Tuesday, August 31, 2010

kek batik dan biskut cornflake rangup

Salam petang hari selasa

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Bagaimana kalian hari ini? Ramadhan pun sudah 2/3 meninggalkan kita... ramai yang gamaknya sibuk dengan persiapan menyambut lebaran.. mudah-mudahan persiapan sederhana dan tidak membazir...

Hari ini mood memasak terbang ke langit... pesan kat en ayah supaya belikan ikan.. ikan takde lah pulak kat pasar.. kata en ayah, ' pasar borong tutup' huhhhhuuu... jadi hari ni hanya masak nasi jer.. en ayah belikan kari ikan kat kedai yang biasa kami beli lauk (ibu ni tak rajin gak masak hari-hari.. ).. 

alasan nya hari ni --> sakit gigi.. tampalan gigi geraham dah tercabut.. maka sakitnya mendesup-desup.. buat masa ni boleh la bertahan lagi.. cuma kalo nak makan tu kena kunyah sebelah jer.. actually gigi ni hanya tampalan sementara.. masa tengah sarat pregnant kan Aliya memang dibuat tampalan sementara.. doktor dah pesan, selepas bersalin harus dicabut geraham ni (bukan geraham bongsu yer.. ntah naper sampai hari tak penah muncul geraham bongsu nyer...) tapi lepas bersalin hinggalah 2 tahun berlalu.. baru sakitnya datang kembali... 

hari ni, bertampal koyok di pipi kanan... huhuuu... sakitnya sedikit2 membawa ke kepala & telinga.. adeiii... kalo tengah sakit macam ni, doktor pun tak mau cabut.. harap2 cepatlah berkurang sakitnya..


ini kek batik, buatan minggu lepas.. resepi dapat dari sorang kawan blog.. ibu simpan di SINI


malam tu kami anak-beranak (3 budak comel & ibu) mengerjakan kek batik ni... huhuuu, ibu yang sebenornya teramat teringin...

esoknya masih ada balance.. ini lah gaya aliya menghabiskan balance kek batik itu...

hampir habis licin.. yang sikit tu fikri tolong habiskan.. pastu siap " esok ibu buat lagi" "buat banyak-banyak"

ni pula biskut cornflake
sebelum masuk oven
malam tu juga, mencuba resepi biskut cornflake rangup ni... resepi juga dari rakan blogger.. ibu simpan kat SINI..


selepas

resepi ni ibu modify sket.. ibu tambah butiran coklat dan kurangkan gula..

ibu dapat hampir 100 keping.. simpan dalam 2 bekas.. sehingga ke hari ini, setelah 1 minggu, tinggal 1 bekas jer... huhuuu.. tu la kan, tak leh buat biskut raya awal-awal.. 



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

ConTeST SENyuMan @ HaPpy BIrThDay FarIsyah

Salam bahagia dan salam ceria

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari ni hari sambutan kemerdekaan.. kira nya ramai yang bercuti hari ni kan.. ibu plak jadi malas nak UP kan n3.. plan hari ni nak BW jer.. tapi lepas BW 2,3 blog, terjumpa plak contest ni.. maka dengan segeranya ibu membelek foto anak-anak... adehhh.. memang susah nak cari foto anak2 senyum.. Aliya dah selalu join contest.. Anis plak susah nak jumpa foto dia yang senyum... huhuuu..

btw, jika kalian nak join pun sempat lagi.. sebab contest ni due pada 8 Sept 2010, 5.32 petang. Klik jer banner kat bawah ni yer...




kali ni ibu letak foto fikri pulak lah..
menawan ke senyuman anak teruna ibu ni... hehehe..


nama anak : Muhammad Amin Fikri
umur : 4 tahun 6 bulan


nota buat puan penganjur :
banner contest sila jengah kat auto slide-menu di sidebar
[+/-] Banner Contest & Giveaway join

bloglist untuk penganjur & penaja contest
sila scroll kat bawah sekali yer...



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, August 30, 2010

Gorgeous Baby In Kemeja @ Dress

Salam ceria semua,


sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Ibu join contest lagi... lama dah tak join contest yang dianjurkan oleh mama_Aqish a.k.a Anje. Kali pertama ibu menjinakkan diri dengan contest ni adalah melalui contest anjuran mama_aqish.. sejak itu, kawan blog semakin bertambah dari hari ke hari...









nak join sila klik banner ni ya.. due pada 3 sept 2010




Ada syarat sampingan yang perlu dijawab :
Ceritakan sedikit ape & kenapa anda menjadi Follower & suka terjah Blog Mama_Aqish & sejak biler anda kenali Blog Mama_Aqish ni?
Ibu jadi follower mama_aqish ni dah lama.. sejak April 2009 lagi.. masa tahun 2009 rajin juga jengah blog mama_aqish, sebab mama_aqish rajin buat contest baby.. & selalu update pasal sales @ jualan gudang yang seangkatan dengan nya.. tapi mainly kat KL.. Ipoh ni mana ade jualan gudang untuk produk baby.. kemudian selepas 3 bulan tak berblog, ibu dah mula jarang jengah blog mama_aqish.. actually bukan blog mama_aqish jer, tapi ramai juga blog kawan2 yang lain.. terhegeh2 kan nak cover balik 3 bulan tak berblog & nak catch up semula.. once in a while ibu jengah juga, tengok aksi Aqish yang semakin pandai posing...
Tahun ni banyak juga contest yang mama_aqish anjurkan, tapi ibu selalu tak kesempatan nak join.. sebab nya takde foto anak-anak yang sesuai dengan tema contest.

kali ni ibu present gorgeous Aliya with dress jahitan ibu sendiri... ;)


nama anak : Aliya Nadhirah
umur anak : 2 tahun 1 bulan
tarikh lahir : 18 Julai 2010


contest ini ditaja bersama oleh :

~ Hanya Perlu tepek Di Entry SHJA ~
Create 
your own banner at mybannermaker.com!
http://cutiesgorgeous.blogspot.com/
~ Hanya Perlu Tepek Di Entry Sahaja ~
~ Hanya Perlu Tepek Di Entry SHJA ~
http://syilasyira.blogspot.com/
~ Hanya Perlu Tepek Di Entry SHJA ~



nota untuk mama_aqish a.k.a Anje
banner contest sila jengah kat auto slide-menu di sidebar
[+/-] Banner Contest & Giveaway join

bloglist untuk penganjur & penaja contest
sila scroll kat bawah sekali yer...


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Cabutan GA hari raya kakyong[dot]com... meh tengok sapa yang kena..

Salam petang Isnin



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Rasanya tiada unsur suspend untuk n3 ini... biarkan foto memberi jawapan..

sesi menggunting nombor..


fikri yang rajin tolong gulung nombor cabutan
proses cabutan juga dilakukan oleh fikri.. jenuh la ibu suruh goncang2 dulu..


TAHNIAH BUAT YANG BERTUAH..


cabutan pertama :  2 yang bertuah.. untuk hamper dari Ummie Cake House

yang no 1 ni memang ONG.. sebab nombor naik 2 kali... tapi sebab dah berjaya di cabutan pertama.. so cabutan yang kemudian tak diambil kira lah yer..


cabutan ke 2 : 1 yang bertuah.. untuk 1 set coklat dari Anis Sweet Chocs & Cakes


nota : ibu tak perasan ibu letak 2 nombor 13.. jadi ibu letak 13A & 13B.. (malas nak adjust semua nombor)

Cabutan ke 3 : 8 yang bertuah yang akan menerima kad raya istmewa..



buat peserta yang tidak terpilih untuk cabutan 1, 2 dan 3.. ni ibu sediakan pula kad raya untuk kalian... so semua orang dapat habuan.. ;)

jadi buat yang belum  hantar alamat rumah untuk diposkan kad raya/hamper... sila emailkan detail ke ibu3a2010@gmail.com secepatnya..

ibu akan tunggu sebelum berakhir bulan Syawal.. sebaik syawal berakhir dan anda tidak tuntut hadiah anda.. kiranya lebur lah yer... 
btw, Insya Allah, dalam tempoh 1 minggu jika tidak dapat apa2 feedback, ibu akan follow up melalui email..



nak tau nombor2 tu sapa yang punya.. sila jengah entri senarai peserta GA hari raya kakyong[dot]com


p/s :
ibu pun tak tengok lagi sapa dia tuan empunya nombor ni..  lepas buat n3 ni baru nak tulis siap-siap alamat & nama pemenang..


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Akhirnya bersiaran kembali

salam ceria dan salam bahagia buat semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

3 hari penuh tidak bersiaran... gara-gara diserang virus.. bukan setakat che biru yang terkena, bahkan email & blog juga terkena tempiasnya..

Sekarang ni mana-mana blog yang sign-in menggunakan email gmail, maka bila google 'suspend' @ tahan email kerana ada virus (dikesan mempunyai aktiviti luarbiasa).. maka blog juga akan secara otomatik akan diremove.

Itulah yang telah terjadi pada 3 hari yang lepas.. ramai yang tak dapat masukkan.. huhuuu.. kecut perut kalo tetiba blog ni lenyap cam tu jer... 


ini trend statistik dari 23 hingga 29 Ogos 2010.. trafik dari 27 hingga 29 Ogos hampir kosong... 3 hari blog tidak dapat dijejaki.. hihiii... mujur la tak hilang terus..




Ini lagi kesannya... status geli-geli dah bertukar ke ordinary(non-exclusive)... uwaaa..  ini part yang sedihlah jugak.. sebab earning BE semuanya dah jadi separuh.. sebelum ade earning BE yang dah hampir cecah RM40, bila dah berubah status.. tinggal separuh je.... 

btw, ibu dah hantor 'surat cinta' ke nuffnang. Hopefully, segeralah dikembalikan status geli-geli itu... 

ohya, sedikit tips sekiranya kalian mengalami masalah email di'suspend' oleh google (ini untuk yang sign-in  blogger.com guna gmail, kalo guna yahoo tu, ibu tak pasti)

  • jangan panik, tarik nafas panjang
  • cuba sign-in email, jika tak boleh nak masuk.. follow ajer flow arahan dari google.. kalian mungkin perlu dapatkan verification code via handphone, jadi ikut jer arahan.. & beri no hphone & google akan antor kod melalui sms, normally with 10-15 second cod tu dah sampai.
  • atau kemungkinan juga pelu verify/sahkan akaun email beberapa kali.. ikut jer arahan dari google..
  • once akaun email google berjaya diverify.. maka dah boleh sign-in ke draft-blogger.. bermakna blog-blog anda selamat dan sudah boleh digunakan seperti biasa.

Kenapa ibu amik masa sampai 3 hari... lama kan... dipendekkan alkesah..
  • berkali-kali ibu call kedai servis computer @ tempat ibu beli lappy ni la.. tak berjawab
  • hari jumaat plak call lagi.. dah le ari tu cuti umum nuzul alquran kan..
  • hari sabtu, en ayah balik lewat, hampir jam 5 petang.. call juga kedai tu, tak berjawab
  • hari ahad - ajak en ayah g tau... nak jengah kedai tu.. sebab dia pernah cakap, depa buka hari ahad.. en ayah sudah cuak.. macam malas je nak g.. en ayah cakap tunggu hari isnin... so ibu call makngah miela tanya tempat dia biasa servis lappy...
  • akhirnya kami ke kompleks Yik Foong.. dah bertahun tak jejak kaki ke situ.. angkut sekali anak-anak.. en ayah plak cuak kan main.. hari panas plak tu.. sampai Yik Foong baru tahu, rupanya ada PC Fair PIKOM dari 28-30 Ogos 2010 (tapi tak tau le kat mana).. tu pasal ade byk kedai komputer yang tutup... cesss.. kebetulan kedai yang ibu beli lappy tu pun ade branch kat Yik Foong.. maka nampak le notis pasal PC Fair tu..
  • antor la servis kat kedai di Yik Foong tu (tempat yang makngah miela suggest).. kena RM30 untuk reformat.. kalo ke kedai yang ibu beli lappy tu FOC jer.. tapi takkan lah nak tunggu sampai 31 Ogos 2010 kan..

Untuk cabutan GA hari raya.. Insya Allah, ibu akan buat hari ini dan esok ibu akan UPkan n3.. harap sabar menanti ya.. plan asalnya nak umumkan keputusan dalam 1-2 hari selepas GA ditutup.. tapi mana lah nak sangka lappy plak di serang virus.



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, August 26, 2010

Anis Sweet Chocs & Cakes (promo ruang iklan)

sticky sehingga 26 Ogos 2010

Salam bahagia & salam ceria,





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Kalian suka coklat??? suka tak... SUKA lah... jangan lah tak suka... aci cuba try test tengok foto kat bawah ini... huhuuuu... sila lihat dengan mata & mulut berpuasa ya.... ;)



camana pulak dengan cupcake yang dihias comel macam ni.... sesuai bebenor untuk majlis istimewa... ade ke sesapa nak menikah, nak bertunang... sesuai sesangat lah..

Add caption
Add caption
mahu kek yang ada wajahmu sendiri???... huhuuu.. cam tak rela nak makan muka sendiri kan... tapi sangat sentimental kan, jika yang tersayang hadiahkan kek yang istmewa macam ni...

Add caption

sangat-sangat ISTIMEWA bila di 'present' kan dalam kotak hamper yang anggun bergaya seperti ini...

Add caption

Ni nak tanya lagi... SUKA tak??? camni punya istimewa.... jangan malu-malu.. sila jengah selebihnya di Anis Sweet Chocs & Cakes


 Buat yang berada sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang... sila terus ke alamat berikut :

Our location:
~Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA~

Any queries or to make an order please do not hessitate to contact us...
{via e-mail or phone}

   
anisweetcc@gmail.com 
or 
012-3739936


nota :
Anis Sweet Chocs & Cakes adalah penaja bersama untuk Giveaway Hari Raya kakyong[dot]com.
N3 promo ini adalah termasuk dalam pakej penajaan.

Jika anda ingin blog/portal perniagaan online @ offline anda di promosi kan di Kakyong[dot]com, sila refer syarat-syarat di link ruang iklan



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Senarai peserta GA hari raya kakyong[dot]com

Salam petang khamis


sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Masalah virus belum settle sepenuhnya.. nak p kedai untuk servis tapi la ni dah jam 4++ petang, en ayah belum pulang2 lagi.. huhuuu... buat masa ni hanya berjaya 'quarantine'kan sebahagian virus... masa tengah dok taip n3 ni.. email akaun plak tak leh nak sign-in.. google detect unusual activity.. so goog;e sudah blocked... 

btw, ni adalah senarai peserta giveaway.. tunggu ya.. nanti akan berusaha untuk buat cabutan secepatnya.. 

1. Izzatul Iman [3]
2. Nad Sabri [2]
3. Ummi Hanie
4. Wadud @ Duad
5. Iza
6. Suhana Shahril [3]
7. Noreed [3]
8. NIda
9. li3ssa
10. Mama Zharfan [3]
11. MommaMia [3]
12. UmmuAbdullahSyakir [3]
13A. MamaYatie [2]
13B. Su @ Mamasyaza [2]
14. Cybermummy @ Ikeen [2]
15. Zaikulim (tertakluk syarat no12) - tidak memenuhi syarat, sorry
16. Chekna [2]
17. Nadiah Sidek
18. T@sh Sh@ [2]
19. Aten10 [2]
20. Nuradyani [2]
21. Yan [2]
22. Pija @ Sitisifir10 [2]-
23. eira (tertakluk syarat no12)  - tidak memenuhi syarat, sorry
24. yati x-stitch [2]
25. Wan Anie [2]
26. Syidagorjes
27. Mama Zara @ lilyazliyana
28. Shira @ AshAnas [2]
29. Ibu Arifa [2]
30. Rozy

Buat semua peserta yang layak.. sila email alamat & contact no ke ibu3a2010@gmail.com.. yang tidak menang cabutan akan mendapat kiriman kad raya dari kakyong.

Cabutan adalah untuk :
2 cabutan - hamper kuih raya
1 cabutan - hamper chocolate
8 cabutan - kad raya dari  istimewa Mouth & Foot Painting Artists Sdn Bhd (MFPASB). 
selebihnya akan terima kad raya biasa dari kakyong..

sekian..  



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, August 25, 2010

lappy diserang virus

Salam bahagia,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hati ibu sangat tidak bahagia saat ini.. pernah tak kalian diserang oleh virus yang macam ni..

foto 1
 ibu bukan setakat dapat warning macam ni.. warning yang kata virus trojan attack pun ada.. kejadian ini berlaku sejak jam 11 pagi 25 Ogos 2010. Bila ibu klik button "Remove All" akan keluor foto yang di bawah ni.


foto 2
setiap kali klik dapat warning virus dan klik 'remove all', skrin ni akan muncul... macam hacker jer... hacker antor vorus pastu surh kita beli anti virus dari depa....  

foto 3
 message macam ni pun dapat berkali2.. masa tak online tadi pun dapat juga...
uwaaaa.... tensi tensi... mana-mana kawan ibu yang ade terima email dari ibu dan emaill tu tak bertajuk.. sila abaikan okeh.... serius., tolong delete... riso kot2 kome plak yang jadi nanti..



foto 4
ni virus tu cuba nak curi IP ibu plak... hoooohooo.. tolong, camana nak buat ni..

plan memang nak p kedai servis.., tapi en ayah asyik balik lewat ke..  4 petang lebih baru balik..
pastu kalo nak ajak kuor,... lagi le payah... 

nak online lama2 pun ngeri... takut infected pada orang lain jer..

ibu dah scan lappy guna McAfee.. tapi xde detect apa2 pun... 

foto 5
ini adalah My Security Sheild.. ibu rasa benda ni lah hacker tu bermula.. ibu cuba nak delete.. tapi apa pun tak jadi.... tak tau nak buat camana.. sah2 kena p hantar servis ke kedai ni.. each time bila clik 'remove all' akan kuor skrin cam foto 2 tu...

nota :
buat semua peserta GA hari raya kakyong[dot]com sabar ya.. 
doa2 lah lappy ni tak apa2.. 
Insya Allah, cabutan akan dibuat sebaik ibu dah update semua senarai peserta..
dan sebaik dah dapat bateri baru.. la ni kamera tak de bateri..





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Gambar pertama dari kamera digital pertama

Salam ceria,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Lewat malam tadi, sebaik selesai buat 1 cookies.. (nanti ler ibu buat tayangan nya yer) ibu pun belek2 mini thumbdrive.. jengah balik foto2 lama.. so among all, ibu nak tunjuk 2 foto pertama yang ibu snap sebaik ajer ibu beli kamera digital yang pertama.

Untuk pengetahuan semua, sudah hampir 2 tahun usia kamera digital ibu ni.. ibu beli dengan harga RM400+++ (dah tak ingat exact price..) tapi memang tak sampai RM500.

Canon Powershot A580
sumber dari SINI
maklumat lanjut tentang kamera digital Canon A580 ni boleh refer di laman INI.. sangat details penerangan.. pro n con semua ada..

Ibu pun sebenarnya, walau sudah 2 tahun guna.. tapi belum explore sepenuhnya fungsi kamera ni.. snap foto main belasah jer... huhuu... tak sempat nak bereksperimen..

1 yang ibu suka bila guna kamera ni adalah - mode kids&pets..

Bila setting mode kids & pets... mudah untuk snap objek yang bergerak.. so jika snap foto anak2 ibu akan guna setting ini.. jika dalam kereta nak candid apa2 pun, ibu akan guna mode ini. Sebabnya foto tidak akan jadi double @ bergoyang/blur.. 

Walaupun sekarang ni dah ada bermacam kamera digital yang lebih canggih, nipis & ringan di pasaran.. tapi keadaan ekonomi keluarga yang masih meleset.. maka tiada lah ibu berangan nak mengidam kamera canggih... 

Dalam tempoh 2 tahun, sudah lebih 8000 keping foto yang telah terhasil dari kamera ni.. tapi belum ada satu pun yang pernah ibu print & frame kan.. ntah lah.. ibu ni bukan penggemar @ peminat yg suka dengan frame gambar ni... buat masa ini, semuanya masih dalam bentuk digital... oowwhhh.. itu belum kira berapa banyak foto yang telah 'burn' gara2 lappy rosak tahun lepas... huhuuuhhh... 

Jadi inilah foto pertama dan kedua... 



Foto ni disnap pada 28 Sept 2008... 2 hari sebelum hari raya Aidilfitri menjelang.. Pada tahun 2008, hari raya AidilFitri jatuh pada 1 Oktober 2008.

Anis waktu itu berusia 1 tahun 1 bulan++. Rambut nya memang dipendekkan sebab masa tu kepala nya selalu kena kudis.. macam jerawat.. tapi bila menjejak usia 1 tahun 6 bulan, kudis2 dah reda & takde lagi hingga lah sekarang... lama juga Anis ada masalah ni.. ibu sapu krim dettol & pastikan rambut Anis sentiasa pendek & kering, supaya mudah diurus.


nota :
hajat asal hanya nak tepek foto pertama jer.. tapi melere-leret plak dengan kesah Anis & sedikit review kamera... kalian guna kamera apa yer??? 




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, August 24, 2010

Juadah kemarin

Salam petang selasa,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Juadah semalam takde foto.. mode malas nak snap foto.. sebab bateri kamera sudah hampir kong... ini yang hari ahad punya. Hari ni tak tau lagi nak masak apa..

tauhu goreng di siram sambal kacang ibu nan simple

sawi putih masak lemak cair

ayam goreng + ikan goreng

ini pula penyeri yang bikin riuh majlis makan-makan... 

ni resepi rahsia en ayah... hehehhe... habis licin dikerjakan en ayah & anak2...

sekian, tayangan juadah sementara menanti berbuka puasa... ;)


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .