Entry ini hanya sebagai rekod, untuk signature kawan2 yang ibu buat.. ala2 simple jer semuanya.. tapi satu pengalaman yang berharga. Sebabnya setiap individu tu ade kemahuan masing2, ade masa tu kena pause sekejap, amik masa berfikir @ mencari idea camana nak buat seperti yang diinginkan.
Kadang2 idea tu tak sama seperti yang diharapkan, (tak menjadik lah tu..) maka harus lah bertanya apa yang nak ditambah @ ditukor.. yang penting kepuasan pelanggan kan…
BUat masa ni yang free dah TUTUP.. tapi kalo mau hanya RM3 jer… kalo pakej dengan watermark rege nya RM5. Murah jer… lagipun ibu buat ikut kehendak @ permintaan bukan tiru apa yang sedia ada.
Actually banyak la yang ibu belajar dalam proses nak menyiapkan hasil kerja ‘keras-digital’ ni.
1. mudah bila dah ditetapkan font & gambar + imej yang diinginkan. tinggal nak cari idea camne nak di adjustkan.
2. penin pala bila xde gambor & disuruh cari kat blog nyer… kalo blog yg byk letak gambor, memang senang nak pilih.
3. pemilihan font pun fenin jugak.. bila tak specify font & kaler.. kita pun mengelewo (merayau) ke blog si empunya.. tengok kaler apa yang ade kat blog dia tu…
4. ibu dapat memahirkan lagi skil memotong gambar/imej.. .. kiranya this session is sort of training juga lah.
.
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!