Salam ceria buat semua,
Maaf sebab ibu belum sempat lagi nak UP kan n3 ~ point @ mata kawan2 untuk suku akhir (bulan Januari 2010) giveaway Catatan Ibu. Sabar ya, ibu dah kira separuh jalan, pastu bila ibu leka dengan kerja2 cross-stitch, penyakit M melanda pulak nak buka laptop.
beberapa hari lepas @ mungkin juga minggu lepas kot (ingat2 lupa), ibu senyum2 sendiri bila baca
n3 ni di blog kakyati NB. Sweet je teta minta uminya buatkan baby. Mujur lah fikri dan Anis tak pandai nak tanya hal2 mcm ni.. mungkin juga sebab depa dah ade adik.. so takde isu kan. *kak NB kalo berkenan kat CD (cloth diaper) kena le ade baby lagi... ihikkk.. gurau jer ye kak*
cuma lately ni ramai pulak (jiran2, sedara mara, kawan2..) yang bertanya, 'bila lagi nak menambah?'..
ohhooo.. itu soklan cepumas yang agak sukar juga untuk dijawab.
kenapa??? sebab dengan 3 orang yang sedang membesar ni (4 tahun, 2 1/2 tahun & 1 1/2 tahun) dah cukup untuk buat hidup ibu UP & DOWN dengan kerenah depa yang tak menentu. Ada masanya ibu boleh cool dan buat derk jer kalo depa buat perangai & rumah2 disepah2kan rupe tongkang karam.. tapi ade hari2 nyer ibu akan menyinga & menjerit2 ala tarzan. Emo tak menentukan.. uhukkk..!!
So, untuk menjawab soklan bila nak menambah lagi tu.. selalunya ibu senyum2 jer.. nak kata apa eh,...
kalo tak pun, ibu akan cakap, 'tunggu lah setahun dua lagi'. Jika ada yang tahu umur ibu yang dah nak mencecah 40 ni, ada lah yang kata 'dah 40 nanti bahaya kalo mengandung, baik mengandung sekarang.' aduhhh, senang nyer cakap.
actually ramai jiran yang tak tahu ibu ni umur dah hampir 40 tahun. Yerlah, fizikal kecikkan, nampak muda jer... ramai yang ingat ibu ni baya2 depa jer... lewat 20'an... ;) kadang2 sonok gak perasan muda ni.. ;))
Sebenar masa ibu bersalin kan aliya, my usual gynea Dr Raofah, katanya ibu ni jenis yang senang bersalin, so nak bersalin 10 kali pun boleh.. :D tapi part mengandung, Dr Raofah dah warning ibu.. "sila berehat sehingga 2 tahun (sekurang2nya) sebelum mengandung lagi, sebab dah 3 tahun mengandung berturut2.. so memang kena rehat., nanti boleh terjejas kesihatan, (terutama emosi) "
Tapi takkan lah setiap kali orang tanya bila nak menambah anak lagi, nak kabo kan 'doktor nasihat supaya berehat lama sikit sebelum mengandung lagi' kang orang kata kita ngada2 pulak..
So, kesimpulan nya.. ibu memang nak mengandung lagi. tapi keLETIHan tahap gaban & ketidaktentuan emosi yang buat ibu stress yang menjadi keTAkutan. 9 bulan nak melalui Up & down emosi, memang seksa... so la ni memang tak bersedia nak mengandung lagi.. Insya Allah, hasrat tu memang ada, kalo dapat menambah sorang lagi anak lelaki ker... nanti fikri ada lah kawan nak ber'sparing bersumo bagai'.
Kalian boleh google jer pasal "pregnancy at late 30 or early 40". Macam2 info kalian boleh dapat. Yerlah, memang lah kena aware pasal risiko mengandung pada lewat usia.
Ibu ni pun mengandung kali pertama pada usia 33 tahun, bersalin kali pertama pada usia 34 tahun. Bersalin kali ke-2 pada usia 35 tahun dan kali ke-3 pada usia 36 tahun. 3-3 pregnancy itu memang LETIH.. ibu tak cergas macam ibu2 yang mengandung pada usia 20'an.. ibu memang kerap kena perli & disindir 'orang lain mengandung juga' tapi lama-kelamaan ibu dah malas nak amik hati. Tawakkal ajer lah, Alhamdulillah, tak lah susah sangat nak bersalin.. cuma masa fikri jer dok wad lama.. fikri yang nak spital lama2.. hihiii..
macam2 risiko kalo mengandung lewat ni, antaranya
- benih yang lemah, sebab itu keguguran adalah biasa untuk wanita yang cuba mengandung pada usia lewat 30'an @ awal 40'an.. ini adalah fakta yang tidak dpt dielakkan, terutama untuk ibu yang pernah c-sec sebelum ini.
- sukar untuk bersalin normal.. ni agak subjektif juga, sebab ada gak ibu2 awal 20'an yang kena c-sec.
- mudah terkena diabetes.. ni juga subjektif, sbb ada juga ibu2 awal 20'an yang kena diabetes masa mengandung.. lepas mengandung diabetes hilang
- baby mungkin SD (sindrom down).. ni juga bergantung pada sejarah keluarga.. eg belah en ayah memang ade yang SD.. so my SIL 1st baby is SD.. she is just 25 masa 1st pregnancy.. so ibu pun ade kebarangkalian untuk dapat baby SD..
- kualiti telur yang 'kurang'.. anak akan kurang pintar & mudah sakit.. setahu ibu lah kan, anak2 yang dikandung waktu usia ibu matang akan lahirkan anak2 yang matang & pintar... so, ni pun subjektiflah..
~imej diambil dari Photograhersdirect.com
Ibu memang positif lah pasal nak pregnant lagi pada usia 40'an.. sebab :
- makbonda bersalinkan ainun pun pada usia 43 tahun.. tak de masalah masa bersalin.. Ainun pulak bukan tak bijak cuma dia malas belajar.. jadi semua ni isu pendidikan dalam & luar rumah
- maklang (adik mak yang ke3) juga kali pertama mengandung pada usia 39 tahun (kahwin lambat). Shima, sepupu ibu tu antara budak bijak di sekolah nyer sejak sekolah rendah lagi, UPSR 4A. Dapat tawaran ke asrama penuh tapi ditolak. tahun ni bakal amik PMR, awal2 lagi dengan confident jer dia cakap.. nak dapat 8A. walaupun orangnya nampak pendiam tapi matang.
So, dengan sejarah keluarga yang positif ni, ibu yakin ibu boleh lagi mengandung pada usia 40'an. Sekiranya ada kekurangan @ sesuatu yang negatif masa ibu mengandung nanti, ianya adalah kehendak ALLAH. Kita mampu merancang, tapi Allah pasti merancang yang lebih baik untuk kita.
Ibu tahu ramai kawan2 sebaya ibu yang masih single (kawan2 sama MRSM, kawan2 sama di UUM) & ada yang buat keputusan tak mahu kahwin kerana kurang yakin boleh dapat anak, juga takut akan risiko mengandung pada usia 40'an. Pesan ibu, satu jer.. yakin lah pada ALLAH.. jika kita fikir negatif memang negatiflah jadinya kan..
p/s :
belum dapat msg dari Pija lagi ni.. kemarin dia dah masuk wad.. lewat petang semalam katanya belum bersalin lagi, masih 3 cm.. siap meronda macam YB lagi kat wad.. :)
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!