Wednesday, May 26, 2010

Home » » Graduate dah lebih 10 tahun, tapi hutang masih belum langsai

Graduate dah lebih 10 tahun, tapi hutang masih belum langsai

.
Salam petang Rabu semua..

Malam ni ada Roda-roda Kuala Lumpur.. anak2 memang tak pernah miss dengan drama Roda-roda Kuala Lumpur nih. Kalo nampak polsi trafik di jalan, sure jerit kuat2.. 'ibu, roda... roda... ' Bila ibu cakap, 'itu polis trafik lah abang'.. fikri 'bukan. Roda lah tu'

Berbalik pada tajuk entri ni..


... bosan laaa.. dah 10 tahun asyik terima surat ni.. ingatkan dah tukor alamat, xde lah surat ni lagi.. rupanya MARA pun pandai dah, trace guna MyKad..
Imbas kembali leblih 15 tahun yang lepas, MARA ada offer loan tambahan untuk beli lappy. Masa tu lappy mahal weiiihh, so MARA bagi pinjam antara RM5-6k. Tapi ibu tak amik, sebab pada ibu pc di lab komputer masih cukup.. walaupun lab selalu student ramai tapi belum pernah lah sampai ibu tak sempat nak taip assignment.



Ekoran dari offer MARA itu, maka ramailah junior2 ibu yang amik loan dan ibu pula terjebak & telah terJAMIN 4 orang kawan/junior untuk loan lappy itu. Yang tak best tu, 2-3 tahun lepas ibu grad, ibu terima surat dari MARA pasal status loan lappy tu.. Huhhhh, mujur lah hanya penyata.. bukan nya surat suruh penjamin bayor.

Lately ni (3-4 tahun ni), ibu hanya terima 2 surat jer.. agaknya yang 2 orang lagi tu dah habis bayor kot.. gud for them.. cuma yang 2 ni sajer yang masih sampai ke tangan ibu. Surat dalam foto atas tu.. bertahun tak buat payment.. amount hutang masih RM5,000++. Tak tau lah apa masalah dia. Kalo tengok life style nya.. fuhhh.. hebat, leh melancong ke luor negara bagai.. ibu ni dalam Malaysia pun tak habis ronda.

Add caption

Yang dalam foto ini... bagus.. dah semakin aktif membuat payment.. bagus.. hopefully lepas ni tak perlu nak terima surat2 macam ni lagi.

Kalian yang membaca entri ni --> Masih ade study loan yang sengaja pura2 tak mau bayar.. sila lah bayar ya.. bila hutang belajar dah langsai, hidup akan lebih aman., prestasi kerja juga lebih baik. Insya Allah, lebih barakah.. penjamin pun tak susah.. buatnya dapat penjamin yang suka sumpah seranah.. tertempias juga kata2 nya ke dalam hidup kita.


p.s
Alhamdulillah.. loan study ibu dah lama diconvert ke biasiswa.. tapi tak tau lah loan study sekarang ni camana kaedahnya.. masih ade lagi ke peluang untuk convert ke biasiswa..





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .