Cili api @ cili padi memang pedas.. pedas yang sedap.. kalo tak di campur dalam masakan, rasa macam tak lengkap... cili api ni kiranya antara stok yang tak putus, selain dari buah tomato.
tapi idak le semua masakan akan campur cili api.. sebahagian menu jer.. contohnya : sup, sayur campur, nasi goreng, telur dadar, tomyam,... dan yang pasti sambal belacan dan sambal kicap. Sambal belacan kami memang cili padi semata2. Jarang beli cili masak @ cili hijau.
Antara dua ni, mana pilihan anda..? yang besor tu tak begitu best sebab kurang pedas.. yang kecik ni memang pedas.. lagi kaw kalo cili api kampung.. lagi halus dan kecik…
Ade yang tak tahan dengan cili api kan.. kot2 nak mari rumah ibu, sila beritahu yer… buleh dikurangkan kuantiti cili api ni. atau ibu sediakan menu yang OFF cili api.
Menu untuk anak2 normally memang OFF cili api, tapi kadang2 depa menempek gak dengan menu ibu & ayah yang dah ditambah cili api. Contoh sup ayam, dulu ibu akan asingkan 1 periuk kecik untuk ibu dan ayah, sebab nak tambah cili api (titik kan ajer). Yang sebenarnya anak2 lagi laju makan bila ditambah cili api dalam sup.. jadi la ni memang xde asing.. cuma kuantiti cili api tu xde la letak banyak2.. kalo seperiuk sup tu, hanya letak 3 biji jer cili api yang kecik tu.
Ibu tak mendera anak2 makan cili api tau.. sebab kita pun tahu anak2 kecik tak sesuai makan pedas.. tapi depa yang suka bila masakan tu ade rasa pedas sikit.. seronok bila tengok anak2 makan dengan berselera.
MUngkin ini lah antara sebabnya anak2 ibu ni kurang gemor dengan makanan yang manis2..
p/s:
ibu masa bujang dulu pun tak tahan makan pedas… sambal belacan pun tak suka.. camana tah sejak kahwin dengan en ayah, lidah cam jadi kebal plak dengan cili api ni.. masakan kalo xde rasa pedas, rasa cam hampeh jer…
kot2 la dapat ikut kak limah g Turki.. buleh ke bawa bekal/stok cili api barang 1-2 kati?!!
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!