Monday, August 2, 2010

Home » , » Pemenang Special GA & Contest Tagline kakyong[dot]com

Pemenang Special GA & Contest Tagline kakyong[dot]com

Salam minggu baru,

Tanpa banyak bicara, ibu nak umumkan pemenang untuk Special GA & Contest Tagline kakyong[dot]com.

Kita mulakan sedikit ulasan untuk Special GA.

Semua cadangan yang diberi memang sangat2 baik.. mainan anak-anak kan.. semua best.. semua cadangan memang sangat bagus untuk stimulasi perkembangan anak-anak.. ibu memang jadi sangat rambang mata untuk memilih hadiah cadangan pemenang.

Jadi, asas yang ibu gunakan untuk pemilihan adalah..

  1. cadangan yang menepati budget iaitu jumlah semua tidak melebihi RM100.. kalo lebih 2,3 ringgit tu ok jer.. masih diterima
  2. hadiah cadangan adalah spesifik.. jika buku, ada judul yang khusus.. 
  3. of course lah mendapat persetujuan en ayah..
Keputusan adalah muktamad., sila jangan ada yang kecil hati.. jadi pemenang yang akan menerima hamper tepung premix (which ibu pun tak pasti kandungan hamper yang sebenarnya) dari Ummie Cake House, adalah.....

okeh.. pancut bunga api dulu...







TAHNIAH untuk NIda & MommaMia. Sila emailkan alamat & contact no ke kakyong72(at)gmail[dot]com. Hadiah akan dihantar terus dari Ummie Cake House. Jadi sekiranya ada kekurangan ibu mohon ampun maaf. Sila buat entri diblog hasil masakan/baking kalian dari tepung premix tu yer... please let me know.. tinggalkan jer mesej di shoutbox.

Ibu tak berkesempatan nak ke Kampar untuk kutip hamper, sebab minggu lepas Chef Noor (owner Ummie Cake House) teramatlah busy dengan seminar dan kursus.. Ibu pun sebenarnya nak mencari kesempatan juga nak belajar baking (ibu kan fail bab2 baking ni) dengan sahabat ibu ni, tapi selalu ajer ade halangan. Blog Ummie Cake House ni memang lah selalu tak berupdate.. asyik bersawang jer.. tapi kedai bakery yang di Kampar tu tak bersawang.. manjang je ade order & kelas baking.





Now, PEMENANG untuk contest tagline pula.

Hadiah untuk pemenang contest tagline sudah pun ditayangkan di sini.

Jadi tanpa buang masa, ibu umumkan pemenangnya... sebelum tu mai tengok header baru ibu ni...

header sementara jer ni.. fenin nak adjustkan font ni.. 

Nak tau siapa yang telah mencadangkan tagline ini.. sila refer semula entri INI yer...

Ibu sudah ada alamat ke2-2 orang kawan blog @ pemenang ini.. hanya menanti pemenang pertama untuk confirmkan pilihan warna beg mengkuang. Insya Allah, secepatnya ibu akan poskan.. semoga dapat bergaya dengan beg mengkuang sepanjang Ramadhan ini. Tak leh simpan lama-lama beg tu.. anak2 asyik dok bergaya sajer.. huhuuu.. riso kot-kot rosak ke...

Sekiranya ada kekurangan sepanjang ibu menganjurkan contest & special GA.. ibu mohon ampun maaf. ohya.. jika ada tak puashati, sila lah email @ pm ibu di FB.. 

Untuk semua peserta contest tagline & special GA ni.. anda otomatik layak menjadi peserta GA hari raya... namun ada T&C yang perlu juga dipatuhi. Nantikan pengumumannya pada 4 Ogos 2010 nanti.

Sekian.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .