.
Salam bahagia,
Seperti yang dijanjikan, maka hari ini bermula lah segmen review bersama
kakyong[dot]com©.
Review pertama dimulai dengan
blog Syamila Mohd (
http://syamilamohd.com/).
Umur baru 3++ bulan ni adalah umur blog berdomain.. kalo ikut rekod, ibu perasan blog dah wujud sejak October 2009, dan Sya mula semakin aktif berblog sejak Ogos 2010.
Empunya blog
Syamila Mohd adalah seorang ibu kepada 1 orang anak teruna, Ahmad (5 tahun) dan 1 orang anak dara, Nur Zahira @ Ira (4 tahun). 3 tahun bergelar SAHM/WAHM dan kini telah bekerja semula, dan bidangnya sama lah dengan ibu.. Akaun.
Kalo tengok beberapa ciri Sya (ibu panggil Sya, ade juga rakan blogger yang panggil Ummi) ni ada la sedikit kesamaan dengan ibu.. iaitu kuat kerja, suka kalo ade banyak kerja.. lagi banyak lagi bagus… Sya ni memang ade ciri2 seorang Akauntan berjaya. Akauntan mesti suka kerja dan suka pulak dengan kerja remeh temeh. Sya, jangan sesiakan peluang ni dan jangan lupa apply MIA membership.
Fakta yang ibu baru tahu adalah >> Sya ni adalah pesakit kanser payudara yang sekarang ni sudah sihat @ nama lain kita panggil survivor breast cancer patient.. menarik ni tau..
note untuk sya >>
kakyong tak jumpa la n3 pasal Sya kena kanser ni, dalam blog.. letih godek2.. internet slow bangat… berpinor mata cari info.. pasni buat n3 yer.. kongsi la yer alkesahnya, camne leh terdetect, bila, treatment & camana leh survive & berapa lama melalui detik-detik tu.
Selain blog SyamilaMohd @ Rumahku Syurgaku, Sya juga ade kedai online,
Ummi2shoppe. Ibu kan sebenarnya kenal kedai online Sya lebih awal daripada ibu kenal Sya…
masa ibu baru berjinak2 dengan business online ni, selalu la jugak jengah blog Ummi2shoppe ni.. suka pergi sebab cara persembahan tu menarik, masa tu ibu kan mana reti bab2 design ni.
Rupanya baru lah tahu, rupanya pemilik Ummi2shoppe ni pun pandai mendesign blog. Ibu tahu ni pun selepas
blog MakNgah Miela bertukar wajah. Kome nak make-over blog boleh ajer contact Syamila. Pasti puashati dengan hasil kerja Sya.
Sya ni kan dia lebih suka jadi pemandu daripada jadi co-pilot kalo berjalan jauh, so untung la husband Sya.
KOme???
Sekarang, jom mulakan kajian ke atas blog Syami.
1. Berat blog
Yang ini ibu dah timbang awal2 minggu lepas.. blog Sya ni memang ringan, loading pun cepat. Blog Sya ni menggunakan platform Wordpress yer kawan2 & juga berhosting sendiri..
2. Alexa rank
ranking memberangsangkan, sebab dalam tempoh 3 bulan berdomain + hosting, rank dah 600,000++.. Blog Ibu ni selepas 3 bulan berdomain, rank 900,000++. Jadi untuk kome yang nak berdomain & berhosting, molek guna platform Wordpress yang lebih mesra SEO.
3. Pagerank
yang ni ibu semak di
http://www.prchecker.info, rank masih kosong.. blog ibu pun masa 4 bulan lepas berdomain pun masih ‘telur ayam’ jugak.
4. Followers
dalam tempoh 3 bulan dah ade 200++ okay dah ni… pasni sure meningkat..
btw, gadget followers ni ade 2.. kalo org nak follow nak klik yang mana satu.. yang atas, ke yang bawah?
Apa lagi yang menarik di blog Sya..
1. Header yang kemas.. siap ade animated @ kesan daun berguguran
btw, gambor anak2 ni belum cukup ceria la.. Ahmad garu kepala tu kenapa
2. Blog Sya ni mudah diakses.. ade menu sebaris (horizontal menu) yang mesra. Ada juga tab menu. Apa yang kome nak tahu, kome klik2 jer.
3. Selain menu bar dan tab menu., ada juga label tag.. kome nak tahu pasal apa.. klik ajer label.. mudah untuk sesi godek2 sejarah silam.
Kat label tag ni pun kome dah buleh tahu Sya suka menulis tentang apa.. & apa yang ada kat blog Sya ni. Kome godek2 ajer n3 lama Sya, memang banyak tips yang dikongsikan. Lagi besor tulisan tag ni bermakna lagi banyak le perkongsian Sya.
4. Sya pun rajin juga join contest & giveaway.. tapi kan banner dia tak berterabur serata sidebar.. Sya simpan semua dalam ‘gobok’ khas. Maaf ye Sya, kakyong panggil ni ‘gobok’ sebab memang nampak macam lemari @ kabinet..
kome nak belajor buat gobok macam Sya ni.. sila risik2 dengan Sya.. kalo rajin buleh belek2 kat
tag TUTORIAL
Nampak kemas lagi teratur.. Sya letak semua banner ni dibahagian footer.
5. Tema warna blog juga okay dan sesuai. Blog Sya ni ikut tema warna bunga kuning, aci cuba tengok kat signature Sya.. Berkenaan warna tema blog ni, ibu takde nak komen apa, sebab pada ibu, warna blog adalah bergantung kepada pilihan tuan blog, bukan kita sebagai pembaca yang tentukan, yang pasti kombinasi warna blog Sya ni sesuai.
Design di signature ini juga digunakan sebagai tulisan header blog. Takde apa masalah.. bagus juga, tak perlu nak reka 3-4 jenis design
sebab nama blog memang dah nama tuan empunya kan.
Keseluruhannya persembahan blog ni kemas, mantap
Sya menggunakan template 3 column dengan 2 sidebar di belah kanan.. tak perlu nak scroll hingga ke hujung dunia..
faham2 lah, boleh kata mostly blog ibu2 blogger adalah panjang berjela, macam2 nak letak di sidebar, kadang2 letih nak scroll hingga ke hujung.
Nak tinggalkan komen juga mudah.. Ohya, Sya juga menggunakan kotak komen intensedebate.
Penambahbaikan untuk blog Sya
Isikandungan blog/n3
Ibu rasa content n3 masih boleh dipelbagaikan dan mungkin juga kerana kekangan masa, sebab Sya sekarang sudah bekerja sepenuh masa, maka n3 lebih santai dan ringkas. Ibu suka jika lepas ni Sya boleh tumpukan penulisan kepada
-
perkongsian pendidikan anak2, n3 yang lepas2 tu ada juga nampak.. rasanya boleh kongsi lagi, sebab tahun ni Ahmad pun dah masuk sekolah kan
-
kisah Sya survive breast canser – kalo Sya pernah buat n3 & Ibu terlepas pandang @ tak jumpa cari.. pasni leh la share..
-
pengalaman 3 tahun sebagai WAHM/SAHM.. kot2 la ade tips nak share, pengurusan anak2 & kerja di rumah.
-
dan lagi… pengalaman bila dah bekerja semula.. cara penyesuaian, dsb
Widget
ibu tak nampak apa2 widget yang perlu dibuang atau ditambah.. cuma
widget Follower tu ajer yang sedikit keliru.. mungkin tak ramai yang perasan (sebab yang 1 lagi tu ‘menyorok’ ), sure akan klik yang atas dulu.. kecuali lah yang rajin scroll & explore.
Ini ajer lah review ibu untuk blog Sya.. kome yang ada cadangan @ komen membina yang lain.. sila2 lah tinggalkan di kotak komen yer.. sangat2 dialu-alukan. bertemu lagi di minggu depan untuk segmen review blog Puannina.
Ibu tinggalkan kalian dengan n3 ini
Sesudu Bubur Buat Ibu….. Ibu jumpa n3 ni dalam timbunan n3 lama di blog Sya.. kome tekan ade link tu.. sure terus ke sana tanpa perlu tinggalkan page blog ibu ni.
salam kasih sayang buat semua,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!