Saturday, May 2, 2009

Home » , » 117 Contest untuk Hari Ibu

117 Contest untuk Hari Ibu

Salam kawan-kawan & kenalan blog,

Kakyong nak berkongsi dengan semua tentang contest ini.
-klik pada foto untuk maklumat lanjut-


MomBloggerPlanet.com berganding bahu dengan AliceWonders.com menganjurkan contest@pertandingan ini istimewa untuk semua ibu sempena sambutan Hari Ibu. Jom masuk contest ni. Contest ni baru bermula pada 1 May 2009 dan akan berakhir pada 9 May 2009, *singkat ajer tempoh nyer.. apa lagi jom la kita masuk ramai-ramai.*

Hadiah yang ditawarkan sangat menarik.. Perempuan mesti suka, kalo tak suka, mesti bukan perempuan..


Grand Prize Winner x 1
  • 1 AliceWonders bag of your choice (YES, you can pick ANY available bag!), and
  • 1 PurseHook with velvet pouch worth RM20 each
Consolation Prizes x 10

  • 1 PurseHook with velvet pouch worth RM20 each
Setiap ibu yang masuk pertandingan ini diberi peluang untuk memilih beg kesukaan masing-masing. Banyak juga pilihan bag-bag di ALicewonders.com. *rambang mataku dibuatnya*

Kakyong memilih beg yang ini :
-klik pada foto untuk mendapatkan perincian beg

Kenapa? sebab kakyong suka dengan warna merah hati.. sebenarnya design beg ini ada 3 pilihan warna : merah, hitam dan coklat (perang). Beg ini memang sesuailah untuk ibu yang beranak kecil dan berderet seperti kakyong. Kelihatan praktikal dan nampak bergaya.*pasti sesuai untuk daku yang bertubuh kecilala bonsai ni.. *

Kenapa kakyong teringin sangat beg ni?
Sebab sudah lama..*sejak kahwin * daku tiada pernah@belum lagi membeli begtangan. Dan daku sangat cerewet memilih beg yang sesuai untuk kegunaan daku setelah punya anak 3 berderet. Sudah satu Ipoh ku jelajahi, * Jusco, UO, Parkson * tapi tidak jua kutemui yang berkenan di hati.. *akhirnya daku telah request seseorang untuk menjahitkan beg seperti yang kuinginkan * sehingga suamiku pun sudah malas hendak membawa daku membeli begtangan lagi. Jika daku dapat beg ini, termakbul lah hajat daku.. yang dijahit pun dapat dan idaman hati dari Alicewonders.com pun dapat.


Ini adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur. *maaf, dalam BI, tak daya nak translate *

Terms & Condition
  • This contest is opened to Malaysian only.
  • Contest starts from 1st May and ends on 9th May 09.
  • By participating, you expressly consent for your particulars to be posted on MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com
  • AliceWonders.com will select the winners and handle the prizes delivery.
  • Judge’s decision is final and no correspondence will be entered into.
  • Winners will be announced on MomBloggersPlanet.com and also will be contacted via email.
  • MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com reserves the rights to change, amend, delete or add on to these Terms and Conditions without prior notice to you and shall become effective on such date as determine by us. You agree to be bound by such amendments.
  • MomBloggersPlanet.com and Alice Wonders.com reserves the right to cancel the contest at any stage, if deemed necessary in our opinion, and if circumstances arise outside of our control.


Jadi, apa lagi kawan-kawan.. jom rembat beg-beg yang lawo-lawo dan cumil-cumil ni. Bukan selalu ade peluang macam ni.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

12 kawan ibu yang hebat:

Dr Ezura said...

i like...all the best...!

NyIzd said...

tq kak yong..noy dah pun join the contest.. :X

yatie chomeyl said...

good luck kak yong ;)

Unknown said...

Salam Dr Ezura ~ terima kasih sudi singgah.. ugd luck to u too!

Noy ~ sama lah, gud luck utk Noy juge.. byk kan pilihan beg nyer... !

Yatie Chomeyl ~ mak buyung selalu rajin masuk contest kan...

Anonymous said...

semoga akak bjaya!!!

Unknown said...

Reen ~ mekasih.. mencuba nasib.. sambil memeriahkan contest..

mamaDhea said...

salam kenalan drp mamaDhea..

diniedinar said...

kakyong...semoga berjaya!!!!

Unknown said...

salam MamaDhea ~ terima kasih sudi singgah Catatan Ibu.. salam kenal juga.. nanti kakyong masukkan link yer..:)

Diniedinar ~ mekasih.. dah join ker?

Anonymous said...

Salam kyong,

All the best, go..goo.goooo...:X

Hanz Jamaludin said...

All the best Kak Yong. Hanz pun nak masuk contest ni sebab saaaangaatlah memerlukan beg baru. Hint2 kat hubby belikanlah beg baru..memang kalau dah ada anak, barang diaorang jer yang buat penuh beg! Mana dan nak pakai beg kecik molek lagi dah

Unknown said...

MamaMi & Hanz ~ mekasih.. MamaMi uom la masuk. Betul Hanz, bila dah ade anak, handbag ibu pun dah tak leh nak comel lote dah.. memang automotik jadi 'poket doraemon'.. ;)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .