Masih ingat lagi dengan n3 >>> Kempen minum susu dalam cawan
Kempen @ usaha ibu telah bermula seawal bulan Jun 2010.. dan misi akhirnya berjaya dicapai sepenuhnya pada awal bulan Oktober 2010. Amik masa kan… sebab ibu tak nak memaksa.. dan tidak juga begitu berkeras.. cuma syaratnya hanya boleh minum susu dengan botol di malam hari sahaja.
Meh baca apa kata fikri :
Masa memula ibu kata abang tak leh minum susu dalam botol.. abang majuk. abang nyorok dalam bilik belakang.. konon2 mogok la.. tapi ibu tak pujuk abang pun.. ibu sibuk layan adik (anis) dan baby (aliya) jer. Jadi, abang pun takde lah majuk lama-lama.
Ibu kata kalo abang merajuk tak dapat susu botol, muka langsung tak ensem… ala tak best la kan kalo tak ensem kan.
Kalo petang ibu buat susu dalam cawan, abang minum separuh jer.. nak tunjuk mogok juga lah.. supaya ibu marah, tapi ibu tak marah pun. Ibu kata, lain kali ibu bancuh separuh jer, tak yah penuh cawan.
nota ibu : baru pandai dalam gerakan solat jer.. bacaan tu belum mula lagi..
Abang dah pandai naik beskal.. petang2 abang nak main beskal kat jalan (depan rumah jer) dengan kawan-kawan. Ibu kata, kalo nak main beskal dengan kawan-kawan, tak leh minum susu dengan botol.. sebab Ara (yg pose tepi pagar tu) dan Dicky (yang tengah kayuh beskal) dah tak minum susu dalam botol.
Abang dah pandai repair beskal.. sebab nanti abang nak g sekolah naik beskal.. Ibu kata orang nak g sekolah naik beskal tak de yang bawa bekal botol susu pergi sekolah. Semua orang yang dah sekolah minum susu dalam cawan.
Tahun depan ibu kata ayah nak antor abang masuk tadika ABIM kat Ulu KInta. Kalo nak masuk pra-sekolah untuk 5 tahun dah penuh, jadi ibu kata abang masuk sekolah ABIM dulu.. nanti abang leh belajor macam2 doa, boleh hafal surah AlQuran dan boleh belajar bacaan solat.
Abang tak sabar nak pergi sekolah, jadi abang pun akhirnya setuju minum susu dalam cawan. Tak nak isap botol dah. Ibu kata umur abang dah 4 tahun 8 bulan pada 27 oktober yang lepas, dah dekat nak capai 5 tahun kan… yayay!! Abang dah besor.. abang nak sekolah…
nota ibu :
memang susah juga nak ceraikan anak dengan botol susu... ibu banyak gunakan pendekatan psiko, lagipun fikri dah 4 tahun, dah pandai bersoaljawab... 2,3 hari sekali ibu akan beritahu fikri yang dia dah besar, dah pandai itu ini.. mesti minum susu dalam cawan. Awalnya dia memang refuse.. tapi sebab dah kerap2 di psiko & juga dipuji pandai dsb.. pujian yang buleh membina peribadi anak.. jangan le terlebih2 puji..
dan tiap kali dia request nak makan itu ini, ibu akan beri syarat... ibu boleh msak, tapi abang kena minum susu dalam cawan sampai habis. maka akhirnya dia sendiri dengan sukarela campak botol susu dia dalam tong sampah.
MUngkin ade ibu2 yang buleh kata dia ceraikan anak dengan botol dalam tempoh 1 bulan jer @ tempoh yang lebih singkat.. tak kesah la berapa lama masa yang diambil.. yang penting mesti ade target & misi tercapai.. macam ibu memang ibu dah target sebelum fikri capai umur 5 tahun, mesti berhenti hisap susu botol. Lepas ni nak ceraikan Anis pulak dengan botol susu nya.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!