Ibu jarang nak copy paste berita @ artikel daripada tempat lain.. namun kali ini terdetik pula ingin mengisi kisah anak-anak comel ini di ruang ini. melihat wajah anak2 tulus mulus ini.. terdetik di benak fikiran.. kenapa sanggup ditinggalkan anak-anak ini...
sumber asal dari sini
Hanya perkataan ‘Selamat Hari Raya Mama dan Papa’ menghiasi sekeping kad manila berwarna kuning, manakala tujuh tapak tangan menjadi simbolik rayuan kepulangan ibu bapa mereka, selain menjadi saksi pengikat silaturahim mereka adik beradik.
Biarpun tidak dapat merungkai isi sebenar kad terbabit, namun jauh di sudut hati sembilan beradik terbabit ingin menatap wajah ibu bapa di depan mata, apatah lagi kemuncak lebaran yang semakin hampir tidak lama lagi.
Wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke rumah sembilan beradik terbabit di Kampung Tengah, di sini, petang kelmarin, terharu dengan kesungguhan anak kecil terbabit menghasilkan kad raya untuk ibu bapa mereka.
Walaupun sedar impian bertemu kembali ibu bapa yang ‘ghaib’ belum pasti, mereka tetap berusaha menghasilkan dengan sekreatif mungkin dengan matlamat unk bertemu kembali pada Aidilfitri tahun ini.
Kesungguhan mereka terbukti kerana mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghasilkan kad hari raya terbabit dan teruja menulis bait perkataan mengandungi 1,001 mesej kasih sayang dengan diselangi cap tapak tangan.
Sembilan beradik terbabit iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13, Amirul Rizal, 11, Afiq Asyraf, 10, Natasha Emilia, 9, Arif Hafizi, 7, kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4, Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2, hanya mampu tersenyum di sebalik kad terbabit.
Namun, kesayuan hati mereka tidak siapa tahu kerana masing-masing seperti membisu seribu bahasa dan enggan meluahkan isi hati, walaupun sedar sudah lama kering air mata menanti saat paling terindah dalam hidup mereka untuk bertemu kembali dengan ibu bapa.
Sebaik selesai menghasilkan kad terbabit, Amirul Rizal yang juga anak kedua pasangan Kasmaliza Kassim, 29, dan Mahadi Che Mansur, 31, berkata mereka lima beradik teruja untuk bertemu kembali dengan ibu bapa sempena Aidilfitri.
Namun hanya beberapa perkataan terkeluar daripada mulut kanak-kanak terbabit apabila meluahkan isinya; ‘mama dan papa baliklah, kami adik beradik rindukan kamu. Raya tahun ni kami nak raya bersama mama dan papa’.
Datuk mereka, Kassim Mat Diah, 55, berkata hatinya terlalu sedih mengenangkan nasib sembilan cucunya selepas ditinggalkan anak dan menantunya tanpa mengutuskan sebarang surat atau khabar berita sejak menghilangkan diri setahun lalu.
“Raya tahun ni genap setahun Ija (nama samaran Kasmaliza) dan Pudin (nama samaran menantu) meninggalkan anak mereka tanpa khabar berita. Perasaan cucu tidak siapa tahu kerana teringin bertemu dengan ibu dan ayah mereka.
“Setiap kali menatap wajah mereka, hati saya sebak. Manakan tidak, orang lain ada mak dan pak, demo ni (mereka) tak dok (tidak ada) kedua-duanya,” katanya sambil melihat wajah cucunya yang tekun menghasilkan kad raya terbabit.
Kassim yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, dia mengharapkan kepulangan anak dan menantunya selain melupakan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.
Semoga Allah makbulkan doa anak-anak ini, dapat bertemu semula dengan ibu & ayah mereka.
Ibu tidak nafikan alam perkahwinan itu ada macam2 jenis pahit manis getir dan sukarnya.. tiada ketentuan selamanya akan bahagia.. pasti akan datang ujian dan dugaan.. bila sudah berkahwin kita terikat dengan semua hubungan yang ada disekitar kehidupan keluarga besar kita.. maka, jangan lah kerana ada perselisihan faham atau apa jua ketidak persetujuan fahaman maka kita mengambil jalan mudah 'melarikan diri' dari tanggungjawab...
Walau apa jua masalah yang menimpa ibu & ayah anak-anak ini.. semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk pulang bertemu anak-anak dan menunaikan amanah Allah. Walau di mana pun ibu ayah anak-anak ini berada, semoga mereka selamat & pulang ke pangkuan anak-anak yang amat merindui.
Actually, bulan Feb 2010 yang lalu.. kawan en ayah ada masuk tv.. kesnya 'si isteri lari tinggalkan rumah & anak-anak".. sehingga ke hari ini, ibu tak pasti apakah kesudahan sebab en ayah pun tidak ada berjumpa @ terserempak dengan kawannya itu untuk bertanya khabar.
Ibu tak nafikan, seorang ibu yang 24 jam di rumah.. punya tekanan yang lebih berbanding ibu2 yang bekerja.. kerana yang bekerja akan berjumpa dengan kawan2 & ada xtvt tertentu untuk diri sendiri. Tapi beza dengan ibu-ibu yang di rumah ni.. lebih lagi jika jiran kiri kanan juga bekerja.. maka seharian mengadap kerenah anak-anak., mengurus kerja rumah yang tiada berpenghujung, sering ditinggalkan kerana pekerjaan suami yang tidak tentu masa. (dalam kes kawan en ayah tu, dia bawa lori.. jadi pulang & pergi kerja juga tidak menentu..)
Isteri memang perlu kawan untuk berbual untuk mengurangkan tekanan.. macam ibu ni mujurlah ada blog & kawan2 blog.. boleh la ibu lepas kan tekanan/perasaan .. tapi pada yang tak punya peluang seperti ibu ni, seharusnya bijak mengatur masa untuk aktiviti lain bersama anak-anak. Harus bijak jadikan suasana di rumah sebagai tempat yang sangat best untuk didiami bersama anak-anak...
Selebihnya ibu fikir, walau berat macamana sekali pun kita fikir tanggungjawab sebagai ibu & isteri.. ingat selalu, ini semua adalah Amanah.. kita lakukannya untuk mencari keredhaan Ilahi (mardotillah.. betui ka ejaan ni)..
sebab ibu pun bila sampai pada 1 tahap.. ibu pernah terasa macam nak keluar rumah & pergi mencari ketenangan untuk 1-2 hari.. namun, sebaik menghela nafas panjang-panjang & Istigfar berkali-kali.. rasanya itu bukan tindakan bijak.. itu hanya tindakan mengikut hati.. jika kita tidak boleh membina bahagia dalam diri, rasanya larilah ke mana-mana pun.. tetap bahagia tidak akan datang.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
syamila · 760 weeks ago
nza · 761 weeks ago
Ummi Hanie 98p · 761 weeks ago
ape la yg mmbuatkan depa nekad sgt tu tngglkn anak2?
xsabo2 nk honeymoon berdua kot?kihh3x...nonsense betoi...
My recent post Genaplah angka 400 Please lah tinggalkan jejak wahai followersku
aten10 · 761 weeks ago
My recent post CINTA KERANA ALLAH
Tash Scha · 761 weeks ago
My recent post TAG Buat SEMUA yang MEMBACA
mamasyaza74 50p · 761 weeks ago
My recent post Dah Mula Membeli Ckit2
Yati · 761 weeks ago
My recent post Happy Birthday Sulaiman
syidagorjes · 761 weeks ago
My recent post Ractar@PJ Hilton
yan · 761 weeks ago
tp yg mak bapak dia menghilang ni kenapa yerk.. yan teringin sangat nak tau..
klu pasal masalah keluarga.. rasenye mesti salah sorang je yg akan 'ilang'
ni tidak... dua2 sekali...
ni kes dah lame ke kakyong?? yan tak tau sbnarnye..
ade tak sebut sebelum ni.. kemungkinan sebab mereka menghilangkan diri
atau bile kali terakhir mereka bersama & apa y terjadi?
aduh akal mula terpk... kot mereka 'dikhianat orang'
My recent post Siapa ada anak lahir bulan Ogos
mama zharfan · 761 weeks ago
My recent post If only our clinics-hospitals have playroom like thismy boys suka pegi klinik kat UK ni -p
Tash Scha · 761 weeks ago
:|
My recent post TAG Buat SEMUA yang MEMBACA
dkosonglapan · 761 weeks ago
awok ni yg udah ade sepasang putera-puteri tu pun tak senang dudok kalo bejauh lame dengan deme......ghindu nye pade deme Allah je yg tauuu.......
ni deme senang2 je tinggei camtu...
My recent post Buat Duit
MamaYatie · 761 weeks ago
honestly saya ni kak yong type yg tak leh duk umah la..penah jer 1thn lebih berenti keja duk umah..uwaaa....mmg tak leh..tension! kalo nak duk umah saya kena KEJA DARI UMAH..kalo fulltime HW mmg tak leh..
My recent post Kenapa Ini Terjadi
izan ishak 85p · 761 weeks ago
muda lagi mak ayah budak2 ni semua... ramai plak tu anak2 dia.
kalau camni mmg dah takde rasa tanggungjawab pada anak2...
kalau camtu jgnlah beranak ramai2...kesianlah tgk anak2 dia kecik2 lagi.
masalah rumahtangga sapa2 pun merasa.
cuma bijak atau tak kita tangani je...
harap2 keluarga kita sentiasa dilindungi Allah hendaknya ~~
My recent post Bubur Candil dan Corn In Cup Yang Marvelous!
Ammi Sara · 761 weeks ago
pilu je tengok..
yelah bg ibu2 mcm kita ni ada blog/fb ni lah buat kita 'waras' rasanya, hehe..
if tak, pening juga dibuatnya, mcm suami sara skrg study phD mmg tgh 'tak betul' hehe..
anak2 mcm2 karenah, tapi yelah sabar tu yg penting kan.
Mardhotillah kut ejaannya? pun tak pasti.. ;)
My recent post Ammi dan H1N1 Part 2
Sidratul Muntaha · 761 weeks ago
klu diikutkan..
ari2 klu boleh ayu nak larikan diri dari rumah.
ahaha..
dari keciksmpai beso membela adik- adik..
kepala ni yg serabut uruskan mkn minum n sekolah adik2 sbb mak bpk pun selalu taks ihat..
jdi bile dah kwin ade masalah gitu..
ade jugak terpikir tpi selalunya mak bapak jugak bgthu..
mcmana ko buruk ko jaga anak - anak,insyaa Allah esok lusa anak - anak pun layan kau buruk dan jugak sebaliknya..
ade masalah..selesaikan dirumah...
jgn sekali - kali melarikan diri..
buatlah benda yg boleh melepaskan tekanan tu.
n as usual,mestilah memasak,nonton,blogging n amik gmbo!1
ahaha..
kak..samalh kita sume..
juggler mother!
My recent post Ramadhan 11th day- Update on EBM