Monday, November 22, 2010

Home » » Pokok Anggur... hampir berputus asa untuk membesarkan kamu..

Pokok Anggur... hampir berputus asa untuk membesarkan kamu..

Salam bahagia,


Pokok Anggur ni.. benih nya ibu dapat dari Ayahnde Pengasas... boleh rujuk n3 ni >> haruan jadi anggur, sutera dan epal dan juga n3 update pokok anggur dan sutera

Awal tahun ni, pokok anggur ni macam dah mati (ada 2 pokok sahaja yang hidup.. huhuu)... sampai en ayah plan nak buang... huhuu.. ibu ni kan, punya tak reti nak jaga pokok2 ni... Tapi ibu dok tahan en ayah, jangan buang.. susah payah juga la ibu usaha tukor tanah.. tak lama lepas tu perasan dia bertunas... dan dia pun dah makin sihat..



ni pokok no1... tengok la anak2 'lemas'kan pokok tu... huhuu... daun2 habis depa cabut buat main2... actually  daun2 semua dah nampak rimbun.. Ibu dok merengek kat en ayah, supaya buatkan para dan letak jaring diatasnya supaya daunnya boleh memanjat.. Tapi sampai sudah en ayah tak buat2... 





dan ini lah nasib pokok anggur no1... dah kering tak bermaya... tapi ibu sayang nak buang, ibu biarkan jer... 


Pokok yang no2... gambar masa dia mula merimbun ibu jenuh cari.. tak jumpa pulak dalam folder... 




Ini lah nasib pokok anggur no 2... sudah mati kekeringan. berminggu ibu tak jengah, ibu biarkan jer.. siram pun tak.. dah la sebelum tu tanah dalam pasu tu jadi sarang semut... Nak tukar tanah, tapi en ayah asyik malas nak amik/cari tanah. btw, nampak tak sebelah tu, ade tunas baru yang makin membesar... erkkkk.... 





Ibu plan nak antor jer pokok ni ke rumah makbonda. Pokok ni actually macam dah beri peluang banyak kali kat ibu, sebab dah banyak kali dia layu, & bertunas semula.. tapi entah bila lah dia nak besor2 kalo tuan nya tak reti nak menjaga.


Dan sekarang ni, ibu memang dalam mode berputus asa nak besorkan pokok anggur ni.. dalam tempoh 1 minggu ni, ibu belum lagi bagi pokok @ tunas baru ni 'minum'.. ibu riso, kalo terlebih air, kang dia mati.. tunas tu naik pun lepas 1 bulan ibu tak buat apa2 kat pokok yang dah layu tu.. nak buang sayang. Alhamdulillah, ia bertunas semula.. 



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .