Thursday, September 24, 2009

Didik anak-anak meRAIkan Ramadhan & Syawal

**STICKY**
N3 yang baru, sila scroll ke bawah yer..
Salam buat semua kawan2 ibu,
masih ingat kah lagi, waktu kita kecik2 dulu, pada waktu usia berapakah agaknya kita mula sedar kewujudan Ramadhan & Syawal? Camaner agaknya kalian boleh 'berkenalan' dan akhirnya 'jatuh cinta' dengan Ramadhan & Syawal? Waktu zaman anak-anak, kita sangat2 'cinta' dengan Syawal, sebab Syawal mengundang 1001 kegembiraan untuk jiwa anak2.. bukan setakat baju baru, tapi tangan yang berinai merah (dedulu masa zaman kakyong, tiap kali raya mesti berinai, sekarang ni dah tak sangat), yang best sekali sebab dapat duit raya. ;;)
Kini, setelah bergelar ibu & bapa, camana pulak kalian mengajar anak2 berkenalan dengan Ramadhan & Syawal.. Anak2 seusia fikri kenal sangat dengan Syawal, mungkin Syawal lebih 'ramah' berbanding Ramadhan.. jadi kalian pasti punya tips/cara/kaedah/modus untuk mendidik@asuh anak2 untuk berkenalan dengan Ramadhan dan Syawal, mari kongsikan bersama. Selain tu ceritakan lah juga kesah2 lucu/manis/sedih Ramadhan & Syawal kalian bersama anak2. JIka ada foto2 yang sesuai.. silalah tepek sekali.

heheh.. kakyong nak umumkan, kakyong buat giveaway pulak, join host dengan Anakku sayang. Entri yang kreatif dengan panduan/kaedah/modus/tips yang praktikal akan dipilih sebagai pemenang.:D
untuk tahu lebih lanjut, syarat2 dan hadiah yang bakal dimenangi, sila klik banner ini.
giveaway anakkusayang
Bila dah siap entri, sila tinggalkan link entri anda di Anakku Sayang dan juga di entri ini ya. Hadiah dari kakyong adalah ... RAHSIA.. ;;) Kalian ada masa mulai hari ini 24 Ogos sehingga 23 Sept 2009.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

n3 Giveaway Ramadhan Syawal & Anak-anak

**STICKY**
n3 baru sila scroll ke bawah ya
Entri ini ibu khususkan untuk kompilasikan semua n3 peserta bagi Giveaway Ramadhan Syawal & anak2.. kawan2 ibu, sila lah jengah.. mana tahu ade perkongsian yang dapat memberi manafaat.
  1. Asmieyra
  2. Fizah
  3. Suhana Shahril
  4. Anamarza
  5. Mommy Lyna MySuperKids
  6. Sitisifir Supernova
  7. UmmiKhayra




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, September 23, 2009

Salam Aidil Fitri - kadraya untuk semua

**STICKY**

new N3.. sila scroll ke bawah ya

Buat semua kawan ibu & pengunjung blog Catatan Ibu.. sudilah menerima kad ucapan maya ini. Tanda ingatan dari ibu buat semua.

Ini pula kad raya ibu terima daripada kawan2 ibu.. Terima kasih.. semoga bergembira di hari raya... & berhati2 dalam perjalanan...


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, September 22, 2009

Habiskan catatan Ramadhan

Salam lebaran buat semua kawan-kawan ibu,

3 hari sudah ibu tidak berkesempatan untuk menjenguk blog. Memang banyak n3 yang ingin dikemaskini, tetapi apa kan daya, masa sungguh terhad. Biasalah kan, semua pun pasti sibuk beberapa hari menjelang hari raya dan juga beberapa hari pula di awal syawal. Asalnya ibu plan nak buat schedule n3.. tapi tak berpeluang langsung nak online.. hehehe...

Memandang ibu belum habis lagi memuatkan kesah catatan Ramadhan tahun ni. Maka sehari dua ni ibu akan habiskan dulu catatan Ramadhan dan Insya Allah akan disusuli pula dengan kesah raya kami sekeluarga.

Ini adalah lauk berbuka puasa pada 24 Ramadhan 1430H. Ikan tongkol masak singgang. Anak-anak suka sangat. Ibu pun dah lama tak masak ikan singgang. Dulu masa tahun 1980'an, makbonda selalu masak ikan singgang.. masa tu kami tinggal di KT.

Ibu sebenarnya terlupa nak insertkan foto masakan ini pada catatan lepas day 22, 23,24 & 25.



Foto Aliya bertudung kuning ni adalah pada malam ibu tengah siapkan kiriman untuk 5 orang pemenang. Ibu sibuk nak kemaskan kiriman Aliya pun sibuk juga nyebuk.


Sibuk dok kuorkan tudung yang ibu dah masukkan dalam 'goodies bag'..


Ibu pun dah lupa tudung kuning untuk saper...



Dah habis Aliya menyebuk, kakak ANis pun jadi QC.. dok check semua sampul.. masukkan dalam kotak.. pastu letak balik atas meja.. tapi gaya tu memang ala2 QC ler... :D

ALhamdulillah, ibu dah poslajukan ke5-5 kiriman ini pada 16 September 2009. Pada 17 September, hari khamis, ibu dah dapat feedback dari 4 orang menyatakan kiriman sudah sampai. Alhamdulillah, cuma dari ibu damia jer yang ibu tak pasti.



Walaubagaimana pun, ibu masih berhutang kiriman hadiah beberapa pemenang ni..
  1. Elizahadi - tak sempat lagi nak carikan tudung.
  2. Isabelle - sila emailkan alamat ya... rasanya dah beberapa kali tinggalkan pesan di kotak komen & juga kotak sembang. please respond yer Isabelle.
  3. Hanz - tak sempat juga nak carikan kopiah
  4. Rossizam & mama erfan - ni pun sama, kes tak sempat nak carikan hadiah lagi
  5. Sya, watie aziz & haiza - sama lah juga kes tak sempat cari hadiah..


Untuk no 4 & 5, memandangkan ibu tak sempat carikan hadiah, jadi ibu berhajat nak poskan 'goodies bag' jer, yang berisi kuih2 raya... definitely buatan ibu lah. Tak tau lah sedap ker tak.. Insya Allah, nanti dah siap koleksi kuih raya nya, akan ibu kirimkan. Tolong bagi masa sket yer.. *terloncat2 rasanya nak buat kuih raya dengan anis & aliya *
:))




Dalam n3 yang lepas, ibu ade mentioned tentang kiriman yang ibu belum ambil di pusat poslaju. Alhamdulillah, ini lah hadiah baju raya untuk anak2 dari salah seorang kenalan blog ibu. Terima kasih N. Dia tak izinkan ibu disclosed nama dia. Jadi cukuplah ibu letakkan nama pangkalnya ajer.



Terima kasih sangat2.. anis dan aliya suka sangat dengan baju tu. Ibu doakan semoga Allah murahkan rezeki N.. memang ibu gembira tengok telatah anak-anak tatkala dapat baju baru.




Ini pula hidangan berbuka puasa pada Ramadhan ke 26 bersamaan 16 Sept 2009. Dah akhir-akhir ni jadi malas pula nak memasak.


hari yang ke 27 Ramadhan, ibu lupa nak snap foto jadi memang ibu tak ingat apa kah yang ibu dah masak pada hari tersebut. Tu lah, rasanya hari tu macam kelam-kabut sikit. Tau-tau jer MB perak dah baca doa di corong radio.



Hari ke 28 Ramadhan, ibu masak asam pedas ikan sardin. Dah lama tak masak asam pedas. hari tu ibu makan memang berkali2 lah bertambah.




lepas isyak le baru layan nasi & asam pedas. Berbuka tu makan burger ringkas (ringkas le sebab takde daun salad dan timun).. memang sungguh tidak menaikkan selera, tapi hentam jer lah, dah itu jer bahan yang ade dlm petiais.
Malam tu, paklang E sekeluarga sampai. Meriah lah rumah kami dengan telatah 2 lagi anak kecil. Fikri memang suka lah sangat sebab dia ade kawan.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, September 18, 2009

kemaskini blog yang ibu follow

18 September 2009.

hari ini ibu berkesempatan untuk meneliti blog-blog yang ibu follow. Memandangkan ibu dah follow maksimum 300 blog, dan definitely kalo ibu nak join contest yang perlu follow blog penganjur contest, akan jadi masalahpada ibu.. yer lah tak leh  nak join kan. Jadi ibu pun buat keputusan untuk STOP follow beberapa blog.

Kriteria blog yang ibu STOP follow adalah :
  1. link Catatan Ibu TIADA di bloglist empunya blog
  2. blog tersebut sudah tidak lagi berkunjung ke blog Catatan Ibu lebih daripada 2 bulan. Puan Google Analytic dah tolong bantu ibu dalam hal ni.
  3. Blog yang sudah tidak update n3 untuk tempoh lebih daripada 2 bulan.
  4. Blog2 yang ibu dah tak berkunjung lebih daripada 2 bulan.



Btw, link blog tersebut (yang ibu STOP follow itu) masih ada di kakyong's bloggerlist. Link blog tetap ada, cuma ibu dah tak follow ajer.


Jadi, jika ada kawan-kawan ibu terperasan tetiba foto profile ibu hilang daripada list follower anda, harap maklum lah yer, berkemungkinan besar anda tergolong dalam salah satu kriteria di atas.


Untuk blog yang ibu dah tak berkunjung lebih daripada 2 bulan, berkemungkinan besar anda tidak tinggalkan pesan di mana2 kotak komen atau pun di kotak sembang, kerana itu lah ibu tak balas ziarah.

Btw, projek kemaskini ini akan memakan masa. Berpinau2 juga mata ibu nak meneliti nya.. :))











kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Ramadhan 1430H : Day 22, 23 , 24 & 25


Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini
Catatan Ramadhan
hari ke 22, sabtu, 12 September 2009
hari itu ibu mula ber'cuti' syar'ie.. namun walaupun bercuti ibu tetap seperti orang yang berpuasa juga.. cuma ibu boleh minum air.. LOL.. btw, hari tu ibu memang tak begitu sihat,. terbaring jer.. sampai en ayah pun risau. Nak masak pun malas.
Dipendekkan cerita, petang itu kami berbuka di rumah makteh Ani dengan makbonda dan pakcik A'am. Makteh Ani tinggal di Puncak Jelapang Maju. Kami datang bawa bekal keateow yang belum masak. Bertolak dari rumah pukul 6 petang, 6.45 baru sampai sebab banyak lah pulak tempat singgahan, dicampur dengan keadaan jalan yang agak sesak.
Sampai jer rumah makteh Ani, ibu terus memulakan operasi memasak keateow goreng. Bahan2 nya semua telah ibu siapkan dirumah. Sotong, udang dan kerang rebus, taugeh, kucai.. semua lah bahan2 memang dah siap, tunggu nak tumis jer. Dapur rumah makteh Ani plak, apinya kecik jer.. tak leh nak kuat dah.. so dalam 25 minit akhirnya siap lah juga.. Makteh Ani plak masak nasi goreng. Maka menu hari itu adalah nasi goreng & keateow goreng 2 bungkus. Hampir licin juga keateow ibu.. oppsss, ibu langsung tak ingat nak snap foto.. bukan tak ingat, tapi ibu tak cukup tangan sebab nak suap Aliya makan & melayan kerenah nya yang tetiba over excited.

Malam itu juga ibu dapat sms dari makNgah miela, bahwa ibu menang contest mana yang nampak lebih sedap.. terima kasih Miszmama. Insya Allah, ikut kata Miszmama hadiah sudah di pos, jadi ibu tunggu jer lah sehari dua ni. Alhamdulillah.
hari ke 23, Ahad, 13 September 2009
hari ini en ayah berbuka di Ulu Kinta. Plan asalnya en ayah nak berbuka di surau Ulu Kinta & en ayah bawa Anis sekali ke sana. Tapi Anis buat perangai, asyik melekat jer dengan ayah.. tak leh nak ditinggalkan.. sudahnya en ayah berbuka di rumah ibu mertuaku. Ibu plak.. ibu kat rumah jer,, ibu kan tengah ber'coti'.. jadi penyakit M nak memasak tu terus bermaharajalela.. tapi hari tu ibu memang ade projek. Nak siapkan sedikit buahtangan untuk pemenang contest.

ini asalnya adalah kuih gunting tapi telah dimodenkan menjadi versi mesin.. tak main lah gunting2 ni.. pukul berapa nak siap kalo digunting... senang jer nak buat nih.. cuma malas nak menguli jer.. resepi nya ade beberapa versi.. nanti ibu sharekan di sini.. ibu sekarang ni dalam proses nak mengumpul semua masakan simple ibu.. yer lah dah setahun ibu dok rumah.. dok koje kat dapur jer. Tu la ibu fikir nak simpan lah koleksi masakan ibu. Lain kali kalo ibu stuck tak tau nak masak apa, ibu boleh lah rujuk. Ibu compile pun untuk syok2 sendiri jer.. yer lah berbanding chef2 ternama & memang terer masak, masakan ibu ni apa lah kelas nyer. Biasa jer.. macam kata MakNgah dalam iklan ribena tu. ;)

kalo ikut timing biasa ibu, dalam 1 jam ke 1 1/2 jam dah boleh siap.. tapi disebabkan ibu harus berkuntao dengan aliya.. maka, berjam2 lah jadinya. IBu mula menguli jam 6 petang. Baru separuh jalan menguli, dah Aliya melalak-melolong.. *sajer je tu tak nak bagi ibu dok dapur*.. pastu malam tu pukul 8, ibu habiskan proses menguli. baru jer ibu nak mesin sikit, dah Aliya buat perangai lagi... sampai lah en ayah balik rumah pukul 10 malam, baru lah ibu dapat sambung semula. Memang Aliya on & off dok buat perangai.. akhirnya hampir jam 1 pagi baru selesai memasak & mengemas. Ya Allah, kalo macam ni ler gayer nya.. camner lah ibu nak buat kuih raya ni.
hari ke 24, isnin 14 Sept 2009
Hari ni pun ibu tak masak lauk, hanya masak nasi jer. en ayah beli sup kat pasar Ramadhan. Jiran sebelah bagi popia sepiring. Makcik bibah, jiran rumah 2 tingkat bagi bihun goreng.. membalas mee goreng yang kami beri pada minggu lepas.


Sebenarnya ibu kurang gemar sket makan sup daging ni.. ibu lebih suka sup ayam.. sebabnya sup daging ni mengumpul lemak jahat. Lemak jahat ni lah nanti yang akan berkumpul dalam darah.. yang boleh buat pembuluh darah 'bersalji tebal'.. bahaya kolestrol.

nampak tak lemak2 yang membeku tu.. tu ler yang bahaya tu.. letih jugak lah ibu 'mengutip' nyer.. dapat le sebekas kecil lemak2 jahat ni.. hati2 ya kawan2 bila makan sup daging, sup tulang, sup ekor.. masa makan memang sedap.. tapi untuk jangka masa panjang memang tak baik untuk kesihatan.

ibu ade kiriman yang belum diambil dari Poslaju *belum diambil pada 14 September, tetapi sudah diambil saat n3 ini di taip*, apa kah kiriman ini. Nanti ibu update di n3 yang akan datang. Sorry note dari Poslaju ni ibu terima pada hari Jumaat lepas, hari tu kan ibu telah ke Kuala Kangsar, jadi kat rumah takde sesapa yang terima kiriman tersebut.
Ibu tahu sekarang ni ramai yang sudah mula bercuti, dan mungkin ramai juga yang tidak lagi menjengah blog, tapi ibu tetap update juga.. nanti terlalu banyak pulak catatan yang ibu tertinggal dan terhutang.
Untuk kawan2 ibu yang pulang ke kampung, ibu doakan semoga selamat dalam perjalanan.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan 1430H : Day 18, 19 & 20

Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini

Catatan Ramadhan

hari ke 18, Selasa, 8 Sept 2009

hari ke 18 berpuasa, sebaik balik dari meniaga en ayah telah memulakan operasi membuat 'coleslaw'... selalu pun memang en ayah yang buat.. nak harap ibu buat 'coleslaw'.. memang tak de nyer.. resepi & cara2 buat pun actually en ayah belajar melalui merancangan tv, tak silap di tv8,.. 'cook in 30 minutes', tak silap lah nama program tu.. program tu tahun lepas (2008), tahun ni tak perasan lah pulak ade ke tak lagi..

ni masa ayah tengah dok sagat kobis.. si aliya sebuk nak nolong juga.. sudahnyer ayah buat kerja kat dapur sorang-sorang.. ibu plak masa tu tengok sibuk melayan tenet.. hahahaa... so kerja2 selebihnya ibu takde lah amik foto.. Insya Allah, lain kali kalo en ayah buat 'coleslaw' lagi, ibu akan kongsikan cara nak membuatnya.

petang tu kami berbuka dengan sandwich istimewa... ibu 1st time makan loaf daging ayam ni.. tak reti makan sebenornya.. ingatkan kena rebus ker.. masak atas pan ker.. rupenya lapiskan jer dalam sandwich.

tapi ibu masak lah juga nasi & masak sotong campur dengan karet & lada benggala. Setiap hari mesti masak yang berkuah, baru anak2 nak makan banyak. Kalo takde yang berkuah atau ala2 bersup, memang sikit jer depa makan.

Rojak buah tu jiran sebelah yang beri.. sedap.. ade mangga, ada jambu batu, ade nenas, ade jambu air, ade sengkuang... dari berbuka hinggalah menginjak ke lewat malam, berdikit-dikit ibu kudap2 kan.. tau2 jer dah licin.. memang sedap. Ibu ingat nanti ibu nak buat kuah rojak, nanti time raya masa adik-beradik berkumpul, boleh lah layan rojak buah.

ni lagi menu pada hari ke 18 tu.. ikan kembung tu ibu bakar dalam pan jer.. lumur garam & kunyit jer.. pastu ricih sket daun kunyit.. nak amik bau wangi tu jer.. dan sudah tentu air asam. Ibu punya ni simple jer.. ibu hanya letak tomato, bawang & cili masak + cili api.. pastu siram dengan budu & perah limau kasturi.

ini pula aktiviti anak2 di waktu tengahari.. dah lama ibu tak snap foto anak2 belajar.. malas sebenarnya.. kalo aktiviti yang sama tu memang ibu malas nak snap.. anak-anak tengah tengok video di laman kideos. Ibu dapat tahu pasal ni dari blog Anakku Sayang.. laman web video untuk anak-anak. Dengan adanya kideos ni, ibu takde lah nak riso bila bagi fikri tengok video youtube sorang2.. kalo dia nak klik-klik pun memang semua video untuk kanak2 jer.

Foto kedua itu pula adalah lukisan terbaru fikri. Ibu nampak macam dinasour jer.. tapi fikri belum kenal dinasour.. dia cakap dia lukis badak sumbu. Nampak tak yang macam bonggol dibelakang kepala tu, tu la tanduk badak sumbu... heheheee... bagai nak rak ibu ketawa... *teruk betui, patutnya tunjukkan lah yang betul, ni ibu pakat gelak sakan plak*. Tapi ibu dah ajor fikri, tanduk badak kat atas hidung badak sumbu bukan kat badan badak.

hari ke 19, rabu, 9 Sept 2009

menu kami pada hari tu lebih kurang sama jer dengan semalam. Sandwich lagi dan kali ni kami bertukar juadah dengan jiran2. Semalam tu kami test dulu, dah confirm rasa sedap dimakan, baru le berani nak hulur ke rumah jiran.

malam tu anak2 makan ikan panggang lagi.. yang semalam punya 3 ekor jer masak semalam nyer.. abis anak2 kerja kan semuanya. Tapi hari ke 19 ni, ibu panggang ikan cerut.. alah ikan sardin yang kecik2 tu.. lupa lah nak snap foto.. *lupa..tension betui..* kalo tengok macam pulut panggang pun yer....

hari ke 20, khamis, 10 september 2009

Ibu sibuk sungguh hari ni, kemas rumah, dan segala2 nya lah... almaklum lah 11 september tu ibu kena buat lawatan mengejut ke Kolej Islam.

hari tu ibu dah malas tak tau nak masak apa. Bila tanya en ayah, en ayah jawab 'apa-aper jer..' ishh, tensen betui kalo nak pikir menu nak masak ni.. at last pukul 6 petang baru ibu masuk dapur...

Bihun sup yang simple2 jer.. mujur le dalam petiais ade lah baki2 aweh2 yang boleh digunakan.. semuanya serba sedikit.. jadi sup tu ibu masukkan daging, ayam, sotong & udang. Ibu rebus 1 bungkus bihun, hampir nak habis juga lah dikerjakan kami sekeluarga. Memula tu plan nak bagi jiran, tapi dek kerana lewatnya ibu masuk dapur.. maka ngam2 jer masuk waktu sebaik makanan siap dihidangkan.

pagi tu ibu bersahur dengan baki bihun sup, dah malas nak masak time sahur, lagipun sorang jer nak makan.. tengok aksi aliya makan bihun sup... hihiiii


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan 1430H : Day 16 & 17

Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini Catatan Ramadhan

hari ke 16, Ahad, 6 September 2009

Hari itu ibu masak kari ikan.. actually resepi ikut apa jer bahan yang ade dalam petiais. Buah tomato dah habis, tapi en ayah dah malas nak kuor, jadi ibu guna asam keping lah untuk masak kari kali ni. Yang tak bestnya, ibu terlebih boh halba campur.. banyak benor rasanya biji sawi.. sampai terasa pahitnya... Udang tu pula, bakar atas pan jer.. konon2 nak masak ala2 BBQ gitu..

Anis yang sibuk sangat nak buat kek.. hari tu abang fikri yang sibuk buat kek.. hari ni Anis lah pulak...

Tak tau naper lah hari tu fikri langsung tak mo di ambil foto.. marah sangat bila ibu snap juga foto dia...

Pagi tu, Anis pulak yang bangun teman kan ibu bersahur.. Anis bersahur nasi, telur goreng & kicap jer... sungguh malas ibu nak masak untuk bersahur ni.. sian Anis sebab gulai kari baki malam tadi ibu dah habiskan....

hari ke 17, Isnin, 7 September 2009

Takde mood nak makan nasi jadi kami berbuka dengan roti ajer.. berulamkan sosej masak telur dan sambal sardin tin.

ni le bakinya setelah di'kerja'kan ibu & ayah.. memang berselera walaupun hanya roti, ditambah lagi dapat minum air teh panas. Kuih itu pula dari jannah, tak tahu kuih apa.. tapi rasanya seperti kelapa parut yang dikisar halus dan dicampur dengan tepung pulut (rasanya lah) & kemudian diuli dan dibentukkan berpintal2, dan digoreng lalu disira dengan gula kastor, ala2 seperti donut gitu. Sungguh sedap... *pun masih tidak berkesempatan untuk bertanya jannah, resepi untuk buat kuih ini*

Aliya suka sandwich sardin.. dia bukan nyer makan roti.. tapi isap & makan isi sardin tu je..

hari ke 17 tu, fikri demam.. dari tengahari dia mengadu badan panas.. memang betul panas badan nya. Dah lama fikri tak demam, ibu pun tak ingat bila kah kali terakhir fikri demam.. bila ibu dah lap badan abang fikri, dia rasa okay.. dia ligat pulak main.. langsung tak macam orang demam. Petang tu ayah beli air cap badak & kortal..

Ini lah air cap badak tu.. ini memang keluaran & produk orang Islam. Kilang nyer dekat jer dengan tempat kami. Dulu business partner ibu pernah juga bagi service perundingan kat syarikat ini. Alhamdulillah, dari malam tu hingga ke esok paginya fikri minum. Bangun pagi tu dah sihat macam biasa. Ibu risau juga sebenarnya.. rupanya nak tau sebab apa demam.. sebab abang fikri malas mandi.. kadang2 dia mandi sehari sekali jer.. dari bangun pagi sampai tengahri jenuh lah nak suruh mandi. Dah lepas dari demam ni, pagi2 terus masuk bilik air.. tak payah dah ibu nak kena jadi 'tarzan' semata2 nak suruh abang fikri mandi.

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, September 14, 2009

Alhamdulillah syukur nikmat

salam buat semua kawan ibu,

Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujung nya... semasa blogwalking ibu perasan ramai kawan2 ibu yang sudah siap dengan persiapan raya.. shoping baju2 raya anak2 dan juga persiapan kuih raya. Ada juga yang awal2 sudah siap untuk bercuti balik kampung.

Alhamdulillah, setelah 3 kali berhari raya bersama en ayah tak pernah lagi kami bertekak nak balik mana dulu.. takde sebab pun nak buat turn balik kampung... sebabnya orangtua kami berdua memang dua2 berada di Ipoh.. bukan lah jauh mana.. rumah makbonda hanya dalam 5-6 minit pejalanan berjalan kaki. *tersangat lah dekat, tapi kalo tengah panas tu berpeluh2 lah juger* Rumah ibuayah mertuaku pula hanya 15-20 minit berkereta, itu pun tengok juga kesesakan jalanraya.. kalo jalan tak sesak 15 minit memang dah boleh sampai.

Sebenarnya, ibu buat n3 ni sebab nak beritahu.. ibu menang contest Yang mana nampak lebih sedap..

Terima kasih Miszmama kerana telah memilih nasi goreng belacan cili api ibu.

Dan untuk hari raya nanti.. ini lah antara rezeki anak2...

gaun tu memang nampak besar & menggelebeh sket bila Aliya pakai.. Insya Allah, sehari dua ni ibu akan memulakan proses untuk mengecilkan nya.. banyak yang perlu dibuat dalam beberapa hari ni... nak buat kuih raya, nak mengemas lagi... sempat ker...

tengok lah.. kan main seronok lagi ANis dapat baju kurung baru.. ini adalah baju kurung Anis yang pertama.. sebab apa ibu cakap yang pertama.. sebab yang ini complete baju & kain.. baju kurung yang selalu Anis pakai untuk tidur yang merah tu, makbonda @ opah cuma buat bajunyer ajer.. kainnyer tak ade.

Makteh Ani ade juga buatkan baju kurung untuk Aliya, tapi belum siap lagi.. nanti raya lah baru ibu leh tepek Aliya bergaya dengan baju kurung raya.

Fikri juga ade baju raya, baju melayu warna merah.. ni kachik yang belikan untuk abang fikri. Fikri tak sempat lagi pose dengan baju melayu baru.. sebab ibu belum kecikkan seluarnya. Makteh Ani pun ade belikan baju melayu warna hijau tua untuk fikri. Makteh siap hadiahkan sampin kecik yang abang mamat punya dulu.. tak tau lah fikri nak pakai ke tak sampin.. fikri ni payah sikit bab2 nak bergaya ni. Alhamdulillah, fikri dapat 2 baju melayu.

SEbenarnya, tahun ini ibu memang merasa agak terkilan sebab tak dapat nak membeli baju baru untuk anak-anak.. boleh kata sejak ibu tak bekerja ni memang anak2 tak berganti baju baru... masa awal Ramadhan tu ibu rasa tertekan juga.. puas juga memujuk hati.. puas juga merenung diri.. Alhamdulillah, setelah Ramadhan hampir nak mengundur diri, hati ibu juga terasa terubat... ibu belajar untuk terima semua ni sebagai naikturun kitaran kehidupan.. tak apa lah jika ibu tak dapat nak meRaIkan anak2 dengan pakaian baru.. namun ade juga 'tangan2' yang telah Allah kirimkan untuk membahagiakan hati ibu.. terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana meringankan beban di hati ku.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, September 13, 2009

Di sini kisah coklat ku bermula

.
hari tu dah masuk satu n3.. ibu letak foto anis yang comot bermalasan makan coklat sambil baring.

Kali ini foto Aliya pulak. tapi aliya tak cukup berlemus makan coklat.. makan sopan sangat... cuba lagi bagi comot2 sikit.. tapi sebab angin ibu memang nak juga masukkan foto ALiya untuk contest ni.

Malam ini pada jam 11.59 malam contest ini akan ditutup.

kalo rasa sempat lagi, meh lah join contest anjuran sitisifir supernova & coklathalal, sila klik pada banner di bawah.


Hadiah adalah ditaja oleh http://coklathalal.com

Hadiah pertama :
Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate


Hadiah tempat kedua : Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, September 11, 2009

Ramadhan 1430H : Day 21

Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini Catatan Ramadhan

Ibu berhutang n3 bagi Catatan Ramadhan Day 16 - Day 20. Insya ALlah, akan di'bayar' pada n3 yang selepas ini.

Hari ini 11 September 2009, Jumaat hari ke 21 berpuasa.

Pagi ni Aliya ikut ibu work. Kakak Anis & abang fikri tinggal kat rumah makbonda.

Aliya kat mana ni? nanti dah besor leh masuk ngaji sini yer...

Ibu dijemput ke Kuala Kangsar, ke kampus baru Kolej Islam Darul Ridzuan.. untuk buat sedikit review akaun.. sikit jer kojer nyer.. *used to be their consultant.. dulu ler..* .. tak lama mana pun.. sambil tu snap2 foto sekitar kampus sebelum balik.. cantik kampus baru ni.. nampak gaya nyer, kampus ni dah jadi kampus kesayangan Sultan Azlan Shah.

Aliya behave very well semasa ibu tengah dok buat kerja.. tapi banyak kali kerja ibu kena stop sebab Aliya asyik nak nenen jer. Ibu hanya bawa bekal biskut & air masak jer untuk Aliya.

masjid kolej, sudahpun dijadikan masjid untuk solat Jumaat mulai 4 September 2009.. atas titah Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ibu tak sempat nak jengah masuk, tapi ikut kata staff situ, karpet nyer dari Oman (pilihan baginda sultan), kalo berjalan memang leh tenggelam kaki.

Padang hoki ini pun dibina di dalam kawasan kampus.

Cuaca sangat baik petang tu.. ibu perasan lah pulak foto2 yang ibu snap seme lawo2... ahakksss.. angin juga bertiup kuat petang tu. On the way balik, hujan turun lebat selepas kami masuk hi-way.. tapi di Kuala jer hujan.. di Ipoh tak hujan pun. Ibu sampai rumah hampir jam 6.10 petang. Masa tu en ayah tengah ready siap2 kan barang2 untuk masak nasi goreng... hoyay... petang tu ibu tak masak pun...

Sian.. anak-anakku kelaparan.. en ayah cakap lepas amik depa dari rumah makbonda, en ayah cuma bagi depa susu jer.. sorang 2 botol.. en ayah cakap masa amik tu makbonda cakap depa dah makan.. tapi pukul 7.10 tu depa makan, ala2 pelahap lah jugak.. siannyer.. mujur ker sehari jer ibu kuor rumah. Setelah setahun lebih tak kena tinggal, anis punya lah merajuk sebab kena tinggal dengan ibu. Masa ibu balik, tak nak cakap dengan ibu pun, siap jeling2, pastu diam buat muka merajuk. Jenuh la ibu memujuk, peluk2, cium2 baru lah okay.

Lepas maghrib tadi... ade pulak kambing hitam datang ziarah kami... aduhaiiii, busuk nyer bau kambing tu.. tak tahan ibu dibuatnya.. nak snap foto punya pasal, terpaksalah tahan hidung.

Sekian lah cerita serba ringkas hari ini.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .