salam bahagia,
semalam ibu di add kan ke grup Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara oleh Farah Rahim.
dan semalam memang tak sempat nak explore dan mencari info untuk baby Qistina Balqis Maisara
Jadi petang tadi dari jam 3 petang, meng'explore' FB Qistina Balqis Maisara . Rupanya ibu Qistina ni super-super junior ibu, x-UUM juga..
Menatap setiap satu gambar di album ini memang membuat hati bergetar..
ibu prinscreen sebahagian ajer..
Ini nota yang tertulis di album
SUDAH HAMPIR 3 BULAN USIANYA..BALQIS HANYA MEMBESAR DI HOSPITAL..
Dilahirkan pada 16/10/10...pukul 4.30 ptg...di hospital seri manjung, manjung perak..
masalah kesihatan : jantung berlubang, cleft lips, masalah paru2
sama2 kita doakan utk baby balqis semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat..amin..sayang mama kena kuat macam mama jugak key..luv u sayang..
Sukar juga nak gather info sebab mama nya dah lama tak update blog, setahun lebih ada kot.. jadi semua info hanya berdasarkan info di FB.
Sejak lahir, Qistina masih ber-rumah di hospital... tengok lah gambor bawah ni.. ekpresi kasih sayang seorang abang untuk seorang adik..
can't help myself from putting all these photos.. so touching...
Baca note yang ibu highlightkan...
Ohya, lupa nak gtau., grup Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara pula diwujudkan untuk mengumpul dana bagi meringankan beban keluarga Qistina.
Jadi , pada kawan2 yang berminat ingin tahu perkembangan baby Qistina @ ingin menyumbang boleh je inform ibu, ibu boleh add kan kome ke grup ni.
dan foto yang meruntun perasaan ibu.. meleleh-lelah air mata..
ni mama nya yang quote :
line terpaksa diset di kepala..dah tak de choice..kaki dan tangan dah hancur..tak dpt urat..dah 4 jam doc cuba amik tgn n kaki..akhirnya pkl 12tghmlm td doc call minta izin nak msk line kat kepala..ya allahhh...derita sungguh si kecil ini..
dd 22 jan 2011
Ibu tak dapat nak pastikan berapa lama Qistina sudah berada di ICU Hospital Sri Manjung.. dan parent nya berusaha untuk pindahkan Qistina ke hospital di Lembah Kelang, sure at certain reason.. (tak jumpa cari info yang tepat.. so sorry... )
Dan hari ni Qistina telah selamat dipindahkan ke HUKM. Semoga kesihatan Qistina bertambah baik bila berada di HUKM dengan pemantauan dari mereka yang lebih pakar.
Buat yang sudi untuk membantu meringankan beban, sila lah yer.. ibu titipkan maklumat ni
AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764
Yang tak dapat nak sumbang wangringgit (macam ibu la), Mari lah kita sama2 titipkan doa agar anak ini kuat semangat juangnya dan dapat membesar seperti anak2 yang lain.. Semoga keluarga Qistina cukup kuat dan tabah lalui hari2 yang penuh cabaran ni.
ada banyak lagi foto yang ibu nak letak.. tapi rasa meruntun hati sangat...
p/s
mula mencari info sejak jam 3 petang.. dengan segala gangguan dari anak2... stop suapkan anak makan.. mandikan Aliya.. leraikan depa ber-3 bergaduh.. suruh tidur tak mau.. angkat kain sebab hari nak hujan.. sudahnya hampir jam 6 petang baru dapat publish n3 ni..
salam,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!