Ni kopi pilihan keluarga kami sejak turun temurun… kaw punya. Lebih kaw daripada ‘kopi yang kawkaw’ itu. Ibu pernah cuba nak beralih arah dengan kopi kawkaw itu.. tapi kopi Che Nah jugaTERBAEK…
Musim hujan ni memang sedap kalo pekena kopi dipetang hari.. layan dengan cucur ikan bilis ke goreng pisang ke… kalo ade ubi kayu rebus lagi kawkaw..
Kopi Che Nah ni dibuat di Kilang Kopi dan Teh Che Nah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Boleh di dapati di merata kedai runcit di Negeri Perak ni. Kalo kat KL @ tempat lain tu ibu tak sure, sebab ade kawan yang kat KL kata dia tak jumpa kopi ni kat kedai runcit. Mungkin ade kot.. lagipun kopi ni dah femes seantero Malaysia, cuma tak masuk TV macam kopi kawkaw tu jer.
Bungkusan yang dalam gambar ni (si Anis sebok nak jadi model), rege nya RM3.20, tak tau berapa berat.. jenuh ibu belek, tak mandang pun. Tapi untuk kami sekeluarga, boleh lah bertahan dalam 2 bulan.. sebab kami tak minum hari-hari.. kalo hari2 sebulan buleh habis kot.
Di laman web KOHALAL pun ade pasal kopi che nah ni. Jom belilah barangan buatan Malaysia.
Kome suka minum kopi cap apa??!!
p/s :
Ibu la ni tengah cari kopi yang serbuk agak kasar.. selalu leh jumpa kat kampung2.. tak tau la kopi cap apa. Tapi teringat minum kopi tu masa ke rumah mertua adik di Felcra Seberang Perak.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
1 kawan ibu yang hebat:
Kopi che nah pun ada gak serbuknya kasar..tp xbyk kedai yg jual yg kasar tu..so kalu nk senang singgah je kt kilangnya..
Post a Comment