit en ayah, nanti en ayah akan claim balik bila ibu dapat gaji. Yang sedihnya, ibu tak mampu nak hadiahkan diri ibu pakaian yang cantik, biarpun 2,3 bulan sekali. Setiap kali ade sahaja yang perlu dilunaskan. nak hulurkan duit pada makbonda pun berapa lah sangat. Itupun sebab makbonda tolong jagakan ANis, maka ibu dapatlah juga beri 2-3 ratus sebulan.

Semasa mengandungkan Aliya, ibu memang dah banyak berfikir. Asalnya memang ibu ingin teruskan kerja-kerja membuat akaun di rumah. Namun ia tidak semudah yang dirancang. Sebaik bersalinkan Aliya pada Julai 2008, ibu terus berada di rumah. Besar cabarannya waktu itu (julai - dec 2008) untuk ibu menguruskan Aliya yang masih baby, Anis yang baru berjalan jatuh dan fikri pula yang perlu di'toilet-training'. Alhamdulillah, dalam tempoh tersebut ibu berjaya siapkan 1 kerja akaun koperasi felda. Jika bekerja di pejabat, ibu boleh siapkan dalam tempoh 3 minggu, tapi bila di rumah.. kerja itu hanya siap setelah hampir 3 bulan. Fee yang dapat ibu gunakan untuk bayar loan rumah untuk tempoh 5 bulan dan juga perbelanjaan rumah.

Kemudian, bila ALiya semakin mula meniarap & merangkak, ANis pula sudah makin suka memanjat.. masa ibu rasanya semakin kurang untuk difokuskan kepada kerja-kerja akaun. Gangguan dari anak2 usah dikata, ada dokumen yang diconteng dek anak2.. dan setiap kali ibu nak memulakan kerja pasti ade sahaja tangan2 kecil yang 'membantu'... aduhhh.. keazaman ibu untuk meneruskan kerja2 akaun pun sedikit demi sedikit mula menyusut. Apatah lagi en ayah sudah tidak lagi membantu ibu menjaga anak2. Masa en ayah pun lebih banyak di luar. Jika di rumah pun, en ayah membuta jer.. (konon2 nak cover tenaga..) kerja2 rumah pun semuanya harus ibu langsaikan sorang2.

Menangis... itu lah antara option ibu untuk mengurangkan tekanan. nak mengadu? pada siapa? sudahnya ibu juga yang disalahkan tak pandai mengatur masa. Ibu ni bukannya robot, ada masa ibu ingin juga berehat.. walau ibu bukan yang jenis suka membuta di petang hari.. tapi ade hari2 tertentu bila ibu tak cukup tidur.. memang terlelap juga, lebih2 lagi selepas zohor. :D

Berblog.. ini juga option yang sangat2 membantu ibu melupakan masalah dan tekanan di rumah. Tak lah lupa terus, cuma pengisian dengan aktiviti berblog dan mendapat kawan2 baru, banyak membantu ibu untuk terus positif dan meneruskan kehidupan sehari-hari. terima kasih blog dan terima kasih kawan2 blog.

Tahun 2010 ni, ibu berazam supaya 'kekecewaan' yang telah ibu lalui pada tahun 2009 tidak berulang. Insya Allah, walau letih macam mana sekalipun, ibu akan berusaha untuk mengatur dan menguruskan masa ibu dengan sebaiknya.

Ibu masih ada 1 kerja akaun yang masih belum dapat disiapkan, walhal dokumen-dokumennyer dah ambil sejak Ogos 2009 lepas. Minta maaf lah yer tuan empunya akaun. Insya Allah, ia pasti akan siap dalam tempoh 1-2 bulan ni.

Selain itu ibu akan memulakan projek cross-stitch yang baru. Nanti bila ibu sudah mulakannya, ibu akan buat n3 dan maklumkan patern apa yang ibu bakal buat.

ohya, ibu harap janganlah ada yang tersalah anggap pasal yg ibu tulis tentang 'senang untuk en ayah itu'. bukan ibu nak memburukkan en ayah. hakikatnya, sejak ibu tidak bekerja ni persepi PIL pada ibu dah lain, ibu ni sudah tidak dianggap sebagai DIL yang menyenangkan anak mereka lagi. Apa pun, ibu sedar ibu tak boleh nak memuaskan hati semua orang, dan juga membuat orang lain faham keputusan ibu untuk terus berada di rumah. Ibu terima apa juga tanggapan orang sekeliling, biarlah masa yang bakal menjawabnya nanti.


p/s :
Pija sudah pindahkan ke akaun ibu, wang yang disumbangkan dari kawan2 blog dari projek mega tu sebanyak RM1,170. Ibu telah gunakan RM150 untuk membayar bil streamyx yang tertunggak. RM175 akan digunakan untuk bayar CD dari mamapayish. Selebihnya ibu tak keluarkan lagi. Buat masa ni biarlah duit tu dok diam2 dulu dalam akaun ibu.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .