Saturday, November 13, 2010

Home » , » Bila si jantan mengemas bilik

Bila si jantan mengemas bilik

Salam ceria,

Anak teruna ibu la ni dah pandai tidur di bilik sendiri.. dah hampir 2 minggu tidur di bilik sendiri. Dah tak takut dah.. sebab abang fikri pun mengaku dia dah besor, dah nak sekolah.

Setiap hari ibu memang akan pesan supaya kemaskan bilik, simpan bantal elok2.. semalam, sebaik dia mengemas, dia jerit2 panggil ibu suruh tengok hasil kerja dia…

IMG_8979

huhuuuu… habis semua di gulungnya… tilam digulung, comforter di gulung.. selimut pun digulung… Open-mouthed smile

Suka hati lah abang.. janji abang fikri kemaskan dan pandangan ibu tak nampak semak, udah le..

dan tambahan kesah “menan pergi kerja”
IMG_8980

mainan pulak disusun tepi rak tuala dalam blik.. semalam disusun semua bawah katil. Bila ibu tanya kenapa tak simpan dalam lemari.. dia selamba jer cakap, “ menan sume nak pergi kerja.. “

hahahha.. apsal plak menan nak pergi kerja kan. mainan fikri mostly kereta, lori, bajak yang tak dek berupa. Semua sudah habis dipomen dek fikri.

Alkesahnya kat belakang rumah kami ni ade lori (anak jiran koje bawa lori) selalu parking. BIla pagi2 lori tu akan start dan kuor dari parking belakang. So Fikri selalu la tanya, “ibu lori tu pergi mana?”

Ibu ni dengan selamba jer jawab “pergi kerja la” dan sejak hari tu, bila belah siang.. segala lori dan kereta fikri akan berkeliaran (actually elok jer disusun atur ala2 parking) di ceruk2 rumah… leh refer n3 suka-suka jer nak parking.

Begitu lah lebih kurang alkesah fikri.. FIkri dah boleh berdikari, ibu tak risau sangat bila ibu dah mula bekerja..



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .