Award ini sangat comel & ‘sangat mahal’.. sedang teman ni rasanya belum layak utk jadi mom-of-year. Apa pun, untuk menghargai NurDaniella, maka teman cuba lah menjawab nya.. walaupun soklan nya , cam soklan maut sajer.. huhu..
....The rules are:
teman ni kahwin baru nak masuk 4 tahun. Pulak tu anak2 pulak kecik2 lagi dan yang sulong baru ajer 3 tahun. Apa yang buat teman rasa ‘teruk’ sepanjang menjadi ibu? Hmm,.. apa yer, banyak sebenarnya.. satu daripada nya ialah rasa bersalah bila dapat tahu mengandung lagi (yg no 3), sedangkan masa tu anis baru nak masuk bulan.. huhu, sedih sangat, sebab kesiankan Anis, takut tak dapat beri sepenuh kasih sayang, takut nanti Anis rasa dipinggirkan.. yer lah, belum puas bermanja, dah ade adik pulak, dah pulak kena jadi kakak. Tapi siapalah kita nak haling rezeki yang Allah dah beri.. walau sedara mara & kawan2 ade yang mengata. .
So, sekarang ni bila Anis selalu ‘bawa diri’, main sendiri, panjat sana-sini sorang-sorang, selongkar sana-sini, even bila malam waktu nak tidur, bila dia dah letih sangat, dia Cuma minta susu & naik ke katil sendiri. Kalo ibu cuba nak tepuk, cium2 dia, dia macam tak suka ajer.. siap tepis lagi.. huhu..konon2 protes la tu.. sekarang ni dah okay sikit, malahan berebut2 pulak dengan Aliya.. hihi..
bila Aliya tidur @ nap siang, ibu akan cuba spend masa dgn Anis.. kdg2 kalo dia nak dok atas riba masa tengah dok bertenet pun.. jom ajer lah bertenet dengan ibu.. kalo anis minta ibu dukung, walau masa tu tengah dukung Aliya.. hmm, ibu dukung juga ler sebelah tangan.. walaupun senget-senget.. janji Anis happy.. as long as perhatian pada Anis tak kurang. Itu ajer lah yang mampu ibu buat.
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
Anak-anak teman ni seme masih kecik2 lagi.. jadi apa yang teman suka pasal anak-anak ni lebih kepada telatah depa.. apa yang depa suka pasal teman, tu teman pun tak berapa pasti.. sebab depa pun bukan reti nak kabo.. heheh, bila fikri bercakap pun kekadang ibu tak berapa nak faham..
1. Telatah anak-anak bila ayah pakai baju @ amik kunci rumah ~ to them bila ayah pakai baju jer, maksudnyer “nyontet” (kuor jalan-jalan ler). “Nyontet” ni bahasa kami anak-beranak jer. Asalnyer orang perak cakap ‘nyongket’.. tapi ‘nyongket’ ni lebih kepada merayau2 tak tentu hala tuju.. jadi kami telah mengkomersilkan nya sebagai ‘nyontet’, & only applicable in my family only. So, anak-anak, terutama fikri & anis, bila ayah sarung baju dia, cepat2 pegi tunggu kat pintu gril. Kalo ayah kata, “ayah pakai baju ajer la”, fikri ok, dia dah boleh faham.. tapi Anis, selagi ayah tak buka pintu gril, mau dia melalak depan pintu.. unless ayah dia buka baju.. hahah.
2. Bila Anis bersuara.. nak minta susu ~ ‘nchu’.. nak minta dukung ~ ‘nkong’.. nak makan ~ ‘ncik’.. dia ni sejak pandai bersuara, byk bercakap dari hidung, kdg2 cam sengau jer bunyi nyer.. LOL.. tapi bila dia nak putting, elok plak dia sebut ..’uting uting’.. kalo nak minta minum ~ ‘aer’(baca ‘air in English’.. kalo nak mandi @ lebih kepada nak main air ~ “e’erk” – walhal tak e’erk (buang air besor) pun..
3. Bila suap anak-anak makan, anis & fikri suka berebut.. anis selalu nak dapat lebih & nak dulu.. kadang2 siap tepis & tolak abang fikri, yang penting dia mesti betul2 depan ibu. Definitely, anis makan lebih banyak dari abang fikri. Bila dah berebut-rebut tu baru la anak-anak akan makan banyak. Kalo makan sendiri di meja makan, hmm lebih banyak bertabur ke lantai dari ke mulut.
4. Bila abang fikri lebih suka duduk rumah daripada tidur rumah opah.. hihi.. ibu lah yang paling suka. Dulu masa ibu kerja, masa abang fikri banyak di rumah opah/atok santan (parent-in-law). Apa2 sikit, opah/atok santan.. la ni bila suruh tidur sana (sajer2 suka nak suruh, bukan le serius sangat ..), abang fikri siap nangis2 tak nak.. “nak tidur ngan ibu” huhu..
5. Xtvt dgn anak-anak ~ main guling-guling @ berguling di katil dengan ketiga2 nyer.. hahah.. meriah, bagai nak roboh katil bila anis & abang fikri lompat-lompat, aliya pulak excited kan main.. dia pun ligat sama, nak berpaut.. konon2 nak berdiri..
6. Melihat perkembangan Aliya depan mata sendiri, dari dok terbaring ajer, then mula meniarap, bila pandai duduk sendiri, & sekarang sudah mula nak berdiri, walau merangkak belum laggi.. hihi. Masa Fikri & Anis, tahu2 jer.. eh eh dah pandai merangkak, eh eh dah ade gigi.. eh eh dah pandai berdiri.. almaklumlah ibu sibuk dengan kerja.. malam baru balik, bila dah balik rumah, anak2 pun dah letih & dah nak mula tidur, dapat main pun kejap2 ajer.. Alhamdulillah, sekarang ni ibu sepenuh masa di rumah.
7. Bila anak2 dah pandai request nak makan apa.. Abang fikri sekarang ni dah pandai request nak makan apa.. yang paling kerap dia minta adalah sup ayam, cucur udang & nasi goreng. Kalo sup ayam tu, ayam nyer lah kena banyak sebab dia suka makan & ratah ayam, kalo ayam goreng memang tak jalan. Kalo buat cucur udang, sekor udang utk satu cucur yang kecil.. huhu, dia asyik korek udang jer.. kalo masak nasi goreng pulak, kena pecahkan telur, kalo tak kureng la sket dia makan. Anis belum pandai lagi nak request apa2, tapi selalunya dia yang akan makan lebih.
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Hmm.. kakyong nak pass kan award & tag yang istimewa ini pada:
1. Ummi Ina - OurDreamsOfLife
2. Ummi Nor – Ummie Cake House3. Kak Has - ::All about my kids::
4. Mak Lang – Dari teratak Maklang 20095. Siti Sifir – Salam ikhlas penuh ukhwah
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
3 kawan ibu yang hebat:
Salam KakYong,
Ibu, sama ada muda ataupun lama, semua dikategori oleh Allah sebagai manusia terhebat untuk setiap anak. Itu sebab, selepas beriman kepada Allah, mesti berbuat ehsan kepada ibu-bapa. Semua amalan akan tergantung jika tidak berbuat ehsan.
Durhaka dan biadap pada ibu-bapa adalah satu dari dosa-dosa besar.
Syurga di bawah tapak kaki ibu kan!!!
salam kak yong, thanks sebab sudi layan tag ni.. hehe..
salam
Ayahnde Pengasas,
setelah diri sendiri bergelar ibu, baru tahu betapa berat & besar nyer pengorbanan ibu.. so la ni,belajar tidak untuk merungut, kalo bbrapa kali perlu bangun malam utk buat susu anak @ pujuk anak yang mengigau.
Post a Comment