Tuesday, May 19, 2009

Home » , , » 133 Camana nak ajar anak BI

133 Camana nak ajar anak BI

fikri yang langsung tak reti bergaya.. takde harapan la ibu nak join contest mamaAqish

Salam kawan-kawan,

Ibu ni ade masalah sket ni. Selama hari ni ibu dah ter'overlook' perkara ini. Sejak Fikri lahir hinggalah sekarang ni ibu tak pernah cakap BI dengan Fikri kecuali hanya beberapa perkataan seperti 'work', 'sleep', 'sit down'. Dan semenjak ibu fulltime di rumah, ibu dah tak lagi cakap BI. Kecuali kalo x-client ibu call, ibu cakap la BI, itu pun dalam phone ajer..

Oleh kerana ini, exposure BI terhadap anak-anak tersangat lah 'nipis'. Sejak 2 minggu lepas, ibu telah cuba untuk ajar BI kepada Fikri. Ibu guna buku 'Discovering Wildlife'. Bila ibu sebut kot BI, fikri kata salah & betulkan ke BM.. terutama pada binatang yang dia dah kenal seperti harimau, gajah, zirafah. Kalau binatang yang dia tak kenal seperti cheetah, polar bear, dolphin, jaws, then fine.. dia akan ikut.

Ibu : "elephant" *ibu tunjuk gambar gajah*

Fikri : "bukan.. gajah.."

Ibu : "elephant" *ibu sebut lagi..*

Fikri : "bukan., gajah!" *semakin tegas, suara semakin kuat"

Ibu : "elephant"

Fikri : "gajah, gajah.!!" *semakin tegas & berani, langsung tak mau ikut apa ibu ajar*

Ibu : "okay, tengok gambar lain pulak.." *kwang kwang, ibu ajar BI tapi tak cakap BI fully... hohohooo, another mistake.. adakah ibu patut buat jurnal cara pengajaran ibu ni?!! * Writing

Wah,.. sungguh susah ajar anak-anak yang pandai ni. Walhal banyak lagi yang nak diajar ni. Camana nak ajar nama-nama barang di rumah dalam BI, kalo dia dah tahu semua dalam BM. Dizzy

Ibu ade juga cuba test dia, bila tunjuk gambar cheetah & ibu twist sebut 'harimau bintang', fikri insist sebut 'cheetah'. Jadi kesimpulan yang dapat ibu buat adalah jika sesuatu objek itu sesuatu yang baru yang belum dia kenal, maka adalah mudah untuk diajar ke BI. Kalau sebaliknya, memang FAIL lah ibu.

Ada kah kaedah-kaedah lain untuk mengajar anak BI ni, atau ibu yang harus terus konsisten, & persisten... ajar, ajar dan ajar... Teacher

Boleh bantu kongsi buah fikir anda dengan ibu..?? Lightbulb Idea

p/s : baru dl photoscape, foto edit guna photoscape & upload ke picasa web album guna picasa 3

.

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

43 kawan ibu yang hebat:

rizza said...

salam kakyong..

saya bukan la guru atau pakar kanak2... hehe

satu cara yg kami ajar anak kami ialah..menyatakan xxx dalam bahasa melayu , dalam bahasa inggeris di sebut yyy
contoh... sentiasa beritau dia... apa bahasa melayu disebut gajah, dalam bahasa inggeris pula elephant.. dan terangkan pada dia masa mengajar dia tu.. jgn kita sebut dan dia rasa dia je betul.. kena bagitau.. yg itu dalam bahasa melayu... kali ni kita belajar dalam bahasa inggeris pula...

mula2 mungkin susah.. lama2 bila dia faham ade dua bahasa.. dia sendiri akan dapat bezakan...

tu le serba sikit contoh nye.. saya rasa saya pernah tulis di blog saya....

Hanz said...

Kakyong...IMHO expose dengan Children VCD English dulu & lots of Cartoon English...then obtain English Comics & Children English Magz like Kuntum...& perhaps get the Sunday newspaper & give him the Comic section to enjoy...Kakyong & hubby kena baca english newspaper lepas ni depan dia evevry day & always read aloud English short story every night...lepas baca explain in BM, so dia x rasa english tu susah sebab tengok ibu dia boleh faham & boleh translate...

My opinion is based on my experience teaching english few years back...

I have few children vcd in english to let go coz my boys have too many & they have their preferences...would u like to have it? I'm glad just to give it to u FOC & u just give me the shipping charge only..i think i have about 5vcds...

rizza said...

sambung... tak perlu kita terus2 cakap BI pun.. kita ajar dia word2 tu dan kita bagi dia faham word dalam BI apa dan dalam BM apa perkataan nya... sambil2 tu baru le kita sebut je ayat2 ringkas.. macam "please help ibu..." terangkan pada dia.. dalam Bm.."boleh fikri tolong ibu?"..
ringkas2 je dulu.. sambil2 tu boleh betul kan sikit2 ayat nye

ok.. selamat mencuba

yatie chomeyl said...

kalau ikut cara abah & arwah ma ajar kitorang pulak, diorang akan tanya apa perkataan tu dalam english. contohnya macam buku, so abah tanya dalam english cakap apa. sape dapat jawab mula2, dapat rewards *coklat ke gula2 gitu jer lah*.

pastu byk dengar english songs. lagi satu tengok kartun omputih tu memang la...kalau leh hari2 ajar 1 perkataan baru.

ni mak buyung share berdasarkan cara parents mak buyung la...nanti mak buyung jadi mommy, tak tau la gak macamana nak wat kat si baby SN tu hik3x

Ummi Salsabila said...

salam kakyong.lama bercuti berbloging.kene marathon sume blog pasni.hehe.odah pon rase penting jajar anak kite english ni.cara yang berkesan ilalah bacakan buku english,nyanyi english songs,bukak cd nursery songs / rancangan carton in english and explain kat die.lagi bagus kite speak english dgn dia.yg tu odah blum teror.broken2 je ckp dgn aufa..huhuhu.
nak cari jugaklah

kakyong said...

Salam rizza,hanz, yatie chomeyl & UmmiSalsabila,

kakyong akan teliti setiap komen ni nanti yer.. mekasih.. penting utk kakyong tahu serba sikit tips.. supaya tdk tersalah ajaran... hahahha.. :))

bila anak2 semakin besar & rapat2 ni, terasa sangat betapa besar & beratnyer CABARAN.. utk yg brp nak amik port bab ajar anak seawal usia, mungkin tak rasa apa2 kot... sbb penah jugak sedara2 yg ckp, usah paksa2 anak2 belajor yg susah.. hmmm, tp kita ni kalo boleh bior le exposure knowledge dr usia muda kan..

Hanz... nak bg FOC.. kecil tapak tgn ku, stadium indera mulia ku tadahkan.. nanti give ur a/c details ke kakyong72@gmail.com

ummu_abdullah said...

Erm, bagi kite yang x fully cakap BI kat umah ni, kene la bagi diorang expose jgak dengan BI ni...

Apa yang saya cuba buat,
1. Tengok Katun Disney.
2. Abdullah dah suka blajar BI di starfall.com, kakyong try laa.. fikri akan pandai gerakkan mouse ke mana dia nak...
3. Smalam Pegi Kinokuniya beli buku 365 Days of Baby Einstein. Bagus sangat buku ni...

Wallahua'lam

nadnye said...

K Yong... saya plak, mmg jarang cakap english ngan depa... kadang2 jea, tu pun tak tau la betul mana... kalau balik kg lagi la mesti cakap melayu.. nanti depa cakap apa kes la(tak faham plak)
saya rasa kene biasakan bacakan buku, dengarkan lagu,nyanyi sama2, tengok vcd dan kalau kat astro channel 613, PHDC... tu feveret uwais n uzair la...
saya perasan sejak ada channel tu, ada banyak new words la diaorang dapat...
dengan Sarah plak..saya dah start speak and read to her in english...
walau dah terlewat, but it's never too late..

mama Tiara said...

bagus juga info ni kak yong. Saya pun try gak speak dgn anak2 bi w/pun tunggang langgang ckit.

Salwani said...

Bib,

Kak Wani setuju ngan nadnye. Anak2 k wani memang suka PHDC. bagus sangat2 utk kanak2. Haikal start tengok PHDC masa umur dia 4 tahun. Danial ngan kakak dari kecik lagi tengok CD Mickey Mouse Magic English. Magic English ni meeeeemang bagus. They learned ABC from Sesame Street CD. You know my children well kan? Danial memang tak paham sangat Bahasa Melayu, he prefer English(he is autism!). Sekarang dok tengok Animal Planet atau chanel apa tah pasal History.

Ingat masa buat BBQ kat rumah k wani dulu, suami As melayan Haikal.
H: what is that?
Suami As: squid. do you like squid?
H: Oh! I Lllllllove squid
Suami As: tkae it
h: TAK NAKKKKKKK!!!!!!

Baru perasan, rupa-rupanya dia hafal skrip je! hampeh! Masa tu Haikal 4 tahun. Ingat tak masa tu abang hamdi accident patah kaki. so Haikal jaga abang hamdi. abang hamdi memang tak de can nak tengok TV, terpaksa dia layan PHDC.

tapi tang ejaan dan grammer kita kena ajar. sebab PHDC tu utk perbualan OK lah. masa mula2 dulu bangga sangat bila haikal kata "Oh Sorry, its my fault" Wah! I was impressed! tapi ejaan hancus

kakyong said...

ummu_abdullah,

starfall tu memang dah cuba & hari2 fikri dok adap tu.. baru 1 minggu & dia la ni dok kemaruk dgn song 'little snowman..' sbb tu la, la ni kakyong dah tak byk dpt bloghop, sbb kena bg turn kat fikri...

cuma nak kena beli mouse jer le.. sbb laptop ni takde mouse.. :)

Anonymous said...

Senang je,caranya ubah bahasa pertuturan harian di rumah kpd bahasa inggeris,insya allah berjaya

cadangan dari:
pengeluarantanaman.blogspt

Hanz said...

Kakyong..malam ni, insya-Allah, hanz snap pics vcd2 tu, send email to kakyong with all details..happy to see other moms keen to teach english to her child...anything that i can help out, I'll do ikut kemampuan..

Zuhaini said...

oh.. saya pun x reti ajar anak dalam BI.. :(

hehe.. cun kan, pakai Photoscape..? actually, boleh buat tiles.. erm.. nanti saya buat satu entry khas untuk kak yong ya! :)

ummu_abdullah said...

erm, beli mouse yg comel gitu... senang nak pegang...

bagus2... bagi can kat anak plak nak blajar...

MAMASYAZA said...

yup betul kakyong..kasi anak tgk channel 615 (Disney Channel)...anak2 boleh blajar

kakyong said...

salam semua,

UmmuAbdullah/nadnye/mamaSyaza,
rumahku belum ade ASTRO, sbb tak mampu nak menten.. en ayah kata, kalo nak ASTRO kena potong Streamyx... so ??/!! daku tak kerja, tak dpt nak top up.. *org yg cukup duit bleh ckp.. alah brp jer.. tp ansuran rumah ku pun dah 2 bulan tertunggak.. bila byr ansuran rumah, bil lain plak tertunggak ... oppsss.. off topic.. so bila ckp pasal ASTRO, harus daku tak dapek nak buek aper.?!* sungguh daku sensitif kalo org kata "eleh ASTRO pun takde!"

kakyong said...

En pengeluaran tanaman,

ckp BI dlm rumah.., yer memang tak terlambat dulu masa fikri bb, ibu ckp BI, ayah memang sah2 ckp melayu jer.. tp bila dah lama2 terus tak buat.. kwang kwang kwang.. tp not too late utk ibu mula ckp broken2 BI dgn anak2 kan... :D

kakyong said...

kak wani,

ye ye, saya ingat lagi BBQ tu.. tahun 2001/2002... masa tu Asniza baru je kahwin kan... heheh, memang kelakau gaya si Haikal..

saya ingat kak wani selalu pasang CD English & anak2 kak wani si danial & zahidah dok terlompat2 follow the song... si ainun pun sibuk join sekali... Hmmm, betui ke ingatan saya ni... ?!

btw, let me recall, haikal lahir tahun biler yer? 2000 ker 2001?

saya tingin nak jumpa Danial.. sbb dia istimewa.. :D actually nak jumpa semua.. heheheh.. dulu Danial kalo saya tanya, dia buat dek jer.. langsung tak amik port apa saya tanya... haikal jer yg ramah tamah..

kakyong said...

Rizza,

mungkin bbrp hari nanti kakyong akan godek2 cari maklumat di blog u & copy utk simpanan & kajian ku bersama anak-anak...

tunggula review nya nanti, may b 2,3,4 5 bulan akan dtg... apa kah hasilnya?/

kakyong lately ni rasa letih/frust/kaciwa pun ada... may b sbb kerja rumah yg non-finish.. @ tak dpt nak layan anak2 dgn baik2.. kalo tgh BF aliya.. anis akan buat projek xplorer dia.. walau dah kena marah byk kali dgn ayahnyer.. dia tetap suka nak xplore..
so by the time ibu habis BF aliya, dah ade plak bilik yg dah sepah perlu dikemaskan.. kalo tak kemaskan nanti ade plak brg2 yg 'hilang' @ bertukar tempat.

I need a rest.. en ayah plak bz dgn mancing... adoi... kdg2 tensen tu mari gak.. tp bila dpt baca blog kwn2.. rasa kendur sket... tu pasal la tak rela nak stop streamyx.. kurang2 ade gak terapi bila berblogging ni...

nadnye said...

KYong...
sorry la tak nak offended kan sesapa.. semua orang ada priority masing2..
K Yong lagi best boleh homeschool anak2 kat rumah, tu lg best dari semua channel yang ada... Mother is the BEST TEACHER...
kalau tak de astro kita gi channel lain... kat tv 9 pun ok jugak..
tak pun tengok dvd or vcd

kakyong said...

Zuhaini @ Ibu ALia,

skrg ni baru nak xplore sket2 photoscape.. bagus gak u buat tutorial.. jimat sket masa nak godek2... hehehh..

*thumbs up* kakyong tunggu ur tutorial, bleh kongsi dgn ramai juge..

kakyong said...

nadnye

heheh.. bab ASTRO tu memang tak leh buat aper, tp sesekala balik ke rumah MIL.. ku godek2 gak channel ASTRO.. terutama documentary masak2, makan2, science explorer.. yg bikin giant machine tu.. ku tak tahu nama channel, ku hentam buka jer..

sbb nak homeschool tu la, teacher @ ibu kena cari skill... nanti ku pandai2 buat ajaran sesedap hati ku.. takut anak2ku terlebih pandai tak ikut standard... * daku perasan terlebih sudah mengajar anak2 di dapur semata... :)) *

U-jin said...

camne nak ajar bi..cuba ler ckp bi ngan anak2...salah pong salahler..wakaka..lama2 dia gheti gak..heheh..
ch astro disney tu bekesan gak...emm...kdg2 citer korea pong berkesan gak..wakaka....sbb selalunye subtitle english...kalo depa nak tgk kena faham bi lar... dia kena baca subtitle..so indirectly & automatically dia faham...

herni said...

kakyong..harap tak terlambat lai bg pendapat...

sbg contoh kakyong tunjuk gambar kucing dan btau dia..

"haa dia ni ada dua nama, satu nama dia kucing, satu lagi cat...kucin tu dlm bm, cat tu dlm bi...

biasakan perkenalkan semua perkara mcm tu...bila dia dah take note, kakyon leh buat kuiz pulak hari2...apa nama dia dlm bm/bi etc...

just my 2cents ehehehe

Dayah said...

salam kakyong..smua xpert dah bagi idea..saya ni tak layak nak bagi komen..tapi satu je la usaha tangga kejayaan..chewaahh !!

zieha said...

wah..info yg bagus utk myfiras nnti..kalau zieha.senang je..bykkan ckp english pd anak.heee..lagipun jiran2 zieha ramai cikgu..english..kiri-kanan,belakang rumah.. mostly guru bahasa ingeris..hantar tution je nnti,kalau susah sgt..hik3x

kakyong said...

salam Herni,

so far memang ajar mcm tu... tp agaknya fikri sendiri masih tahap keliru kot.. tiap kali kena juga sebut, skrg ni ibu ajar abg bhs inggeris, bhs melayu sebut ini 'burung', bhs inggeris sebut 'bird'.. tp tu le dia tetap dok sebut 'burung'.. yg lawaknya sebutan bhs melayu dia pun ade lagi yg tak betui.. eg, ayam dia sebut @ panggil 'o-ok'.. ajar lah byk kali sebut ayam, tetap dipertahankan 'o-ok'.. sabor jer lah.. :D

tapi tak pe lah.. cuba juga ajar.. & samping guna sumber2 yg ade.. tpaksalah korban juga penggunaan laptop utk anak2.. ;;) ibu harus le amik no utk guna laptop.. tiap kali ade peluang, Insya Allah, harus ibu marathon utk melawat ke blog kwn2..

kakyong said...

Dayah,

yer.. usaha tangga jaya.. chaiiyookkk sama utk Dayah.. heheh, tulis entry kot BI lelama bagus le grammar, pastu senang nak teaching shukrina.. :D

Zieha,

beruntung lah ade ramai guru2 berdekatan, ramai pakar rujuk tu... kakyong baru jer ngadu kat sepupu suami, cikgu juga.. jwpn dia 'sabor jer la.. takper ajor jer cam burung kakaktua utk sebulan dua ni.. pastu tgk interest fikri camana...' hmmm..

miela77 said...

salam....masa mira kecik2 lg iela ckp BI tunggang langgang ngan dia pastu iela belikan dia flash card la, tutor pad la, lingua franca la, last2 dia rajin tgk PHDC...tu yg teror, siap slang lagi...tapi Bad kantoi, dia faham kita ckp tapi x reti balas. Iela dah bz waktu bad...tapi iela ada beli computer english learning kat the store RM39.90 je...masa umor bad 6thn smpi skrg elok lg...nanti klu fikri dtg iela tunjukkan...p/s biasala ekonomi kita nie lebih kurang je...tu yang astro ku pun dah cut down...hehehe...

Mommy Lyna said...

Salam K Yong,

Saya nak cakap pun tak pandai sebab anak kecik lagi. So far nampak dia ok la, maybe tak byk lg objek dia kenal, if kita tanya in BI or BM, dua2 dia leh faham.

Saya ckp BM dgn anak2 tp bila baca buku br pakai BI. & kalo dia jawab tak betul soalan kita, e.g. Tanya lori dia tunjuk kereta, saya ckp "pandai! Tapi ni kereta, sama kategori dgn lori,dua2 kenderaan tapi ni kereta, bukan lori. Lori besar dr keta, bla3x" bg saya kalo kita asik point salah dia,nt dia naik bosan pasal asik salah je,lama2 nt tkt dia fedap. Hehe. Tu pendapat saya je la. Sbb sy piki kalo org asik point silap saya je, sy jd fedap & dem0tivated.

Sorila off topic.sbb sy pun xpandai sgt BI ni.hehe.

kakyong said...

salam miela & mommy Lyna,

kakayong hargai semua cadangan & pengesyoran.. Insya Allah, eksperimen akan dibuat ke atas anak-anak... trial & error teknik & taktik, nanti 5-6 bulan, kakyong cuba kongsikan apakah hasilnya... Insya Allah.

*sedang berusaha utk memenuhi jadual harian utk housework & h/school anak2 & masa utk ibu berblogging...* mcm kena cut off jer masa berblogging ni... ;(

Mama Shinta Musraika said...

salam kakyong..

entry kali ni memang menarik! sy pon memula teringin sgt nak ajar shinta ckp org putih seawal dia beberapa bulan ni sebab sy terbaca kat SI.com ada yg ckp anak bleh pandai BM & BI asal salah sorang parentsnya fully ckp BI. tapi tulah dia.. sy sndiri pon BI tugang langgang.. baru nak ber BI sikit sy sendiri rasa geli hehehe.. sudahnya smpai sekarang stil fully Bm jer kat Shinta. baca jer entry ni tus sy nak bertekad.. pasni kat umah.. biarlah broken english.. sy nak fully Bi juga bior shinta pndai ckp BI kelak.. hehehe.. tapi entah smpai bila tahap tekad ku itu.. hahaha!

kakyong said...

mama shinta,

baru kakyong teringat, dulu masa belajar subjek Pemikiran Saintifik, ade Prof Yusof nyatakan tentang teori OPOL iaitu One Parent One Language.. so kalo mak ckp jowo, ayah ckp ler melayu. Kalo mak ckp BI, ayah ckp le BM. dan ini mesti konsisten... tp dlm situasi kita ni boleh kah ideal segitu.. hehehhe..

apa2 pun, tak pa nanti kita sama2 memperbaharui tekad..

.:Fae-Yust:. said...

KakYong best topic nie...saya xde nak comment ape2 sb saya sdiri pon alar2 tekad tak sepenuhnye huhu...dolu2 semangat lar gak tapi kian luntur...saya suker teori OPOL cam KYong cakp tu tapi? bole kah diadaptasi d umah ku??? BUT hendak seriba dayalah kan???hehehe...so far anak2 setakat bole lar...tapi byk lagi kena improve!!!

xper2 nnt kita coba...chaiyokkk

Genius Qarissa said...

Kak yong,

baby watie baru 10 bulan, few days lagi masuklah 11 bulan. Diamasih lum pandai cakap lagik..membebel2 bahasa yg kita tak paham pandailah dia ..hehehe..

tapi sejak dia lahir, watie dah amalkan cakap English ngan dia. In whatever I do, memang guna Ebglish as main languange. Ada gak lah campur2 tapi in one statement @ word tuh, mesti ada word english . taklah pandai sangat, tapi preactice make perfect kan.. hehehe:)

watie rasa skang org kita tak macam dulu. kalau dulu, kita cakap english ngan kengkawan, mesti kena gelak, kata kita nak belagak. but now, mungkin dah tak kot...kalau ada pun, watie peduli apa, yang penting anak aku lagi pandai dr aku cakap english! sok senang dia nak kerja at least fasih 2 bahasa ..hehehe..

skang everyday bg Q dgr lagu & music & bukak VCD Gogo- Adventure With English. Qarissa suka sgt..:) leka tgk sampai mengahga..hehehe

kakyong said...

salam watie,
bagus tu, teruskan sbb minda bb ni mcm sponge.. dia mudah menyerap.. kalo diajar seawal usia memang bagus..
kakyong ni bukan tak nak buat, tp masa tu sgt suntuk.. selalunya terpaksa layan 3-3 sekali.. hakikatnya anak2 ni tetap mahu dilayan 1-to-1.. tiap sorg ingin privasy masing2.. tp ibu tak mampu nak belah bdn jadi 3... :(
dlm hati ni selalu berharap ade assistant.. kurang2, ade tolong tgkkan anis, masa kakyong tgh BF aliya.. ade yg tlg basuhkan pinggan mangkuk masa anis & fikri berendam di bilik air...

nak buat camne kan.. agaknya ini lah hikmahnya ALlah bg ibu kelam kalut hari2, supaya ibu lebh byk sabar & lebih rajin... :))

Precious said...

Salam .. I ada cara very d easy wat anak terror speaking. Boleh baca Precious. Good luck!

kakyong said...

salam Precious Queen,

nanti kakyong menerjah yer... terima kasih bebanyak. :D

k wani said...

orait... apa port yg paling sesuai kat perak. ingat nak ajak abang hamdi gi cuti2 malaysia ke perak. boleh singgah rumah bib

kakyong said...

kakwani,

port yg sesuai.. heheh.. Bukit merah laketown kot...
calling ler kalo nak mari.. nanti ku kemas rumah kasi bersih sket.. hehehh

coachsha said...

Kakyong,

Coach Sha here. Syabbas bette!! I salute moms who want their kids to be good at more than ONE language. Bukan setakat English, malah Arab, Mandarin, Tamil, dan juga BM pelbagai loghat.

Kakyong,
The most crucial INPUT for kids (sebelum depa pandai baca) is listening. They must have lots of English sounds coming in. They will collect and save these sounds and later will be used for speaking, the OUTPUT.

Start by changing daily scripts at home.
"Time for shower!"
"Whose is this?" etc.

Sekian, coachsha

kakyong said...

salam coachcha,

thanks for visiting.. & thank you also for your advise & suggestion.. :D

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .