Salam kawan2 ibu..
Ainun dah selamat balik ke rumah malam tadi. Kakyong pun dapat tahu dari zizan (adik yg no 8), dia antor sms tapi kakyong cuma dapat tahu selepas jam 11.30 malam, sebab malam tadi en ayah bawa henfon.
Misteri kehilangan Ainun selama beberapa hari ini memang belum dapat terjawab. Jadi tiada hasil post-mortem yang dapat kakyong laporkan di n3 ini. :)
Menurut Zizan, Ainun tak nak jawab apa2.. dia buat sikap mendiam dan membatukan diri. Jadi lewat malam semalam, kakyong sms zizan dan bagitahu bior Ainun rehat dulu, esok2 baru lah tanya.
Sebagai kakak kakyong melihat kes Ainun kali ini tak boleh dibiarkan jer. Kakyong sebenarnya dah banyak meng'x-ray' diri dan merenung jauh akan masalah Ainun ni, dah berbulan2 kakyong fikirkan. Dan macam2 perkara yang kakyong rasa perlu tindakan koreksi, bukan Ainun sahaja yang perlu dikoreksi, tapi semua orang dalam keluarga perlu ambil tindakan koreksi. Agaknya kita ni dah terlepas pandang yang kita ni ada adik yang perlukan perhatian.
kita tak amik port pun adik kita ni berkawan dengan siapa. Kita tak pernah check pun samada dia menipu dalam kata2 nya, yerlah dia cakap dia g rumah kawannya si A, tapi sebenarnya dia pergi tempat lain.
Bila adik kita buat salah, kita terus marah dan tuding semua jari kat dia, kita tak tanya & tak betul2 cuba nak amik tahu kenapa dia buat macam tu. Dan kadang2 bila dia buat salah, kita tak amik port pun nak tegur dia. Sebab tu lah dia terus buat kesalahan yang sama.
Kita tak boleh nak samakan diri kita dengan adik kita.. yer lah kan, semua akan cakap "kume dulu pun lalui zaman peralihan nak membesor juge, tapi kume takde ler nak buat perangai macam ni (merujuk pada Ainun). kume takde pun sampai nak melawan mak, kuor rumah tak kabo.. buat apa2 sesuka hati"
Adik kita ni cabaran dia lain.. zaman kita dulu lain, kita membesar di kampung dan di pekan kecil. Adik kita ni godaan kiri kanannya super hebat. Hati dia tak secekal kita.. lebih lagi dalam persekitaran dalam rumah yang 'kita semua pun tahu macamana'.
Adik kita ni kawan2nya pun 'super hebat'. Kawan2 dia ade banyak 'kelebihan' yang dia tak ade. Kawan2 dia ade baju2 cantik branded & uptodate, tapi dia ade baju2 ehsan dari kakak2 dia jer.. baju t-shirt abang dia pun dia sapu. Kawan2 dia ade henfon. Kawan2 dia petang2 boleh jalan2 naik motor, tapi adik kita naik beskal kecik yang dah tak sesuai pun utk dia. Bila cuti sekolah, kawan2 dia ade yang pergi bercuti ke luar negara, @ cuti2 malaysia. tapi adik kita ni.. ade saper kesah nak bawa dia bercuti.
Kita sedar atau tidak, adik kita ni kawan2nya ramai yang umur nya lebih dari dia. Masa dia baru jer masuk tahun 6, dia dah berkawan dengan ramai budak sekolah menengah. Kita pernah tak amik kesah influence @ pengaruh yang adik kita telah 'serap' dari kawan2 dia tu.
Adik kita ni cheghodik orangnyer.. cikgunya cakap dia ni kalo tak belajor pun bila periksa masih boleh dapat B. Tapi ntah penyakit Malas dari mana tah adik kita ni dapat, sepanjang tahun 6 ajer dia ponteng kelas lebih daripada 50 hari. Kelas tambahan boleh kira berapa kali jer dia pergi. Lepas exam UPSR, adik kita ni terus tak jejak kaki ke sekolah pun. Ade kita amik kesah hal ini, kita semua tahu kan.. tapi kita take for granted jer.
Akhirnya, bila result UPSR kuor.. adik kita dapat 1A 4C. Cuba kalo adik kita ni rajin sikit, ade motivasi lebih sikit, tentu dia boleh dapat keputusan lebih baik dari A'am.
Harap2 kita semua ni dah boleh melihat apa yang kurang dalam diri adik kita ni (dari apa yang kakyong dah menceceh tu).. jadi, abang2 dan kakak2 ainun.. sila amik tahu.. Ainun perlu kan sokongan moral, perhatian dan juga kasih sayang. Proses yang sedang Ainun lalui ni biasa nya dilalui oleh remaja usia 13-17 tahun.. tapi Ainun laluinya sedikit awal dan dia plak tak dibimbing dengan sewajarnya, sebab tu lah terlalu banyak SALAH laku dan banyak pihak yang telah tidak senang hati.
Dan tempiasnya memang ada terkena pada kakyong, tapi susah juga untuk kakyong 'bercakap' @ slow talk dengan makbonda pasal hal salah laku Ainun ni. Sebab tu lah selama ni kakyong buat sikap mendiamkan diri, cakap bila perlu ajer. Kalo dulu kakyong selalu jadi 'kaunselor keluarga yang tak bertauliah', bila adik2 buat hal jer, kakyong akan terus tegur, terus bagi ingatan. Tapi la ni adik2 kakyong semua dah besor belaka, tak suka ditegur2 @ dinasihat, bahkan ade yang cakap, "jaga jer family kamu baik2, depa (adik2) tahu lah nak jaga diri sendiri".
Kakyong pun tak nafikan, bila dah sibuk dengan urusan keluarga, urusan anak2.. kakyong juga terlepas pandang hal Ainun. Walhal, dari umur 1 hari kakyong le yang bela dia. Masa dia baru 3-4 tahun, kakyong usung dia ke mana jer kakyong pergi. Kalo orang tanya, "anak ker?" kakyong memang iyer kan jer. Yer lah, masa kakyong bujang dulu memang kakyong tatang adik yang bongsu ni, tapi bila dah berkeluarga slowly hubungan akrab tu merenggang.
Belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan, adik kita ni masih boleh dibentuk. Tapi bior kena caranya.. sebabnya dia ni 'rebung dah agak keras..', kita kena cari ikhtiar untuk bantu adik kita ni kenal potensi diri dia. kalo betul caranya, kakyong yakin Ainun ni boleh berjaya lebih daripada kakyong, abang2 & kakak2 nya yang lain. Kita ni harus selalu ingatkan adik kita tu supaya dia tak sia-siakan masa muda dia. dan akhir sekali jangan lupa doakan adik kita ni setiap kali lepas solat.
Dah cukup panjang kakyong membebel ni, sejak subuh tadi lagi. Ini lah sebahagian suara hati kakyong.. kalo ikutkan hati, banyak lagi kakyong nak tulis, tapi tak boleh nak tulis, takut ade banyak hati yang akan terluka nanti. Cuma yang kakyong harapkan makbonda & ayahnde usahlah berkeras sangat dengan Ainun.
p/s :
bila lah kakyong ade peluang nak buat sesi hati ke hati berdua jer dengan Ainun.. susah sebab setiap kali mesti mak ade, baru nak cakap sikit, nanti mak mesti mencelah itu ini.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!