Tuesday, September 22, 2009

Home » , » Habiskan catatan Ramadhan

Habiskan catatan Ramadhan

Salam lebaran buat semua kawan-kawan ibu,

3 hari sudah ibu tidak berkesempatan untuk menjenguk blog. Memang banyak n3 yang ingin dikemaskini, tetapi apa kan daya, masa sungguh terhad. Biasalah kan, semua pun pasti sibuk beberapa hari menjelang hari raya dan juga beberapa hari pula di awal syawal. Asalnya ibu plan nak buat schedule n3.. tapi tak berpeluang langsung nak online.. hehehe...

Memandang ibu belum habis lagi memuatkan kesah catatan Ramadhan tahun ni. Maka sehari dua ni ibu akan habiskan dulu catatan Ramadhan dan Insya Allah akan disusuli pula dengan kesah raya kami sekeluarga.

Ini adalah lauk berbuka puasa pada 24 Ramadhan 1430H. Ikan tongkol masak singgang. Anak-anak suka sangat. Ibu pun dah lama tak masak ikan singgang. Dulu masa tahun 1980'an, makbonda selalu masak ikan singgang.. masa tu kami tinggal di KT.

Ibu sebenarnya terlupa nak insertkan foto masakan ini pada catatan lepas day 22, 23,24 & 25.



Foto Aliya bertudung kuning ni adalah pada malam ibu tengah siapkan kiriman untuk 5 orang pemenang. Ibu sibuk nak kemaskan kiriman Aliya pun sibuk juga nyebuk.


Sibuk dok kuorkan tudung yang ibu dah masukkan dalam 'goodies bag'..


Ibu pun dah lupa tudung kuning untuk saper...



Dah habis Aliya menyebuk, kakak ANis pun jadi QC.. dok check semua sampul.. masukkan dalam kotak.. pastu letak balik atas meja.. tapi gaya tu memang ala2 QC ler... :D

ALhamdulillah, ibu dah poslajukan ke5-5 kiriman ini pada 16 September 2009. Pada 17 September, hari khamis, ibu dah dapat feedback dari 4 orang menyatakan kiriman sudah sampai. Alhamdulillah, cuma dari ibu damia jer yang ibu tak pasti.



Walaubagaimana pun, ibu masih berhutang kiriman hadiah beberapa pemenang ni..
  1. Elizahadi - tak sempat lagi nak carikan tudung.
  2. Isabelle - sila emailkan alamat ya... rasanya dah beberapa kali tinggalkan pesan di kotak komen & juga kotak sembang. please respond yer Isabelle.
  3. Hanz - tak sempat juga nak carikan kopiah
  4. Rossizam & mama erfan - ni pun sama, kes tak sempat nak carikan hadiah lagi
  5. Sya, watie aziz & haiza - sama lah juga kes tak sempat cari hadiah..


Untuk no 4 & 5, memandangkan ibu tak sempat carikan hadiah, jadi ibu berhajat nak poskan 'goodies bag' jer, yang berisi kuih2 raya... definitely buatan ibu lah. Tak tau lah sedap ker tak.. Insya Allah, nanti dah siap koleksi kuih raya nya, akan ibu kirimkan. Tolong bagi masa sket yer.. *terloncat2 rasanya nak buat kuih raya dengan anis & aliya *
:))




Dalam n3 yang lepas, ibu ade mentioned tentang kiriman yang ibu belum ambil di pusat poslaju. Alhamdulillah, ini lah hadiah baju raya untuk anak2 dari salah seorang kenalan blog ibu. Terima kasih N. Dia tak izinkan ibu disclosed nama dia. Jadi cukuplah ibu letakkan nama pangkalnya ajer.



Terima kasih sangat2.. anis dan aliya suka sangat dengan baju tu. Ibu doakan semoga Allah murahkan rezeki N.. memang ibu gembira tengok telatah anak-anak tatkala dapat baju baru.




Ini pula hidangan berbuka puasa pada Ramadhan ke 26 bersamaan 16 Sept 2009. Dah akhir-akhir ni jadi malas pula nak memasak.


hari yang ke 27 Ramadhan, ibu lupa nak snap foto jadi memang ibu tak ingat apa kah yang ibu dah masak pada hari tersebut. Tu lah, rasanya hari tu macam kelam-kabut sikit. Tau-tau jer MB perak dah baca doa di corong radio.



Hari ke 28 Ramadhan, ibu masak asam pedas ikan sardin. Dah lama tak masak asam pedas. hari tu ibu makan memang berkali2 lah bertambah.




lepas isyak le baru layan nasi & asam pedas. Berbuka tu makan burger ringkas (ringkas le sebab takde daun salad dan timun).. memang sungguh tidak menaikkan selera, tapi hentam jer lah, dah itu jer bahan yang ade dlm petiais.
Malam tu, paklang E sekeluarga sampai. Meriah lah rumah kami dengan telatah 2 lagi anak kecil. Fikri memang suka lah sangat sebab dia ade kawan.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

9 kawan ibu yang hebat:

♥MAMASYAZA♥ said...

selamat hari raya kak yong...su pun tak sempat nak update blog sempena hari raya ni..sibuk...balik umah aje dah letih giler..lewat mlm laks tu..apapun cantik baju aliya n anis..

Unknown said...

su,
selamat hari raya su..
dah nama hari raya, mcm2 aktiviti kan.. nak layan tetamu, nak ziarah sedara mara lagi.. lebih laju bila kena travel, balik rumah pun dah flat.. trak sempat nak buat apa pun..

♥cybermummy♥ said...

Selamat Hari Raya kak yong ..

Saya dulu suka makan ikan tongkol . Lagi2 kalau ikan tongkol masak kicap tapi sekarang saya dah tak leh makan lak ikan tu . Kalau makan mesti dalam mulut saya rasa gatal2 .Sekarang saya masak untuk anak2 dan suami je lah . Saya hanya boleh tengok dan telan air liur je . Baju anis dan aliya sweet sangat . Mewah rezeki anak2 kak yong dapat baju baru untuk Raya walaupun kak yong tak berkesempatan nak belikan for them .
Itu lah yang org kata rezeki Allah . :D

Zuraimah Ismail said...

kakyong, selamat hari raya....terima kasih atas hagiah itu..x dan nak amik gambar...sudah ku serbat pakai semuanya...:)

Eta LaZiM said...

WAAAHHH!! Sempat jer dia Update Blog yer....

ALoNa CintamaniszLite said...

Dah abes catatan Ramadhan..bila pulak nak wat catatan Syawal? heheh

Ummu Mishkah said...

huh..
terliur tengok singgang tu.. terus rasa nak makan! cicah budu sedapppp! Nak kena mintak bro joe cari ikan tongkol ni... terus rasa nak makan!

Che Mah said...

Salam Aidilfitri untuk Kak Yong sekeluarga.... saya pon tak sempat nak update blog dimusim ari raya ni... baru hari nih sempat ke blog akak.. Salam Lebaran dari Johor

♥cybermummy♥ said...

kak yong bila lah laptop tu nak ok ...
Banyak ni nak tanya .. huhuhu

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .