Monday, November 8, 2010

Home » , , » Bayi tercekik @ tersedak susu ~ Anis & Aliya pun penah alami

Bayi tercekik @ tersedak susu ~ Anis & Aliya pun penah alami

Salam ceria,
n3 ni dah banyak hari ibu draf kan.. ingat nak published pada hari sabtu.. tapi dok tahan2 sampai la hari ni.

MInggu lepas ibu dapat berita dari kawan yang anak jirannya meninggal dunia kerana tercekik susu. Bayi itu memang dalam jagaan ibu ayahnya semasa kejadian berlaku. Bayi jiran kawan ni baru 3 bulan usianya. Sebaik usai solat subuh, si ibu dan ayah mendapati bayi sudah berbuih mulutnya.  Crying face

Sejam sebelum itu si ibu memang ada menyusukan bayi dengan botol susu. Setelah di bawa ke hospital, memang disahkan bayi dah meninggal. Sedih kan jika kita yang berada di tempat ibu tu.  Sad smile Sudahlah itu bayi pertama. Tentu kita akan salahkan diri kita sebab tak jaga betul-betul. Namun, harus juga kita ingat, mungkin sudah sampai janji Allah untuk anak comel kita tu. Doakan lah supaya ibu bayi itu & keluarganya tabah. AlFatihah.

Anak-anak ibu pun pernah alami masalah tersedak susu ni. Anis & Aliya, tapi kes yang agak berbeza.. Abang Fikri? Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang menyusu ibu (direct feed) dan juga menyusu botol.


agak2 ini Anis @ Aliya… Open-mouthed smileWinking smile (jgn sendal botol susu kat bantal cam ni yer.. salah ni.. ni pun sebab nak amik gambor jer)

Anis mula hisap susu botol masa umur 3.5 bulan. (masa tu susu ibu macam dah kering.. sebab masa tu ibu dah pregnantkan Aliya.. huhuu) Bila menyusu badan, Anis tiada masalah tersedak susu, tapi bila hisap susu botol jer mesti akan berlaku kejadian susu memancut keluor dari mulut dan hidung macam air pancut.

Kali pertama terjadi, memang panik sangat.. Confused smile  mujur la segera di angkat, walau terketor2. Ikhtiar kami adalah menukar puting susu anis ke puting susu yang bentuk crocked @ sempit. contoh macam gambar kat bawah ni. Anis guna putting ni sampai umur 3 tahun… huhuu.. baru jer lately ni kamu tukor puting yang biasa.


putingsusu
pic ibu pinjam dari SINI.. hasil dari carian google

Kes Aliya pulak… Aliya jadi tersedak susu semasa dalam pantang lagi. Bayi yang menyusu badan juga boleh tersedak susu yer… masa tu saluran nya masih sempit lagi. Jadi harus ambil langkah berjaga2 juga selepas disusukan.

Ada yang kata bayi yang direct feed susu badan ni tak perlu nak di’burk’ @ ditepuk2 manja belakang nya sampai bunyi @ keluor angin. Ibu ada mendapat nasihat doktor, Dr Tun @ senior masa di MRSM dulu. Katanya baby ni kadang2 ade yang tak pandai nak telan terus susu yang dihisap, apa yang terjadi adalah susu terkumpul dalam mulut (hujung mulut @ di saluran) sebelum mengalir @ ditelan. Maka, selepas disusukan (BF ye), kita tegakkan baby @ posisikan dia dalam keadaan kepala tinggi sedikit @ iring kan @ kita tegakkan (tegakkan sikit jer @ condong sikit) untuk di ‘burk’  (disendawakan) @ supaya susu dapat mengalir ke dalam salurannya.



IMG_0082Aliya umur 3 bulan… berketak-ketak (rindu saat ni, la ni Aliya dah keding)

Ibu buat macam ni sampai ALiya umur 4 bulan. Sekadar untuk pastikan Aliya betul2 sudah tiada masalah tersedak susu.  Tapi cuak jugaklah sebab ramai le sedara mara yang sibuk nak jadi doktor tak bertauliah.. sibuk dok kata, “eh tak payah buat camtu, susu badan tak payah nak burk-burk kan baby.” As usual, ibu selalu buat derk jer.. lagipun malas nak bersoal jawab dengan orang yang tak bertanya, tapi hanya tahu nak tunjuk pandai jer. Fikir sendiri lah kan, Aliya tu bukan anak pertama, jadi sila lah bertanya, jangan suka2 jer nak serkap jarang. Smile with tongue out

** The fact is – jangan biarkan bayi anda menyusu sendirian, lebih lagi bayi yang berumur kurang 1 tahun.  (rujuk berita di Kosmo online) **

Biarlah orang mengata yang kita ni menatang anak tapi bayi dibawah umur 1 tahun memang sangat wajar ditatang bagai minyak yang penuh.


** btw, berhati2 bila angkat baby, jangan terus ditegakkan kepala baby sekiranya berlaku tersedak susu melalui hidung & mulut.. sebab dikhuatiri susu akan termasuk ke saluran pernafasan... sebaiknya iringkan dulu..**


rule of thumb bila baby tersedak susu
1. iringkan badan baby dulu &
2. tepuk manja @ urut belakang baby untuk tenangkan baby &
3. lapkan mulut dan hidung baby.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .