Wednesday, March 18, 2009

Home » , , » 068 Feveret anak-anak : nasi goreng

068 Feveret anak-anak : nasi goreng

Ni adalah antara feveret fikri. Kadang-kadang separuh daripada pinggan besar ni dia boleh habiskan.. yang penting, nasi goreng dia, mesti ada telur atau ikan. Ikan goreng semalam, kalo tak abis.. tumbuk @ cerai-ceraikan isi nya.

cara ibu masak, takde spesifik bahan.. yang penting bahan asas nya ~ nasi, bawang kecil, bawang putih, telur ayam, cili api @ cili giling, belacan sikit, ikan bilis (ganti ikan)

rasanya semua orang pandai masak nasi goreng.. so this is my way of cooking it..

1. memula tumbuk cili api (1 biji jer.. syarat rasa pedas), bawang putih, bawang kecil, belacan & ikan bilis.

2. tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau & kekuningan..

3. masukkan cili giling, ibu guna cili giling puteri.. masukkan sesudu teh ajer.. setakat nak amik kaler jer.. anak2 yang nak makan kan..! masak sampai garing & naik minyak.

4. pecahkan telur.. masak macam buat telur 'scramble'.. berapa biji nak boh.. 2 biji pun dah memadai utk sukatan 2 pinggan nasi..

5. kemudian masukkan sedikit sos tiram, lebih kurang 1 sudu makan.. yer lah kot-kot terlebih cili giling.. sos tiram ni boleh kurangkan rasa pedas. & sedikit garam

6. masukkan nasi.. gaul sebati.. (betui ke bahasa), janji nasi & ramuan sama rata.. goreng hingga garing.. kalo betul cukup panas, dia nampak berasap-asap..

7. bila dah siap, masukkan daun dup & daun bawang.. dan potong kan timun atau tomata, sebagai ulam untuk dimakan bersama.. biasakan anak-anak makan sayur. budak2 memang susah nak makan sayur, lebih lagi sayur hijau..

itu lah dia, cara nak masak nasi goreng feveret anakku.. juga feveret ayahnyer.. kenapa boh belacan.. ni resepi suami, dia suka boh belacan.. kalo dia tak bau belacan, cam tak naik selera dia.. tapi sikit jer.. yang tak suka belacan, tak boh pun tak per.

tips :

cara nak simpan daun sup & daun bawang supaya tahan lama ~ bersihkan daun bawang & daun sup, potong dengan gunting lebih kurang 1 cm.. simpan dalam bekas kecil (biasa bekas tafufa tu) tanpa ditutup, simpan dalam peti ais. Insya Allah, akan tahan lama. Daun tu akan kering kalo lebih dari seminggu tapi masih boleh diguna & masih ada aroma, cth bila di masukkan dalam sup.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

10 kawan ibu yang hebat:

Ina Hashim said...

wah...makan nasi goreng panas time tgh lapor mmg masyukkkkkkkk

Unknown said...

salam

kalo tengah lapor.. sedor2 habis makan sekuali..

silversarina said...

sedap nasi goreng macam ni, akak suka , baru ni pun akak buat nasi macam ni , ikan goreng yang tak habis makan akak masukkan dalam nasi goreng, memang sedap, cuma bab cili tu buat masa ni memang tak de kat dalam peti ais, tengah pantang cili lah katakan.

Thanks for the tips simpan dedaun tu .

Pengasas said...

Salam KakYong,
Saya suka nasi goreng sebelah malam. Sarapan pagi tak boleh yang berat-berat. Cucurkodok sebutir-dua dah ok. Perut dah tua lain sikit.

Anonymous said...

wah..resepi nasi goreng ke kakyong? nasi goren kalau ada belaca mmg sedap le jadinye..

Unknown said...

salam kak silversarina,

kak kena jaga makan.. berpantang tu baik utk kesihatan..
saya dulu (masa bujang) tak makan pedas, sambal belacan pun tak suka.. tp masa pregnant anak no 1, cili api tu hari2 mesti ade, nak-nak cili api kg.. pastu , sedara mara sebelah suami, seme jenis makan cili api, lelama terbiasa..

Unknown said...

Ayahnde Pengasas,

teringat pada ayahnde angkat saya di Kulim, makan nye cukup di jaga.. kalo makan pagi, makan nya sepiring ajer (mee/bihun/nasi goreng).. tp tabiat tak boleh buang ialah minum kopi pahit...

Unknown said...

hairieusoff,

oppss.. kat jepun ade jumpa belacan tak?

Mak Su said...

saya nyer nasik goreng, mesti budak2 ni requesting "pedas lagi mak, pedas lagi mak", ya ler, memasing dah besar, tak pedas tak kick katanya :)

kakyong, tima kasih sudi folo ceritakosong ek.

Unknown said...

salam Mak Su,

hihi, bila dah besor lain plak request nyer..

tapi belah suami saya memang seme pulun cili api kg.. fikri pun dah tunjuk talent makan pedas.. cuma dia kecik lagi ni, tak berani la nak bg lelebih.. takut jd sakit lain pulak

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .