Monday, May 31, 2010

Home » » CD pun macam DD juga.. ada jenama, mutu & harga tersendiri

CD pun macam DD juga.. ada jenama, mutu & harga tersendiri

.
Salam hari Isnin buat semua..

Hari ini ibu cuba untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan cloth diaper ni.. actually ramai juga yang bertanya soalan-soalan2 ni.


24 May 10, 20:28










suhana shahril: kakyong,ritu ada tgk siaran nasi lemak kopi o,Lunatots promo brgan dia. Nak tanya lah, kenapa ada setgh CD reganya hampir mencecah RM50, ada plak yg jual dlm RM15-25 jer.Ada beza ker?

24 May 10, 20:29










suhana shahril: Dok tgk ada byk jenama dlm pasaran tp rega berbeza2,bole tak dpt penerangan serba ringkas ke kakyong ada tulih n3 psl ni tp ana terlepas pandang


okey, ibu high-lightkan biru-striking  point penting yang ditanya.

Actually, ramai yang bertanya ibu soalan yang sebegini. Jawapan spontan yang boleh ibu beri adalah - macam disposal diapers jugak lah, ade yang murah ade yang mahal.. yang takde jenama @ jenama tesco tentulah murah.. dalam 40 sen jer 1 keping. Jenama macam Mamypoko, Huggies - mahalkan?!! 1 keping boleh jadi RM1++ @ RM2.. sebab apa... tentulah kualiti bahan yang berbeza @ lebih baik & juga sebab jenama. Jenama pun ade harga tau.. boleh diterima ke jawapan ni....??!!!

Ibu ni sebenarnya tak pandai nak ulas dengan terperinci hal ni.. sebab pengalaman ibu dalam bidang cloth-diapers ni baru setahun jagung. Lagipun, ibu hanya guna cloth-diapers yang murah.. (CD yang dijual below RM30 adalah dalam kategori murah, okeh.. semua orang mampu-beli)). Belum pernah lagi mencuba CD yang kategori premium mampu-beli (range harga RM40-50), apatah lagi kategori eksklusif mewah (range harga RM50 keatas). 

Oppss, sila ambil perhatian kategori tu hanya definisi ibu ya.. orang lain punya definisi mungkin berbeza.. tengok poket masing2 lah yer.. Ibu ni kategori ibu-SAHM-yang-masih-berusaha-mengupgradekan-diri-menjadi-WAHM. Jadi, poket ibu masih 'kempis'.. kalo mencari baju pun, seme di deretan gerai pasar malam lagi.. 

Walaubagaimanapun, ibu cuba untuk memberi sedikit panduan untuk ibu2 yang belum ber'CD' tetapi berhajat nak ber'CD' & tak tahu pula nak bermula dari mana. Btw, please ya.. ibu pun masih lagi dalam tahap-belajar pasal CD ni, jadi penerangan ini mungkin tidak lengkap.


1. Ukur poket sendiri.

Dengan bahasa mudahnya, jika anda biasa DD kan anak anda dengan DD berjenama like Huggies @ Mommypoko.. jadi anda mungkin dalam kategori premium mampu-beli atau mungkin juga kategori eksklusif mewah. So, anda takkan berkira untuk berbelanja membeli CD yang berjenama @ nampak eksklusif. 

Jika anda memang jenis kedukut & sangat berhati2 dengan wang yang anda belanjakan, maka mari lah geng dengan ibu.. kita mulakan dengan CD yang mampu-beli dulu. 


2. Buat research tentang cloth diaper.

Macam yang ibu pernah mentioned dalam post/n3 yang INI
Jadi, pada yang baru2 nak menjebakkan diri dengan cloth diaper ni, sila buat kajian @ study @ research terlebih dulu ya.Bukan apa, ada baiknya cari ILMU tu dulu, supaya nanti tidak lah kita berada dalam kumpulan yang 'suka2 nak ikut2 orang, hanya kerana orang lain berCD, maka kita pun sibuk nak ber'CD'.

Macam mana nak mulakan research?

1. Boleh mulakan dengan mengenali material yang digunakan untuk membuat CD.

2. Kenali jenama CD. Sila juga ambil tahu jenama tertentu datang dari tempat berbeza, jenama murah seperti Coolababy/babyland/Rainbow BB adalah dari negara China, yang mahal2 harga lebih RM50-100 boleh jadi berasal dari negara Eropah/US. 

3. Kenali jenis CD - jenis poket ada yang berbutton & velcro. Ada yang jenis AIO (all-in-one) - insert sudah dijahit sekali. Cuba biasakan dengan term2 CD - button, velcro, AIO ini.

4. Kenali jenis insert, insert pun ada macam2 tau.. link ini mungkin menbantu.. sila klik type of insert
Sila membiasakan diri dengan term seperti mikrofiber, fleece, bamboo, hemp, cotton dsb. 

Bila dah kenal jenis2 CD & jenama.. jadi tentu dah boleh buat keputusan nak guna CD jenama apa.


3. Baca review tentang CD

Review CD ni boleh dalam pelbagai.. mungkin pro & con sesuatu jenama CD. Mungkin juga cara penjagaan, cara untuk menggunakan,  dsb. Anda boleh google jer dengan key-word 'cloth diapers review'. Macam2 yang kalian akan jumpa, so masing2 dah besor kan, dah jadi mak2 orang.. so sila buat penilaian & judgement sendiri, sambil minta pandangan kawan2 yang sudah otai ber'CD'.

Ibu selalu menjadi 2 orang kawan blog ibu ni sebagai inspirasi.. walau depa berdua ni tak sama kelas/kategori ber'CD' dengan ibu.. nak tahu lanjut.. sila ke blog ibu2 ni yang kedua2 nya memang hardcore on green-living-parenting... sila klik nama depa ya .. NAD & HANZ..
'


4. Kenali tempat anda ingin berbelanja

Ada banyak kedai online.. so, sebagai langkah bijak.. buatlah perbandingan harga. Banding harga ikut jenama yang sama tau. Jika ingin bermula dengan jenama Coolababy, maka search kedai online yang jual CD Coolababy. Coolababy pun ade bermacam jenis. Kalian akan jumpa lain kedai, lain harga nya.. walaupun ia jenis yang sama. Kenapa? boleh jadi harga tersebut sudah termasuk harga pos.. boleh jadi juga, empunya kedai mendapat stock pada harga kos yang sedikit mahal. Untuk belian yang berbaloi.. pilih lah belian pakej. 


Untuk menjawab pertanyaan Ana, kenapa ade yang dijual pada harga RM15-25
  • boleh jadi ia adalah CD preloved (sudah pakai, bukan baru)
  • boleh jadi juga ia CD jahitan sendiri yang perlu kepada CD-cover (seluar-getah), sebab dibuat daripada kain flannel/cotton yang kalis air @ boleh bocor.
  • bolej jadi juga CD jenama murah yang empunya kedai online mendapatkannya pada harga kos yang sangat2 murah. eg beli 500 pcs dapat harga dalam belasan ringgit. 

Jika anda masih tak puashati dengan penjelasan ini, sila lah bertanya soalan ya.. nanti ibu cuba jawab.. 





Create your own banner at mybannermaker.com!
akhir kata, jemput lah ke kedai ibu.. 





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (23)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
mmm ye lar yg penting ikut poket kan..mgkn ble cuba Cd yg pelbagai rege n bandingkan kualitinya tul tak kak yong
My recent post jom tgk wayang
3 replies · active 773 weeks ago
azzul @ liza,
yup betui tu.. ikut kemampuan sendiri..
dah beli & dah guna baru tahu baik buruk berCD nih.
liza.
ya betui.. kalo tak coba mana nak tahu.. kan...
azzul @ liza,
ya betui.. kena cuba baru tahu.. ;)
UmmiKhayra's avatar

UmmiKhayra · 773 weeks ago

nini memang tengah kumpul2 info pasal CD nih.. heheheh ada la jugak hajat di hati ni nak tukar ke CD.. tp tkt ilmu tak cukup... :) Thanks kak yong atas info ni.
1 reply · active 773 weeks ago
Nini,
kakyong pun baru belajar.. byk lagi kena update..
it's a non-stop learning.. even dlm apa hal sekalipun
salam kak yong,
saya pernah beli CD yang murah dan yang mahal.. Memang ada perbezaan, betul la Kak Yong tulis tu, apa2 pun tengok RM dan sebenarnya kene cuba dulu beli yang harga berpatutan dan buat perbandingan..
Atau pun beli yang preloved CD.. yealah takan nak invest pada CD yg kita tak tahu dan tak kenal..
CD pun ikut kesesuaian pada bayi,ada bayi peha besar, ada yang kecil.. survey..survey dan survey.. dan baca review orang..
Terima kasih kak yong bagi link...

Dalam proses nak let go my CD yang dah kecik untuk sarah
My recent post Testing one two three....
1 reply · active 773 weeks ago
nadnye,

betui tu, kena selalu survey.. kakyong pun masih On & OFF survey pasal CD..
kdg2 bila tgk CD mahal ni.. mcm teringin.. tp kena tunggu dulu ler.. sbb duit yg ada utk pusing modal bsness.. kalo guna, camno nak pusing modal.. hihii
hehe banyak nyer kene planning..
pening kepala ni
My recent post Tingkatkan backlink dengan DoFollow
1 reply · active 773 weeks ago
syarizal,
x per, cari bakal ibunya dulu..
nanti the rest (psal cloth diapers) bakal-ibu boleh buat research & buat proposal pd you... ;)
Salam Kakyong & kengkawan..

Skarang ni, mycheekyboo.com...tengah buat sales..boley ushar..pastu ada 2 giveaway skarang ni boleh dapat CD, gi clothdiapermalaysia.com & satu lagi http://www.mummysreviews.com pun tengah buat giveaway dapat CD.

Iklan sikit..me ada preloved cd to let go.Sila ke blogshop me ya..Kakyong, thanks for linking my post here...
My recent post Free Photobook from Kedai Gambar Kami? I loooikkeess!!!
2 replies · active 773 weeks ago
hanz,
kakyong memang suka baca post hanz pasal CD,..
walau kakyong tak mampu beli CD yg mcm hanz..
tp suka nak amik tahu...
hnaz,
thanks for the GA info.. nanti nak join lah... heheh.. cuba nasib...
kalo dpt.. alangkah best nya.. CD mahal tu...
cybermummy@shikeen's avatar

cybermummy@shikeen · 773 weeks ago

ukur berapa dalam pocket tu kan kak yong . Baru lah beli apa yg termampu :-D
1 reply · active 773 weeks ago
shikeen,
ya betui.. nak berCD ni kena lah beli yg mampu.. kalo mampu beli DD mahal.. takat nak beli CD murah, apa lah sangat... CD murah pun tetap berkualiti..
Oh, ya. Satu lg nak tanya kakyong.kalo dulu2 masa Aqilah Ana guna kain napkin sbb aqilah kan kecik masa lahir,xdak DD yg saiz kecik + dia kerap berak.So,bila tetiap kali dia berak (sori yer ana guna bahasa kasar),ana mmg x basuh pakai sabun basuh baju. Ana pakai sabun mandi. Pastu biar kering. Pastu baru basuh dan bilas cam biasa sbb nak bagi keluar kesan warna tut dia. Kalo pakai CD ni,boleh ke pakai sabun wangi@ sabun mandi?
My recent post Soalan anak ketika sebelum tidur
1 reply · active less than 1 minute ago
Ana,
kakyong pun kdg2 guna juga kaedah yang sama.. terutama kalo kesan yg susah nak tanggal... ;)
lupo nak mention dlm n3 mencuci CD tu...
dedulu mak2 kita guna sabun cap kapak jer buat cuci lampin..
kakyong masa sekolah dulu baju sekolah putih adik2 seme basuh guna sabun mandi..
baru le menten putih bersih... ;)
Thank you very much for ur explanation.Insyallah, ana nk cuba pelan2,mgkn x full time kot,tp at least, dah boleh jimat byk kan.So, duit utk DD boleh guna utk ble stok susu mereka.Nak kasi upgrade skit.
1 reply · active less than 1 minute ago
Ana,
boleh jer start dgn pack percubaan yang 3 pc or 5 pc.. beli yg jual harga pakej lebih jimat.. :D
kakyong dulu masa baru mula pun bukannya terus fulltime.. campur2 juga..
yanpn klu bole cari yg tgh wat sales, yg btul2 murah bru beli... nipun dah lame tak membeli..
stok baru ade 9.. tp mikirkan kat umah MIL pun kene ade stok.. nanti2la beli lg..
1 reply · active less than 1 minute ago
Yan,
jemput la jengah ke kedai kakyong... murah2 juga harga kakyong shoppe.. ;)
yg sebaiknya gitulh...wat dulu prbndingan harga.....kt org pengguna brhemah gitu...
1 reply · active less than 1 minute ago
kak nza,
betui betui betui..

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .