Friday, October 22, 2010

Home » » Prestasi kakyong[dot]com setelah 5 bulan bersiaran dengan domain sendiri

Prestasi kakyong[dot]com setelah 5 bulan bersiaran dengan domain sendiri

salam bahagia

Kali pertama bersiaran dengan domain dot com adalah pada 19 May 2010. Jadi masuk bulan Oktober 2010 ni dah genap 5 bulan lah.. Kali terakhir ibu buat n3 pasal prestasi blog adalah pada n3 ini >> kakyong[dot]com selepas 60 hari bersiaran

1. Ranking
Makan masa juga nak dapat rank below 1juta.. ntah naper, ade satu tahap masa bulan Sept 2010 dah sampai 900k.. ntah camno tah, jatuh balik ke 1.1juta.. at last terus merajuk dengan alexa rank.. malas nak amik port.. tapi sebab nak publish n3 ni, maka gigih jugalah amik tau.. hehehe…

alexa19oct2010
Ranking pada 22 Julai 2010 adalah 1,126,121 dan  kali terakhir ibu capture (sebelum yang ini) adalah pada 21 Aug 2010.. 2 bulan sebelum ni.
alexa21082010
masa Sept 2010, jadi malas nak capture.. sebab figure telah beralih ke angka 1 juta semula… hahaha….

2. Unique visitor
stats19sept-19oct2010
Bagi tempoh:
19 Sept ke 19 Oct 2010 – UV = 4,525
19 Aug ke 19 Sept 2010 – UV = 3,849
19 Jul ke 19 Aug 2010 – UV = 3,557

Secara amnya.. grafnya adalah menaik.. walau tidak la banyak perbezaan.. namun pertambahan UV bermakna blog ini semakin mencapah.. heheh.. ade la berkembang sedikit.. walau tidak pesat. Ade blog yang dapat UV 15k 1 minggu..  jadi blog ibu ni apa lah sangat..

3. Keyword
keyword-19sept-19oct2010
Keyword carian untuk tempoh 19 Sept hingga 19 Oct 2010, tiada yang pelik2.. semuanya memang related dengan blog ibu ni.. memang ade n3 yang berkaitan dengan carian keyword. Hopefully, carian2 itu memberi manafaat.

4. Referral
referral19sept-19oct2010

Boleh kata rekod ni banyak/ramai yang datang dari sesi BW melalui shoutbox.. terima kasih ya pada yang sudi tinggalkan jejak di kotak sembang.. ada masa ibu senang, memang ibu cuba untuk membalas jejak..

Kak yati NB & the gang masih menguasai carta.. memang ngetop sejak dulu.. alangkah bagus jika ibu kenal kawan blogger yang datang dari link kak yati NB.

Mas Ayu – penulis juga ni.. semakin kerap juga ke mari.. terima kasih mas.. dalam sibuk menyiapkan masterpiece masih sempat singgah ke blog ini.

Diikuti oleh syidagorjes (masuk carta dah gorjes ni..), kak erna, Aten10, Ain Rusli, Nur dan Izan Ishak.. 
Ibu capture sampai no 20 jer.. tapi yang betul2 keluor nama hanya 8 orang jer..

Ini nama2 yang ibu sebut ni adalah mereka yang berkunjung ke blog ibu 10 kali dan lebih dalam tempoh 1 bulan ni.

nota :
n3 ni hanya suka2 dibuat untuk kepuasan empunya blog.. sebagai rekod la konon2 blog ni berkembang maju jaya..
n3 ini ditaip & disunting menggunakan WLW (window live writer)... org sibuk2 dok sebut pasal WLW.. jadi ibu nak le juga merasa…




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .