Saturday, May 16, 2009

Home » , » 131 TERIMA KASIH, CIKGU

131 TERIMA KASIH, CIKGU

Terima kasih, cikgu...!! *di sebut beramai-ramai sebaik cikgu keluar kelas..*

Ingat tak lagi, masa sekolah rendah dulu, setiap kali cikgu masuk kelas, mesti ucap "Selamat Pagi, Cikgu" @ "Assalamualaikum, Cikgu."@ "Good morning, teacher." Disebut @ diucap beramai-ramai dengan suara penuh berlenggang-lengguk. Siap berharkat lagi. *zaman kakyong, awal 1980-an.. gitu ler gayanyer.. tak tahu le gaya zaman awal tahun 1990-an*

Bila cikgu nak keluar kelas, diucapkan pulak "Terima kasih, cikgu" @ "Thank you, teacher."

Kali pertama kakyong kenal orang yang bernama cikgu adalah semasa kakyong masuk darjah satu di Sekolah Kerajaan Bandaran Sibu No3. Masa itu April 1979. Penggal yang pertama kakyong tidak bersekolah, sebab masa tu masih dok di kampung mak di Pantai Remis & ayah tak nak daftar sekolah sebab dah nak pindah ke Sibu, Sarawak. Jadi, cikgu kakyong yang pertama namanya cikgu Mary. Dia cikgu kelas kakyong, kelas 1D. Kakyong ingat lagi sepanjang darjah satu, cikgu Mary kena selalu suruh kakyong duduk, sebab kakyong kalo nak menulis mesti berdiri. *Agaknya sebab daku comel kecik & pendek, maka berdiri baru dapat fullview apa yang cikgu tulis di papan hitam. * Terima kasih, cikgu Mary sebab daripada daku tak tahu ABC, akhirnya ku pandai juga baca buku, dan dapat no6 dalam periksa akhir tahun.

Semasa darjah 2 & 3, cikgu kelas bertukar kepada cikgu Elevan, cikgu ni bangsa Iban, putih sangat orangnya. Sangat baik. Dalam pada itu, ada juga ustazah yang mengajar tapi kakyong dah tak ingat nama ustazah tu.. *wajahnya pun sudah ku lupa.. sungguh ingatan ku kabur... jauh untuk ku jangkau lagi..* Terima kasih, Cikgu Elevan.. tapi daku tak faham kenapa setiap tahun daku mendapat no6 dan tetap duduk di kelas D. D adalah kelas yang terakhir dalam darjah. huhuuu.

April 1981, kakyong pulang ke kampung sebab ayah akan dipindahkan ke Terengganu pula.. * ada tak kakyong beritahu, ayahnde kakyong dolu koje soja @ tentera..skuad semboyan * Jadi untuk 1 penggal, kakyong bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ladang Huntly, Pantai Remis. Sekolah ini kecik sahaja, 1 darjah hanya ade 1 kelas. Itupun murid-murid adalah dari kalangan anak-anak pekerja ladang@estet sogoomana & kg 40 Rantai. Kakyong tak ingat dah nama cikgu kelas tu, tapi kakyong ingat gaya rambot afro nya itu.. Masa sekolah kat situ, kakyong dapat no1.. yaayyy.. *dengan budak kampunge boleh lah daku tunjuk terer.*

Penggal ke3, 1981 kakyong berpindah sekolah lagi ke Sekolah Kebangsaan Seberang Takir (SKST). kakyong dok dalam kelas 3A. Budak-budak situ seme macam pandai-pandai belaka. Masa tu ade peperiksaan penilaian darjah 3, kalo saper lulus periksa penilaian darjah 3, boleh lompat kelas, terus masuk darjah 5. Kakyong tak ingat sangat cikgu-cikgu kat SKST. Kakyong cuma ingat sorang cikgu ni jer, nama nya Cikgu Dayang. Cikgu Dayang ni orang serawak, jadi seronok lah kakyong sebab setiap kali dia mengajar, dia suka nak sembang-sembang dalam bahasa sarawak dengan kakyong. *Sekarang ku sudah lupa mau madah serawak.. ku ingat, ku balik semenanjung naik belon.. selain itu ku sudah lupa.. tapi ku rindu nak makan buah dabai *

Tahun 1982, kakyong berpindah sekolah lagi ke Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng (SKBT). Masih lagi dalam kawasan Seberang Takir. Sekolah itu sekolah baru, dan di situ lah banyak kenangan tersimpul. Cikgu-cikgu yang sangat berjasa kepada kakyong, Cikgu Ahmad, cikgu Isa, Cikgu Azam.. dan ramai lagi.. *bersungguh ku cuba ingati tapi susah nak di'recall'.. * Kakyong bersekolah di SKBT sehingga habis darjah 6. Selalu dapat no 1-3, pesaingan terhebat pun adalah kawan-kawan * (Fadzil & Huzaini) anak tentera juga* yang akhirnya pun masuk MRSM yang sama. Semasa di SKBT, kakyong jadi pengawas perpustakaan, dan di sini lah minat membaca mula tertanam.

Reading Bila dapat duduk di perpustakaan memang tak hengat duniya.. tenggelam dalam buku-buku.. tapi memang best jadi pengawas perpustakaan sebab boleh pinjam buku lebih daripada orang lain...

Kenangan yang manis adalah semasa darjah 5, dapat anugerah pelajar cemerlang, siap dapat piala lagi. Masa tu glam la jap. Tapi piala tu kena pulang semula.. foto2 dengan piala tu ade kat rumah makbonda *harap ade la.. kalo ade sekarang, nak juga ku menunjuk2 kongsi buat tatapan semua,.. heheh.*

Ini adalah kawan-kawan dari SKBT.. KY, Nor Raihan & Zaiton jumpa semula sebab sama2 belajar di UUM. Bertemu dengan Yasmin ni semasa hari terbuka KOlej EON tahun 1994. Yasmin ni cikgu, dia orang Kodiang, dah lama terputus hubungan.. rindu nak jumpa dia.. dah 15 tahun tak jumpa... kali terakhir dapat tahu dia dah kahwin tahun 1998 dan mengajar di Sg Petani. Raihan pula sedang buat PhD & pensyarah UMT. Zaiton plak kerja di KL, masih berhubung lagi.

Jun 1985, kakyong mendaftar ke MRSM Terendak. Belajar di situ daripada form 1 sampai form 5. Banyak le kenangan dok asrama. Walau orang kata makanan di dewan makan tak sedap.. tapi itu lah yang sedap untuk kakyong.. *dah memang jenis yang tak cerewet & tak menolak rezeki..*

Himpunan foto-foto ini adalah guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kakyong sepanjang kakyong belajar di MRSM Terendak dari tahun 1985 hingga tahun 1989 : *foto-foto di'kidnap' daripada facebook kawan-kawan (kredit utk Juji & Huzaini Bees), kecuali foto no1, yang lelain adalah foto terbaru sempena jubli perak MRSM Terendak pada tahun 2008*

1. Cikgu Yusof (sudah meninggal beberapa tahun yang sudah) ~ cikgu sains & fizik

2. Cikgu Desnawati ~ guru penasihat homeroom & cikgu BI

3. Miss Angle & cikgu Rosnah ~ Miss Angela, cikgu BI *garang tapi mesra, dia siap pesan kalo terserempak dengan dia mesti 'mengucap',maksudnya greet lah dia, gud morning ke gud afternoon & tak boleh cakap melayu, must talk in English*, cikgu rosnah ajar Geografi *ku suka sangat kalo cikgu Rosnah yang mengajar, ku dapat A masa SPM*

4. Cikgu Junaidah ~ orang Kampong Gajah, cikgu BM & warden asrama

5. Cikgu Yati ~ cikgu BM & warden asrama

6. Cikgu TJ (Tajudin) ~ cikgu senireka * ingat lagi masa cikgu soh reka & buat replika barang2 seperti perabot.. kakyong pun konon nak tunjuk terer buat le lemari asrama.. susah rupernya.. ensel2 ku seme tak menjadi.. pastu bukan senang nak memotong kadboard putih yang tebal tu *

7. Cikgu Satari ~ cikgu Fizik

8. Cikgu Hajjah Zaherah & cikgu Wan Ainizah ~ Hajjah Zaherah adalah penolong pengetua semasa kakyong belaajr di MRSM Terendak, Cikgu Wan adalah cikgu sains & Fizik... * cikgu yang memberi kata-kata semangat di saat daku sudah putus asa untuk sambung belajar lagi selepas SPM, gara-gara masalah keluarga..*

9. Cikgu Zuraidah ~ cikgu BM.. awet muda cikgu ku ini...

10. Ustaz Wahab ~ cikgu Bahasa Arab & mengaji kelas AlQuran... * ustaz suka panggil kakyong "ya habibi" *

11. Ustaz Mustafa ~ ngajo Agama Islam & Tamadun Islam... *kakyong dulu tak suka ustaz ni, kami panggil setopa.. tak baik kan tak suka cikgu, sudah nya masa SPM dpt A3 untuk Agama Islam.. ape kes??!!*

12. Cikgu Arshad ~ kami biasa panggil PakChat, garang ni, cikgu disiplin, ngajor Kimia.. saper masuk kelas dia kalo main2, siap le...

Ini ajer foto-foto cikgu yang dapat kakyong tepek di sini .*sebagai ingatan masa akan datang* Ramai lagi cikgu-cikgu yang tiada foto nya.. godek-godek gak facebook senior Terendak, tapi tak jumpa pun.

Foto yang ini adalah Miss Eliza (foto tahun 1989) ~ guru penasihat homeroom Eridanus yang suka sangat belanja kami makan.. kakyong tak tahu Miss Eliza ade di mana sekarang.. rindu nyer dengan Miss Eliza.. *lepas result SPM keluar, she a bit frust sebab kakyong tak apply untuk study ke overseas.. belajo kat Ulu Sintok pun daku berjaya gak jadi Akauntan..*

Sekian lah adanyer, cerita kakyong pasal sekolah & guru-guru.

Jadi sempena hari guru ni, ape kata kalo kenalan @ kawan-kawan ibu buat satu entri pasal sekolah & guru-guru yang pernah mengajar kawan-kawan.. Kalo ade foto cikgu-cikgu, sila lah tepek.. kakyong pun nak gak tahu, kawan-kawan dulu sekolah kat mana. Aci kan..!! Tiada paksaan, jika suka nak buat, sila lah yer.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

20 kawan ibu yang hebat:

My-Hasla said...

Bib, bila tengok gambar2 tu teringat lar pulak kat cikgu2 kita masa kat tdk!

Cikgu rosnah... suka sangat subjek geografi masa dia ajar. Yg gpaling ingat bila dia sebut 'Lembah Lawrence' :D
Pak Chat....sekarang ni pengetua di MRSM Alor Gajah.
Ust. Mustafa... rasanya batch kak has pun ramai yang kurang favor ngan dia that time. hehhe bib pun tau kan kenapa! ;)
Cikgu Yusof & Cikgu Sallehuddin... dah arwah. Al-Fatihah utk mereka berdua.
Miss Eliza... yang mana satu ye bib? tak berapa ingat sangat lar!

Cikgu2 lain... Cikgu masuria, cikgu dollah (cikgu maths. kalau menulis di white board, kejap ngan tangan kanan kejap ngan tangan kiri!), ust. fuad & ustz jantan (suka sangat dgr depa berdua communicate dalam bahasa arab) cikgu niryati, cikgu hamidah & cikgu azizah, cikgu hamid,Ms Liew lai lee and few more. Tak boleh nak recall their names.

kakyong said...

KakHas,

Miss Eliza ni ajor BI.. dia advisor kami masa kami form 3 @ 4 (tak brp sure)..
Saya tak tahu Cikgu Sallehudin pun dah meninggal.. InnaLillah

saya suka cikgu Marsuria, penah belajor math jap dgn dia..
tp yg best sekali masa belajor Match dgn cikgu Azmin Ali (now YB Azmin Ali)...
Ingat tak cikgu maryah yg come lote tu, yg hubby dia ajor Math .
now saya dah mula recall lebih byk nama2 cikgu : Ustazah Rus, cikgu Haslam (math juga), cikgu Ahmad (a/c), Ustazah Embun, cikgu tajul (sukan),cikgu Noreha (Bio), cikgu latifah (Geo), cikgu Leiw Lai Li (Geo - cikgu kalut..)

reen said...

tahun 80 sy baru dlahirkn...
aduhai!!terkenang daku ms sek rndah tahun 87 dulu...huhuhu...

MAMASYAZA said...

fuhhh...teringat zaman skolah2 dulu...

kakyong said...

Reen & MamaSyaza,

Kalo terkenang tu.. buat le satu entri ... :D

U-JIN said...

RASA CAM NAK SEKOLAHBALIK BCA ENTRI KAK YONG NI..HEHE

kakyong said...

seronok kan g sekolah.. kakyong selalu rasa sekolah lah tempat paling BEST.. sebab kakyong kan ramai adik-beradik, masa drjah 1, adik dah ade 5.. kalo dok rumah mesti kena tolong mak jaga adik @ bbuat kerja rumah... :(
sebab tu setiap pagi bersemangat nak g sekolah.. sebab kat sekolah semuanya best.. boleh buat yg kita suka.. ;;)

syahadah said...

kak yong ni mmg teachers pet la...
smpan lagik pic cikgu2 kak yong..hada pulak..mmg tak simpan pun..
tp hada ernah jadik cikdu jugak..nanti nak buat entry la..cerita pengalamn sebagai cikgu...TUNGGU!!

kakyong said...

salam Hada,,

bagus tu, suka jugak nak tahu alkesahnya... garang ke cikgu Hada ni...??? :))

Rai said...

hehe..saya lahir 83..sekolah rendah zaman 90an ada lagi la "terima kasih cikgu" ..kalau sekolah agama "syukran jazilan ya ustazah"..siap berlagu-lagu..budak zaman sekarang ada lagi ke mcm tu?

zieha said...

wah..baguslah k.yong ada gambar guru2 k.yong.Zaman sekolah mmg sonots sgt..disebabkan terlalu sonotss zieha dh hampir lupa nama2 guru yang byk berjasa kpdku..huhuhu..rasa nak turning back plak..apakan daya..aku hanya manusia biasa..:)

kakyong said...

Salam Rai,

kakyong lupa nak tanya adik yg bongsu tu, adakah gaya depa ucap selamat pada cikgu masih mcm zaman kita dedulu... ;;)

kakyong said...

salam zieha,

foto2 tu seme diambil drp foto album kawan2 di facebook.. pastu kakyong cantum2 kan jer... ramai lagi cikgu yang tak dijumpai foto2 depa..
kakyong pun byk lupa nama2 cikgu.. even nama2 pensyarah di UUM dulu pun ade yg sudah dilupai.. :|

PENGELUARAN_TANAMAN said...

Tahniah blog dah makin cantik dan makin senang utk dibuka

kakyong said...

salam en pengeluaran_tanaman,
Terima kasih & harap betui2 sudah senang utk dibuka..

SyahNur said...

kak yong start sek 1981, sy lahir 1982.. hehe..
bagusla kakyong berusaha kumpul gmbr2 cikgu... sy ni, mmber2 yg lain pun x de nk upload gmbr cikgu dlm website...

nadnye said...

wow.. simpan dan ingat semua cikgu2.. Cayok la Kyong nie..

kakyong said...

SyahNur,
kakyong darjah 1 tahun 1979... lahir 1972.. kita beza 10 tahun... ;;)

Nadnye,
ade juga yg tak ingat.. foto2 cikgu sek sek seme takde... :((
yg ade tu pun copek dr facebook kawan2... amik & simpan sbg ingatan.. tu pun masih cari lagi foto2 cikgu.. kalo jumpa memang nak tepek.. lupa la, YB Azmin Ali, boleh google foto dia... dia pun cikgu kakyong juga..

My-Hasla said...

Bib..
Ingat2 lupa ngan ms Eliza tu.
Time cikgu Azmin Ali mengajor kat sekolah kita tu sekali ngan 3/4 org lain yang practical mengajor kat tdk kan!
cikgu maryah yg come lote tu... tak ingat yg mana satu.
ada ke cikgu Haslam yg ajar math? yang kak has ingat cikgu hassan ada ler.
Yup... yg ajar acct. cikgu Ahmad ngan cikgu siti aminah kan!
Cikgu Bio tak ingat sebab kak has tak amik Bio... amik subj account!
cikgu Leiw Lai Li... aha dia memang nampak kalut.
Heheh... kena bukak majalah FAJAR lar camni untuk ingatkan balik nostalgia lama di maktab.
Bib ada simpan lagi tak FAJAR?

kakyong said...

KakHas,

Ntah ke mana2 jer majalah FAJAR saya.. hari tu ade kwn2 batch saya yg minta saya check kat Fajar nama penuh En Ramli.. last mth depa ade buat kenduri tahlil (lupa kat masjib mane tp di KL ler)..

cikgu Hassan tu husband nya cikgu maryah (nik maryah nama betui dia..)..mesti akak dah leh recall wife cikgu Hassan..

cikgu Haslam tu ajor Add maths.. mungkin tak sempat dgn kakHas kot, sbb saya ingat dia ajor Add Maths masa saya form 5..

kakHas ingat tak dgn sorg cikgu India yg ajor Geo juga... saya ingat sgt muka dia, tp nama dia.. langsung tak leh recall...

1 lagi saya baru teringat kat Ustazah Mardiah.. dia ni kdg garang & marah org tak bertempat.. saya ingat lagi 1 kes, ade kwn (actually kwn baik) ngadu kat ustazah kata saya sengaja tak pergi usrah (walhal dormate tahu saya sakit kepala sgt, pastu saya inform kat assistant minta handle usrah tu.. tup2 esok saya kena panggil dgn ustazah & ustazah terus serang saya.. tanpa minta penjelasan & dengar hal yg sebenar.. saya rasa mcm tak boleh nak maafkan dia (ustazah & kwn tu)... huhuuuuu, sedey plak tingatkan peristiwa tu... dah le masa tu suara ustazah kuat, hampir semua cikgu dlm bilik guru pandang saya... mujur le pastu Miss Eliza panggil saya & dia lah yg tolong redakan hati saya yg sedey tu....
memang saya benci la dgn org yg tak usul periksa.. so jd ustazah pun belum tentu pandai menimbang semua perkara dgn baik... *jahat nyer saya..*
tapi masa saya ikut sesi motivasi dedulu, ade satu sessi utk memaafkan org2 yg kita benci.. so saya dgn berat hati, memaafkannye.. *dgn berat hati* cuma bila teringat, saya jd benci... *masih hitam agak nyer hati saya* sbb tu malas nak ingat perkara2 yg org buat kat kita ni....

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .