Friday, January 14, 2011

Home » , » Blog ibu telah direview oleh Sop @ Riwayat Hariku

Blog ibu telah direview oleh Sop @ Riwayat Hariku

Salam bahagia,


Sebenarnya kan pada 31 Dec 2010 yang lalu, blog kecik ibu ni sudah direview oleh Sop @ Riwayat Hariku.. Terima Kasih Sop.. pujian dan baik2 belaka yang ibu dapat. Alhamdulillah.. Red heart Red rose Red rose Thumbs up


Review penuh boleh lihat di SINI..

Bila Sop highlight tentang tagline blog ibu..

Ini lah kisahku & kesayanganku + sebuah nukilan, cetusan rasa, abadi bersama

sebenarnya tagline ni bukan ciptaan sendiri.. tetapi ini lah hasil dari Contest Tagline yang pernah ibu anjurkan tahun lepas.. Terima kasih pada Ana & Nad yang telah mencipta tagline superb untuk ibu.. Winking smile  Tak sesia kan ibu hadiahkan kome berdua beg mengkuang tu, sebabnya tagline kome memang superb… Thumbs up  


* jadi nak ditegaskan di sini, blog ibu ni kalo orang kata mantap pun, bukan kerana ibu seorang tapi sebab sokongan kawan2 juga *


Review Sop hari tu banyak benor pujian.. yang sebetulnya, ibu ni masih lagi nak memperkemaskan blog ni..

Antaranya :

1. Bloglist

nak alihkan semua bloglist yang ada di sini ke Senarai Blog Terpilih kakyong[dot]com©. Mungkin akan kekalnya 2 bloglist, (1)  geng perak & (2)  mereka yang ramah (ini berdasarkan saper yang rajin komen.. Winking smile ) dan bloglist penganjur di bahagian footer (ini hanya untuk rujukan sementara sebaik semua result contest dah dapat, ibu akan remove bloglist tersebut)

Actually antara penyebab blog jadi berat adalah BLOGLISt.. sila baca kat SINI utk maklumat lebih lanjut..


2. kurangkan widget yang tak berkaitan

Walaupun ade yang kata blog ibu ni dah makin ringan & mudah nak load.. tapi kalo ditimbang.. memang masih berat lagi…

beratblog-13jan2011


Ni berat terbaru yang ibu baru timbang.. kan main berat lagi… kalo buleh nak kurangkan berat kurang dari 100kb.. at least below 200kb la.. Smile with tongue out  Actually kotak komen intensedebate (ID) ni pun penyumbang kepada muatan berat blog ibu ni.. tapi sayang le nak bertukar ke kotak komen blogspot… huhuu… dah jatuh cinta dengan ID.. senang nak balas BW.. widget @ iklan @ banner yang flashing/animated juga antara penyebab blog berat.. Insya Allah, pelan2 ibu akan remove mana2 yang tak berkenaan. Smile



3. Menjejaki Followers

Selain nak perkemaskan blog, ibu juga akan cuba nak ‘menjejaki’ semua follower… kalo jengah di blog Senarai Blog Terpilih kakyong[dot]com©, kome buleh nampak column tengah tu ibu khaskan untuk Followers blog ni.. baru update sikit.. mungkin akan redundant la.. sebab mostly link blog mommies ade di sebelah kiri.. tapi tak kesah la.. as long ibu leh la tau saper2 dia yang Follow blog kecik ibu ni..

Definitely la akan semak juga status Followers.. maksudnya ade ke tak ibu follow semula.. tapi kalo kome tak letak link dalam public profile, tak dapat la ibu nak buat apa2… contoh macam ni..




Sorry yer.. sebab ibu letak direct jer nama pemilih profile ni.. sila tinggalkan komen jer supaya ibu leh jejak anda kembali.. Actually ramai yang tak sertakan link dalam public profile ni... kalo ibu terjumpa masa BW, ibu masukkan dalam bloglist.. 


Yang ini contoh public profile yang baik.. senang nak jejak...






well, merepek panjang lebar.. walhal motif nya just nak kabo “SOP dah review blog kakyong[dot]com©



salam kasih sayang untuk semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .