Thursday, December 23, 2010

Home » » Mengeluh ke meluah rasa... ntah apa tajuk yang sesuai..

Mengeluh ke meluah rasa... ntah apa tajuk yang sesuai..

Salam bahagia,


Ntah macam mana nak memulakan mukaddimah ini… tidak berhasrat untuk aibkan sesiapa hanya sekadar untuk kambus kan sedikit lubang kaciwa yang semakin mendalam.


Tak faham kenapa lah ade orang yang suka berhutang tapi liat nak bayar hutang. Nak kata bisnes dia tak maju.. hari2 duit masuk.. yer lah meniaga kantin kan, sah2 setiap hari pelanggan ada & tetap pulak tu… sebab orang macam ni, hidup kami pulak yang merana. Kalo setakat sebulan sahaja dia berhutang tak apalah, ini sudah 2 bulan.. dan sangat2 juga tak faham dengan sikap en ayah yang masih juga supply santan walau pun hutang yang sedia ada dah bertapuk.

Rasional en ayah, katanya “tak apa, kalo tak antor nanti susah nak minta payment…”  Adeiih, suamiku kenapa lah baik sangat.. kenapalah percaya sangat semua orang bak & tak amik kesempatan.

Bukan setakat 1 customer yang buat onar macam ni.. ade lagi lagi restoren pun sama juga… 2 customer buat onar macam ni dengan hutang kurang beberapa ringgit mencecah RM2k… untuk peniaga besar RM2k adalah kecil.. tapi peniaga macam en ayah, yang modal pusingan yang tak pernah cecah RM1k setiap kali membeli stok kelapa… RM2k adalah sangat besar.


Opah santan pun dah banyak kali pesan kat ibu supaya nasihatkan en ayah, “kutip utang tu.. kabo enal usoh bagi dah, minta utang tu dulu..”  Bila ibu cakap, en ayah ni mana nak dengor nasihat ibu, Opah santan ngusik ibu…”eh kamu tu bukan dulu apa konsultan.. akauntan.. “ “Yerla, konsultan untuk orang lain.. orang lain nak dengor & pakai cakap saya.. suami sendiri tak mau..” Lagi fenin la opah santan, sudahnya “lantak kome lah.. tak laghat dah mak nak pikir”


Ntah camana lah lagi ibu nak cakap lagi, nak nasihat… semua nasihat ibu ni langsung tak sesuai kata en ayah. Bahkan ibu selalu di warning supaya tidak campur tangan dalam urusan bisnes dia. Bukan lah ibu nak memandai, tapi ibu cuma nak membantu.. membantu supaya hutang tu dapat dikutip, dan kami boleh bayar hutang2 kami yang ada….


Ibu ni runsing tau bila bank telefon berkali2, “puan ansuran loan puan sudah due 2 bulan, blaaaa blaa blaa…”  Dan pihak maxis juga telefon “ puan, boleh puan confirmkan bila pembayaran akan dibuat…..blaaa” Itu belum surat merah dari TNB… dan notis nak potong air dari LAP.


Henfon kami dah kena bar.. masuk bulan ni dah bulan ke 2… Mujur la telefon rumah tidak… sebab ibu guna duit hasil berblog untuk membayar telefon rumah & streamyx. Terima kasih yer kawan2.. kalo kawan2 tak datang blog ibu, maka la en NUff nak kasi duit kat ibu.. walau pun kecil tapi besar maknanya pada ibu.


Baru2 ni en ayah dok tanya ibu pasal 1 akaun yang masih belum siap2 (dengan harapan duit buat akaun tu boleh bayar ansuran loan rumah.)… huhuuu.. Sad smile  memang sedih sangat sebab masih tak siap2.. bukan sengaja tak mau disiapkan.. tapi bila ibu nak buat kerja anak2 akan ganggu.. dan kalo ibu tinggal sekejap (cth buat urusan ‘pelaburan’ jap).. dokumen2 ade yang dah tak jadi macam asal.. dan ibu jadi susah betul nak buat koje bila takde meja yang sesuai untuk letak2 dokumen dengan selamat… Ibu jadi patah hati bila tengok dokumen orang kena conteng dengan anak2.. ade yang terkoyak.. uwaaaaa.,,,

KOje membuat akaun ni perlukan penumpuan yang tinggi.. at least 1 hari ibu perlu masa 2 jam tanpa gangguan. tapi ade en ayah nak bagi ibu masa sebanyak tu.. La ni hari2 setiap jam mengadap anak2.. sampai tengah malam.. (*berblog ni tak perlu nak fokus sangat.. boleh jer BW @ menaip sikit dan tinggal buat koej lain) en ayah balik tengahari jap, pastu kuor lagi mancing.. pastu lepas maghrib baru balik.. pastu kuor balik buat urusan lain (kadang2 jumpa kawan, kadang2 amik stok kelapa). Bila ibu cakap dengan en ayah.. ade la sesekala di hujung minggu (bukan setiap minggu yer,,) dia bawa anak2 ke rumah opah santan dan dia expect dalam 2 jam tu kerja ibu semua selesai… adeesss, suami kurang2.. kurang2 isterimu ini perlu 40-50 jam lagi…

lately ni en ayah ade bertanya “kawan ibu tu tak marah ke bila akaun tak siap2 ni” Selamba jer ibu jawab..”ntah2 dah merajuk kot, dah setahun lebih ni.., abis lari gamaknya plan dia... len kali takde harapan la nak buat akaun kedai dia dah..”

Ishhh.. customer dia yang tak bayar hutang.. kita pulak yang di suruh minta duit, walhal kerja yang customer ibu bagi pun tak siap2 lagi…

Kesimpulan, … nanti lah ibu beritahu apa yang ibu dah rancang.. tak leh nak beritahu awal2.. bila dah tertunai hasrat di hati (<< pinjam sikit tagline header kak Ina KL sat), baru lah ibu beritahu.. yang pasti ibu tak dapat dah nak pantau anak2 24 jam sehari macam sekarang.

Dan yang pasti, la ni hutang memang bertapuk.. makan minum pun tak menentu.. adat lah, kalo takat kicap & telur memang biasalah, tapi fikri tak suka kicap.. fikri hari2 dok tanya bila ayah nak beli ayam. Lepas dapat baucer KFC hari tu, ibu cakap, “nanti ayah amik (cam bagus jer amik.. Smile with tongue out)  ayam kat KFC, abang buleh makan banyak2 sampai keras perut.”


Dan yang sangat pasti.. lelaki memang EGO... fullstop.



IMG_9576


p/s
memula tadi ingat nak letak password n3 ni sebab riso kalo ade yang salah anggapan ker…



salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .