Thursday, November 25, 2010

Home » » I jeles blog u hit tinggi..

I jeles blog u hit tinggi..

Salam ceria,

Semalam bw ke blog kak Ina KL.. terbaca n3 ni… >> Kena kutuklah pulak. Nak tau hal sebenor, klik jer n3 tu.

Sebenornya, kerap juga ibu jumpa blogger baru yang meluahkan perasaan di blog depa.. buat n3 rasa tak puashati kenapa kalo blogger otai/femes selalu jer komennya melambak2 walaupun citer tah hapa2 (eh yer ke tah apa2… kdg2 yang tah hapa2 tu la yang ade point & orang suka  Thumbs up ).. yang blog dia perah otak cari idea nak tulis n3 takde saper pun yang komen.. huuhhuu, jangan jeles dengan blogger otai ni.


Well… prestasi blogger lama/otai usah lah nak disamakan dengan blogger baru. JIka u blogger baru, rajin2 lah cari kawan blog baru.. rajin2 berusaha blogwalking dan tinggalkan komen. Baru le blogger lain perasan kewujudan blog anda. Kalo orang pun tak tahu kewujudan blog u, sapa nak singgah & takde lah yang beri komen… logik kan..

Cuma jangan paksa orang follow blog u.. let its come naturally.. kalo blog u betul best, sure orang follow.. dan slowly membina personaliti blog, kredibiliti blog akan datang kemudian.

Dunia blog ni luas, jadi setiap blog yang dah established, say dah 1 tahun, pasti punya readers/pembaca tersendiri. Jadi, u yang baru ni jangan jaki dengan blogger lama/otai. Lebih baik jika u pun berkawan juga dengan blogger lama/otai. Kadang2 cara u memberi komen pun boleh menarik minat orang/blogger lain untuk ke blog u. Percaya lah.



Blogger lama/otai ni pun bermula dengan ‘zero komen’ jugak tau.. mananya ada tetiba buat blog dapat puluh2 komen.. kecuali le macam ade 1 blog Nyah (tak ingat link) yang tiru @ buat blog yang nampak hampir serupa dengan blog Ben (refer template lama yg merah menyala, la ni Ben guna template warna biru). Memang ratus2 kot komen pada n3 pertama dia.. tu sebab dapat coverage kencang habis sampai ke FB.. sebab ala2 nak tiru Ben kan..


A8087
source : warm words


camno nak popularkan blog orang lain?
~ beri backlink.. contoh macam dalam n3 >> setelah 6 bulan bersiaran.. banyak tau ibu kasi backlink.. Smile with tongue out
~ buat blog review.. macam SOP dan Jiwa Kacau dok buat tu.. Ben pun selalu buat untuk blogger baru.. ibu ni jarang review blog.. biasalah ibu ni ikut mood…
~ join contest & giveaway… yang ni bila u selalu menang & selalu jadi the lucky one, contoh macam mama zharfan, Zai Kulim sure buleh popular.. 


Ade juga rakan blogger yang tanya ibu camana nak popularkan blog..?? Susah nak jawab ni tau.. sebab blog ibu ni pun bukannya popular cam blog Eyriqazz, YanMie, RedMummy, CikMin , sekadar menamakan beberapa.

Tapi apa yang ibu nampak lah kan.. orang suka baca n3 yang ade unsur2 perkongsian pengalaman.. contoh macam Eyriqazz (hhmm Eyriqazz lagi.. dah ibu bukan nya kenal ramai blogger otai.. Smile with tongue out ) , dia banyak kongsi acara/majlis yang dia join contoh Nuffnang, MySelangor dan lain2 event. Disamping bercerita tentang majlis2 tu, dia kongsikan sekali tips dan juga produk review. Jadi blogger ni jangan lokek.

Selain tu untuk ibu2 blogger plak, leh join Mom BloggersPlanet  Red rosewhere Malaysian Mums Unite Red rose  Tapi ibu pun sebenornya dah lama tak aktif & jengah ke MBP.. huhuuu  Thumbs down

Actually ade banyak tips dan cara untuk popularkan blog ni.. u tanya jer dengan en google.. tapi kalo buleh, biorlah popular kerana hal2 yang baik2 yer.. jangan la popular sebab suka buat n3 copy & paste @ menciplak hasil kerja orang lain.

To end the n3.. siapalah ibu ni kan nak kasi tips nak popularkan blog.. sebab ibu pun tak popular. Asalnya cara ibu menulis pun macam kaku jer.. tapi slowly belajar.. lelama bila dah hari2 menulis, lebih senang guna cara santai & bahasa yang mudah.. jadi ibu suka ingatkan semua
  • supaya terus belajar & upgrade knowledge.. dunia online ni memang banyak yang boleh kita kutip baik buruknya.. dan yang buruk tu lebih cepat orang pick up..
  • jangan sombong & jaki sesama blogger.. kalo boleh jangan jadi lalat/langau (Anon), bertanggungjawab la dengan setiap komen/tulisan
  • kongsi, kongsi dan kongsi apa jua yang best untuk manafaat bersama
  • jadi diri sendiri.. tulis sendiri.. olah sendiri.. usah copy paste, usah ciplak n3 orang lain kecuali dengan izin..
  • create ur own circle of blogger frens & maintain its.. (speaking london lah pulak) . BW @ ziarah menziarahi tu penting
  • erkkk… selebihnya kome pikir sendiri lah yer… semuanya perlu masa, usaha, dan semangat kegigihan.. takde perkara pun yang datang bergolek sekelip mata.

Finally, pada kawan2 blogger yang rasa ibu lama tak jejak blog kalian.. sila2 lah tinggalkan komen dan link blog.. tak mampu ibu nak jejak semua blog yang ada di kakyong bloglist, ibu kerap ziarah yang selalu komen jer dulu.. bila ade ruang masa lebih, baru lah dikit2 jengah link lain. So harap faham lah yer.. SAHM mommy bukan nya koje adap lappy 24 jam.. ni banyak curi2 masa jer.. kalo dok ngadap lama2, mau kena hempas lappy ni.

p/s
jangan jeles dengan blog ai yer.. hit blog ai tak tinggi.. Nyah-Nyah




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .