
Hadiah ni dah sampai pada hari Jumaat 15 Oct 2010. Hari sabtu sibuk di majlis kenduri & meraikan adik yang bermalam di rumah, maka tersimpan lah kiriman ni beberapa hari dalam lemari. hari Selasa baru sempat nak snap foto dan mengeluarkan 'isi perut' nya. Ibu dapat 5 pack ( 1 pack=10 keping detox patch) detox patch jenama D'puteri dan sehelai tudung.
![]() |
Comel tak model Anis menggayakan tudung baru... |
Tudung ni memang sangat sweet.. ibu memang suka lebih2 lagi kalo kalernya biru kelabu silver.. sungguh menepati citarasa. Nur ni macam tau2 jer warna yang ibu suka.
Terima kasih Nur...
p/s
lastly.. nak tunjuk hasil 'kerja' mengedit menggunakan photoshop... tekun bagai nak rak membuatnya.. jenuh dok ulang 3-4 kali.. takut2 terlupa cara2 nak buat.. hahaa... maaf ya.. beberapa hari ni, ibu mengurangkan xtvt BW sebab ibu tengah dok ralit exploring photoshop.
![]() |
masih tak cukup kemas.. perlu lebih teliti.. |
Ada kawan blogger yang request tutorial photoshop.. jadi, ibu harap dapat spesifik nya nak tutorial yang macamana.. ini contoh yang ibu boleh ajar/tunjuk ajar.
1. buat watermark simple
2. buat watermark with logo/photo <<-- syamila ade buat tutorial ni.. nanti ibu cari link nya yer..
3. buat signature simple
4. buat signature with logo/photo
5. edit/crop gambar & buang background gambar
6. buat banner
so, jika nak.. tolong beritahu nak yang mana yer.. kalo ade yang berhajat nak tempah.. ibu caj murah2 jer... **appreciate la sikit kan masa ibu membuat dengan penuh tekun & kasih sayang**


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!