##dah tamat... tunggu keputusannya ya!! ##
Salam ceria,
Jom kita meneka lagi.. kali ni jika ramai yang memberi jawapan yang betul.. ibu akan buat cabutan yer.. jadi setiap yang meneka mendapat peluang yang sama yer..
Jom teka kali ni akan dibuka sehingga jam 8 esok pagi yer.. jawapan nya ibu bawa ke belah petang esok lah yer.. sebab belah pagi ibu online lepas jam 10 pagi. n3 yang UP pepagi hari adalah n3 autopublish.
Dimanakah Aliya berada? Apa nama sungai ini…? ooppsss ini bukan soalan yang perlu dijawab..
Fakta:
Aliya berada di tebing sungai Perak di Kuala Kangsar. Nama tempat ini adalah Dataran Kuala Kansar.. disebelah dataran adalah Laman Budaya, satu taman rekreasi di Kuala Kangsar.. moh kome, kalo nak merasa cendol dan laksa kuala.. moh singgah.. laksa kuala tak sama dengan laksa negeri lain.. apa yang buat laksa kuala istimewa? ade sapa tahu….??? ini soalan tambahan yer..
Arena Square Kuala Kangsar terletak di kawasan Dataran Kuala Kangsar.. Selalunya kalo ade expo @ pesta niaga deme akan buat di Arena Square. Sori ye.. lupa nak snap gambor Arena Square.
Soalannya:
Apa nama jambatan yang merentangi sungai Perak seperti yang ada dalam gambor di atas? Jambatan ini menghubungkan Kuala Kangsar dengan apa (nama tempat)?
Jika ramai yang memberi jawapan betui, ibu akan ambil kira jawapan bagi soalan tambahan – apa istimewa nya laksa kuala?-
Jika lebih dari 2 orang yang jawab dengan tepat/betul.. ibu akan buat undian yer…
Tekaan dibuka sekarang, mulai jam 8 malam dan berakhir pada jam 8 pagi esok, 1 Dec 2010.
Sekian, selamat mencari jawapan..
p/s
tak susah kan.. suka2 nak tajamkan pengetahuan am & memfemeskan negeri Perak…
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!