Monday, August 16, 2010

Home » » OPah santan vs Opah nasilemak

OPah santan vs Opah nasilemak

Salam minggu baru dan salam bahagia buat semua,




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


N3 ringkas ni hanya untuk menjawab pertanyaan daripada few rakan blogger... Kenapa panggil Opah Santan...?


Opah Santan ni actually merujuk kepada opah anak-anak yang di Ulu Kinta @ ibumertuaku... ;)

Alkesahnya begini, en ayah lah yang memberi gelaran ni.. tujuannya supaya anak-anak tidak confuse bila hanya sebut opah.. jadi untuk dibezakan maka di beri gelaran opah santan.

Why 'santan' ? sebab en ayah kan meniaga santan.. meniaga juga di Ulu Kinta dan kebanyakan santan beku pun en ayah simpan di rumah opah/atuk di Ulu Kinta. Maka, bila sebut opah @ atok santan, anak2 dah buleh relate dan faham.

Alang2 bercerita tentang opah santan, so ibu kena lah cerita opah side Taman Bertuah pulak. Makbonda ku menjual nasi lemak.. memang anak-anak selalu panggil "opah acik mak" (opah nasi lemak).. Actually opah acik mak ni yang dapat gelaran dulu... ni start dari fikri lah.. so bila fikri tanya, opah ulu kinta opah apa? tu yang ayahnya kata "opah santan".

So, gitu jer lah alkesah nya.. tiada yang pelik-pelik pun.. hanya untuk pemahaman anak-anak dan kami sekeluarga jer... so bila depa sebut opah santan tu, kita tahu la dia tengah citer tentang opah Ulu Kinta. Kalo anak-anak request nak g umah opah acik mak.. maka tahu lah ke mana nak dituju.. tak perlu nak tanya panjang lebor..  Opah2 & atok2 pun dah boleh menerima gelaran masing-masing... hehehe...

Kalian plak camana membezakan panggilan untuk opah/atok untuk ke2 pihak. 

nota :
anak-anak makngah miela refer makbonda (opah acik mak) as 'opah Ipoh' .. sebabnya masa depa masih kecik dulu, opah yg 1 lagi (mak miela) dok di Changkat Tin (kampung).. la ni walau 2-2 opah dah dok Ipoh.. masih juga depa refer makbonda sebagai opah ipoh.

anak2 makteh ani pulak.. belah makbonda depa panggil opah & atok.. belah 1 lagi, 2-2 panggil TOK.. so xde isu nak panggil opah kampung or opah ipoh... heheee..



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .