Thursday, March 26, 2009

Home » , » 074 Makan-makan lagi

074 Makan-makan lagi

Ini adalah foto-foto semasa kami makan di luor rumah. Yang ni kami makan di gerai sri kedah di deretan kedai makan berdekatan dengan BSN Ipoh, seberang jalannya adalah SRK Poi Lam yang bersebelahan dengan Bank Islam, di pekan Ipoh.

sebetulnya tak sempat nak tulis entri yang panjang-panjang, jadi teman tampal foto ajer lah dulu..

Cerita foto-foto ni :

hari tu kami bawa Aliya ke Pusat RAwatan Islam Ar-Ridzuan untuk suntikan imunisasi 6 bulan. Kami memang selalu pergi petang. dan memandangkan dah lama sangat tak makan kat luor, jadi suami bawa ler makan situ, terserempak pulak dengan kawan suami yang menjual satay tengah agihkan satay-satay nya kepada peniaga di situ.

yang kami order : sayur campur, telur dadar & sup campur ABC tu teman yang order ~ tingin benor nak makan ABC.. 6 bulan dah, boleh le kot makan ais.. hahah..

fikri dah tak sabor nak makan.. macam lapor benor, 3 suku pinggan nasi tu dia habiskan..

Anis pun sibuk nak makan sendiri.. tak nak ayah suap..

Suami teman pernah cakap, bila anak dah 3 nanti, malas lah nak makan luor, susah nanti nak handle anak-anak. Tapi selepas beberapa bulan dia tak bawa kami kuor makan.. akhir nya bawa juga. Alhamdulillah, okay ajer.. takde plak anak-anak mogok @ buat perangai.

.

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

2 kawan ibu yang hebat:

ManjLara said...

mmg susah nak handle anak2 kecik kalo mkn kat luar. tapi kalo asik makan kat umah jek, boring pulak...

Unknown said...

salam ChikYang,

memula dulu memang le payah sket.. skrg ni dah okay.. as long depa hepi & kenyang.. tu dah cukup baik..

ChikYang anak2 dah besor2 3 org, mungkin lebih seronok makan di rumah kot.. ade yg boleh mbantu di dapur.. yer dak!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .