Monday, November 15, 2010

Home » » 3+1 sekaligus..

3+1 sekaligus..

Salam ceria dan salam bahagia,

hari Jumaat lepas, posmen singgah rumah kami.. berebut anak-anak nak amik barang dari encik posmen.

IMG_8973

3 sampul diterima… anak-anak tak sabar nak tau apa kah isinya.

IMG_8974

Red heartRed roseOpen-mouthed smile ni dia gelang tangan lipan bertatah mutiara warna peach bertatah kristal.. Anis awal2 dah offer tangan dia untuk di test-pakai.. dia siap kata “ini kakak punya kan ibu…”

Buat kak limah, Terima kasih kak. Teman tak kesah mutiara air tawar atau mutiara air masin, bertatah kristal atau berlian.. heheh, kalo dapat berlian tu susah hati juga nak jaga.. asal hadiah mesti teman suka hati Red heartRed rose… lama dah teman takde gelang tangan. Masa bujang dulu suka pakey.. udah kahwin & ade anak ni, payoh bila nak nyusu badan anak.. susoh juge bila nak buat koje rumah. Smile 

Gelang tangan lipan ni buleh la nanti teman mengebat time kenduri kahwin di Lenggong, hujung bulan ni.

Sila refer n3 ni, kenapa ibu dapat gelang lipan ni >> Kak Limah buat malam ku berpurnama penuh


IMG_8976

ni pula dari Yan, hadiah perfume oil – destiny. Yan bagi buahtangan ni sebagai tanda ingatan sebab ibu buatkan signature free untuk Yan. Actually xde lah mengharapkan buahtangan pun.. setakat suka-suka dan nak mengasah skil membuat signature aje..

Apa2 pun terima kasih Yan. Open-mouthed smile Red heartRed roseRed rose Ibu suka bau ni.. heheh., terkenang plak zaman masa kat kampus dulu.. pernah hadiahkan seseorang minyak wangi bauan ni… huhuuu

IMG_8977-vert

Ini pula hadiah GA dari Mas Ayu Ahmad… N3 contest di sini >> Saya mahu buku Jana Rm dari RUMAH. Keputusan peraduan ni ibu rasa macam lupa nak buat n3… jenuh dah cari, tapi tak jumpa n3 sebut pasal keputusan peraduan ni.. Nerd smile  btw keputusan penuh boleh refer di SINI

Terima kasih Mas. Insya Allah, ibu akan cuba memanafaat kan buku ini.. membaca sampai faham, menghadamnya sampai sebati. Bak kata orang bukan setakat membaca dari kulit-ke-kulit.. tapi menyerap setiap kebaikan yang ada.Smile

3 hadiah di terima hari Jumaat dan 1 lagi diterima pada hari Sabtu.

IMG_8982

Ini pula hadiah dari Adyani @ A Transformed Housewife. Reason : antara 3 yang berjaya menjawab Brain Teaser of the Day: Guess and Win! 

Yang ini pun ibu lupa nak buat n3 tentang keputusan Brain teaser.. boleh refer >> Brain Teaser of the Day: The Result!

Terima kasih Adyani.. tak sangka dapat rantai leher… cantik.. Red roseRed roseRed heart meh tengok model yang tak sabar nak mengeTEST-pakey.

IMG_8984
 
Anis pun dah claim, “ini kakak punya!” huhuuu… Ibu kata “Ini ibu simpan dulu” tapi tak sempat ibu simpan.. Aliya dah rebut rantai tu dari leher kakak.. huhuuu… deme ni kalo tak berebut, tak sah.


Begitu lah, alkesah 4 hadiah yang ibu terima dari kawan2 blog.. terima kasih kawan2, ibu sangat hargainya. Insya Allah, bulan ni ibu cuba buat GA lagi.. kali ni hadiah header lah yer… tunggu ya.. kita buat brain teaser lah kot. Tengah draf soalan. Winking smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .