Thursday, December 9, 2010

Home » » Cara tampal banner dengan backlink di sidebar dan edit saiz banner

Cara tampal banner dengan backlink di sidebar dan edit saiz banner

Salam bahagia dan salam ceria,


Rasanya ramai yang tahu cara-cara nak letakkan banner di sidebar.. terutama pada kawan2 yang gigih join contest & giveaway.. Kiranya dah expert dah bab2 masukkan banner dan back link ni..


Ibu kali ni menjawab pertanyaan seorang rakan blogger di Formspring ibu..

masukkan-banner


Kesian plak kat kawan ni kan… kang tak dapat plak nak join GA ibu or mana2 GA lain, gara2 tak dapat nak letakkan banner di sidebar.

Actually ade juga yang bertanya via email, camno nak letakkan banner berserta backlink, terutama blogger newbies. Maka, pepagi buta ni ibu buat tutorial yang agak intensif & comprehensive..

stepnya :


log-in dashboard > design > page elements > add gadget


add-gadget1

antara (1) dan (2).. dua2 pun boleh berfungsi. Thumbs up   klik pada Add a Gadget dan pilih HTML/JavaScript..

add-htmljava

Part di atas ni memang semua dah tahu.. tapi ade juga blogger newbies yang tak tahu.. jadi ibu tunjuk le step dari awal.

Kemudian pergi ke banner yang diinginkan, right klik pada image (banner) dan pilih  >> samada Copy image URL atau Copy image.

copy image

jika tak begitu mahir dengan kod html untuk tampal gambar, better guna “copy image’ jer..

copy image 1

dah klik copy image, kemudian ‘paste’ kan ajer dalam gadget html/javascript ni.

Untuk adjust saiz banner.. klik pada Edit Html.. yang dibulatkan warna biru tu. Dan akan dapat macam ni.

copy image 2

untuk laraskan saiz, masukkan kan kod width="200” , 200 ni hanya contoh jer.. kena tahu lah saiz sidebar blog memasing. Kalo lebar sidebar hanya 180, maka sesuai letak width tu 160.

supaya banner tu nampak berada di tengah2.. tambah kod <center> dan </center>

jika nak letakkan due date @ apa2 sahaja tajuk pada banner.. tambah kod title=”due 31 Dec 2010”

maka kod banner yang baru akan jadi seperti ini :

<center><img src=”http://lh6.ggpht.com/_MGsM4k7cdkU/TOk4JD-IRDI/AAAAAAAALTw/hTn07iGz-Vs/teka%26menang-1.jpg width="200” title=”due 31 Dec 2010” /> </center>

copy image 3

last, proses terakhir adalah untuk masukkan backlink @ url blog @ link website yang berkaitan.

Caranya : Copy link berkaitan dan Klik jer pada ikon yang ade anak panah biru turquois kat gambar atas ni.


copy image 4

Pastikan anda highlight kod banner sebelum klik ikon untuk “create link”

kod banner akan jadi seperti ini :



seterusnya, supaya bila banner diklik , link akan terbuka di tab yang lain.. kita tambah kod target=”_blank”. 


Maka kod banner yang lengkap akan jadi seperti ini :

<center><a href="http://www.kakyong.com/2010/11/ga-teka-menang-ibu3a.html"  target=”_blank” ><img src="http://lh6.ggpht.com/_MGsM4k7cdkU/TOk4JD-IRDI/AAAAAAAALTw/hTn07iGz-Vs/teka%26menang-1.jpg" width="200" title="due 31 Dec 2010" /></a> </center>

Bila sudah puashati, save dan adjust la dimana nak di’position’ kan banner tersebut.


secara ringkasnya :

1. kod width untuk laraskan lebar banner. Takde la banner sampai terkeluor dari garisan & akan nampak lebih kemas.
2. kod title untuk letakkan tajuk atau apa2 sahaja yang anda suka nak taip.
3. kod target untuk pastikan link terbuka di tab yang lain, maka kita masih kekal di page blog kita baca.

Tak complicated kan… mudah jer. Kalo tak faham, pelan2 belajor.. yang dah expert, kita belajor bab lain pulak.

Salam kasih sayang buat semua,

 

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .