Friday, November 5, 2010

Home » , » Anak-anak belum pernah kena chicken pox

Anak-anak belum pernah kena chicken pox

Salam ceria,

Malam tadi ibu singgah di blog Tintacomelote… rupanya si ensem umar kena chicken pox.. siannya. Semoga cepat sihat yer..

hari tu semasa majlis merisik, anak-anak sedara pun semuanya tengah demam.. semua nya dedor2 belaka.. tapi aktif & lasak usah cakap ler… si opah awal2 dah pesan untuk anak-anak ber-3… “ni balik nanti ‘ngutip’ demam ler kome..”

Ibu memang riso juga sebab 3-3 anak ibu ni belum pernah kena demam campak mahupun demam cacar air @ chicken pox.. PM kita sekarang ni pun sedang berehat kerana sakit chicken pox kan…

Btw, ibu dah dapat beberapa tips sebagai panduan kat blog HanaSeman, kot la anak2 kena demam campak. Anak-anak jiran di lorong rumah kami ni pun belum ade yang demam dan kena demam campak.. buat masa ni semuanya sihat2 belaka. Open-mouthed smile

Tapi rasanya Aliya & Anis dah mula dedor.. tapi keep dok bagi depa minum air masak banyak-banyak. Walaupun sudah 4 hari berlalu dan anak2 masih sihat, tapi riso di hati ibu ni tetap bertapak (owwhh.. ini tiada kena mengena dengan kejadian ibu DOWN yer)

Ni lah anak-anak sedara belah en ayah @ sepupu2 anak2 ber3… yang kesemuanya demam pada hari minggu yang lepas.


adib izwan

Depa berdua ni memang dedor.. dah seminggu demam.. rasanya minggu ni dah sihat lah. Adib ni tak lama lagi dah nak jadi abang… Mamanya memang sedang menanti hari, dah cukup 40 minggu pada hari Ahad lepas.. Ibu doakan semoga dipermudahkan kelahirannya nanti. Adib juga akan genap 2 tahun 24 Nov nanti… cepat jer masa berlalu.. dah 2 tahun rupanya Adib.

Izwan baru 10 bulan.. hari tu jumpa sekali masa di Lenggong.. tengok tu kenyit mata sebelah, sebab silaukan flash kamera ibu.. kecik2 dah pandai kenyit mata ya Izwan.


azim alif

Azim, abangnya si Izwan.. susah benor nak amik gambor Azim ni.. lari sana-sini. Azim ni sebaya Aliya, tua 7 hari jer dari Aliya.. Azim lahir 11 Julai 2008, masa lahir kecik jer, 2.2 kg.. perut ibunya pun tak nampak macam pregnant.. tapi dah besor ni, saiznya lagi besor dari Aliya. Hot smile

Alif plak umur sebaya Fikri cuma Alif muda 8 bulan dari Fikri.. sian Alif selalu kena buli dengan Fikri. Tapi yang ibu tak tahan tu, bila nampak jer ibu nak snap, cepat2 adjust senyum lebor… Open-mouthed smile


dini adam

Dini juga sebaya Fikri, tapi muda 6 bulan dari Fikri. Cerdik budaknya.. banyak surah ayat lazim dah pandai baca.. baca doa makan lebih lancar dari Fikri.. uwaaa malu la Fikri camni. Walaupun demam, dia punya aktif usah cakap la..

Adam, adik kepada Alif.. umur sebaya Aliya.. Adam muda 1 bulan jer dari Aliya.. masa tahun 2008 tu opahsantan memang berderet2 bulan dapat cucu… tahun tu ajer 4 orang cucu. Adam masa hari Ahad tu baru naik chicken pox nye… demam dah banyak hari On & off..

Anak2 ibu dalam minggu ni belum sakit lagi.. makcik2 usah le heran.. belum sampai seru lagi tu. Takde lah ibu nak mendoakan agar anak2 sakit.. tapi harapannya begitulah. Kalo dah nak sakit, apa daya kita nak menahan kan…

p/s :
buat yang bekerja.. selamat bercuti panjang hujung minggu sempena cuti perayaan Deepavali.. Jiran kami kat sini xde yang India.. kalo tak leh la pau muruku… tak pun kuih batu tu... 




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .