jengah koleksi foto lama anak2… jumpa foto ni… terasa rindu pulak saat masa depa kecik2 dulu…
Tarikh pada gambar 02/12/2008 tapi yang sebenarnya gambar ini diambil pada pagi 1 Jan 2009.. kamera bengong sikit masa tu asyik tertukor jer setting date…
1 Jan 2010.. tak jumpa plak foldernya.. terus jump ke 11 Jan 2010.. tu pun xde gambor depa bertiga.. sampai habis bulan Jan 2010, x jumpa juga gambor depa ber3.. huhuu, apsal la angin ibu malas nak snap gambor time tu… huhuu.. kan dah rugi..
btw, jumpa juga gambor depa ber3.. bertarikh 14 Feb 2010.. ni masa g berkelah di Air Terjun Intake.
Pada 1 Jan 2011, tak de pulak gambor depa ber3.. tapi ade le ibu snap 2-3 keping.. gambor tengah makan juger…
Cepat sungguh masa berlalu.. sudah 2 tahun 7 bulan rupanya ibu meninggalkan zaman bekerja di pejabat & sepanjang tempoh itu hari2 mengadap anak2.. lain macam pulak perasaan ni bila nak kena tinggalkan depa ni dengan orang lain.. lebih lagi bila Fikri dah bersekolah ni… jadi susah hati pulak bila nak lepaskan anak untuk dijaga oleh orang lain…
p/s
1. Ibu tahu, itu lah perasaan semua ibu2 yang bekerja.. harus cekal kan hati & korban kan rasa demi untuk mencari rezeki agar dapat mengukuhkan ekonomi sekeluarga, kan… !!!
2. masih tak sempat nak update tentang teka ikan & juga menjawab komen2 di n3 yang lalu.
3. result GA pun masih tak sempat nak buat cabutan… semalam ibu betul2 letih.. rasa nak pengsan pun ade… huhuu.. orang lain pun sibuk juga… apa dah ibu ni..
4. malam tadi ibu tak BW langsung.. maaf ya.. harap2 esok lusa dapat BW macam biasa… terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kecil ibu ni…
5. Pagi ini masih lagi di Ulu Kinta... lewat petang baru balik ke rumah.. maka jika ibu cargas.. ibu akan BW laju2.. or else ibu ganti hari lain bila ibu dah betul2 fit untuk BW laju2..
salam kasih sayang untuk semua,
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!