Ni dia, ruper abang fikri.. dengan gigi yang ala-ala nak 'jongang'. Ni la gara-gara hisap puting kosong.. memang sungguh tak bagus bila terlalu 'asyik-mahsyuk' dengan puting kosong.
Lepas tu bila dah 2 tahun.. dah tak kesah, puting fesyen apa pun, janji puting.. yang lagi lemak tu.. bila hilang jer.. atok santan beli kan satu lagi.. Yang herannya, kalo pegi rumah atok Yaya, bila atok yaya cakap, 'simpan puting, nak tidur baru hisap'.. okay plak si fikri.. ikut jer cakap atok yaya, takde la pulak nak melalak.. tapi kalo ibu yang suruh simpan puting.. alamatnya puting beliung la satu rumah.. Tapi kalo g jalan2, shopping2 ker.. kalo suruh simpan puting.. fuhh, campak jer dalam kereta ayah dengan relahati.. nak berjalan punya pasal.. sanggup 'buang' puting.
Dan sejak beberapa hari ni.. puting abang fikri dah putus dua.. ibu & ayah buat dek jer.. fuhh baru 2 hari, tu pun kuat juga rengek nya minta puting.. kadang2 g rebut puting anis.. Mujur lah Anis bukan jenis yang 24 jam berputing. Cuma bila dia rasa ngantuk & nak tidur.. dia mula la ari puting dia.. "ting.. ting.. ting.."
Memang tak elok hisap puting kosong ni.. tengok ajer la anak ibu si Amin Fikri.. gigi pun tak rata.. kalo nak makan & nak gigit tu, tak leh nak gigit guna gigi depan.. dia kena gigit kot tepi.. lawak la jugak kekadang tu..
Anis pula, hisap puting bukan lah satu kemestian, tapi bila dia kena marah @ dia dah letih nak tidur.. dia akan mula minta @ cari puting. Masalah Anis hanya lambat tumbuh gigi.. dah hampir setahun baru gigi bawah dia naik.. sekarang ni selepas dah 18 bulan, gigi Anis baru nak naik yang no 5
. Takper lah ANis.. Anis ade masa setahun lagi untuk gigi Anis tumbuh penuh. Kalau ikut pembacaan ibu, tempoh pertumbuhan gigi susu adalah dari usia 6 bulan hingga ke 2 1/2 tahun. Kalau dah sampai umur 2 1/2 tahun, gigi Anis masih belum tumbuh semua.. hmm.. kita tengok lah nanti macam mana. Cuma ibu harap Anis tak 'puting addicted' macam abang fikri.kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
2 kawan ibu yang hebat:
la..nape bagi puting kosong..sian abang fik..
teman belikan juga kat anak tp dia ala-ala je guna..tak berapa nak..tp gigi anak teman pun dh rosak gak sb dia tak suka gosok gigi.. ;)
salam Afna,
terima kasih sudi singgah & meninggalkan komen.. :)
for fikri memang dah history la.. cucu sulong lelaki, jadi perhatian atok & opah (belah mertua) lebih sikit.. apa nak seme bagi.. my side, anak2 adik tak de yg berputing kosong.. tu la, masa tu jd 'culture shock' jap.. so bila dah jadi camni.. hmmm, apa nak dikata, if only i can take back the past..
Post a Comment