Thursday, August 20, 2009

Home » , » Marhaban ya Ramadhan!!

Marhaban ya Ramadhan!!

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelma, kakyong ingin mohon ampun maaf.. yer lah dalam berblog ni pasti lah ada tulisan2 yang tidak menyenangkan hati dan mungkin juga ada komen2 yang kakyong tinggalkan di blog kalian yang menyinggung @ membuah rasa kecil hati. Semoga sama2 dapat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia tahun ini , semoga juga ianya lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Tahun lepas kakyong menyambut Ramadhan dengan Aliya yang masih dalam pantang.. tetapi sempat berpuasa selama 3 minggu. Begitu juga semasa ANIs, 10 hari juga miss puasa. Kali ini berpuasa dengan fikri yang semakin nakal.. anis & aliya yang semakin kuat menyelongkar & men'tongkang-pecah'kan rumah... memang sungguh mencabar jiwa.. moga2 Ramadhan ini ibu dapat berehat dari jadi tarzan.. kalo boleh nak stop selamanya.. *sabar tu kadang2 susah nak dijaga.. api marah juga yang menyala..*

Apakah yang dicari pada Ramadhan?

  • ada yang menjadikan bulan Ramadhan bulan menjamu selera.. almaklum bazaar Ramadhan yang semakin superb.. bukan setakat saiz bazaar yang semakin luas.. bahlan tawaran hidangan juga melimpah ruah. Rezeki juga untuk para peniaga.
  • ada juga yang mengambil kesempatan untuk menguruskan badan, supaya boleh bergaya di pagi syawal.
  • anak2 sekolah pula menjadikan Ramadhan musim berlumba2 untuk berkhatam Al-Quran.. *situasi yang biasa ku lihat di sekolah agama rakyat di tempat ku ini..** yer lah, kalo dapat khatam quran & tidak ponteng, boleh dapat duit raya.. bukan singgit dua tapi duit merah2 tu tawarannya.
  • ibu2 yang terer buat kuih raya pula, awal2 dah promo kuih @ biskut raya... tempahan sudah bermula sejak sebelum Ramadhan tiba.
  • dan macam2 lagi lah kan.. itu belum dikira dengan pelbagai persediaan untuk menyambut kedatangan syawal.

Sesungguh, apa pula persediaan kita dan azam kita supaya sekolah @ universiti Ramadhan yang bakal kita tempuhi selama sebulan ni? dapatkah kita lulus dengan ijazah takwa dengan kepujian.. agak2nya kelas berapa kah ijazah yang bakal kita bawa ini untuk tempuh setahun yang akan datang.

Sebenarnya, kakyong menulis begini hanya untuk ingatan dan peringatan diri kakyong sendiri.. sebabnya sudah banyak Ramadhan ku yang banyak 'lobang' dan 'carik'.

Istimewanya Ramadhan.. semoga sama2 kita menghayati nya. kakyong petik sebahagian nya sahaja.. untuk lebih lanjut boleh rujuk di sini.

* Bulan Al Qur’an : adalah bulan yang didalamnya diturunkan al- Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang haq dan yang bathil. (QS Al-Baqarah :185)
*Surga dibuka, neraka ditutup, Setan dan jin terbelenggu. : pada bulan ramadhan Allah telah menyediakan pahala yang agung dan juga membentangkan ampunan serta rahmat Nya. Pada bulan ini pula Allah membuka pintu ketaatan, sebagai wasilah untuk menuai keberuntungan yang akan mengantarkan seseorang pada kenikmatan surga Nya. Sebagaimana sabda Nabi Saw :”Jika datang bulan ramadhan dibukalah pintu surga dan ditutup pintu neraka, dan setan terbelenggu” (HR Bukhari 4/97; Muslim 1079).
* Dosa terampuni :”Barangsiapa berpuasa ramadhan dengan iman dan mengharap pahala Allah, maka diampuni dosanya yang telah lampau”(Muttafaq”alaih). Ibadah ramadhan yang dikerjakan dengan baik akan mendatangkan keuntungan besar, yaitu dengan diampuninya dosa-dosa kita dimasa lalu oleh Allah Swt, selama tidak melakukan dosa-dosa besar. ( menduakan Allah)

Boleh juga baca di sini, Istimewa Ramadhan..

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

nota kecik : kakyong teringin nak buat giveaway sempena Ramadhan ni, tapi hadiah ni tak lah seberapa.. **tak sedar diri ni.. contest jom main air belum habis.. dah nak ON giveaway pulak.** ade sapa2 nak jadi co-host @ penaja bersama. semua yang menjadi Followers Catatan Ibu boleh masuk. Kali ni kakyong nak membaca kesah dan coretan kalian plak. Nantikan kemunculannya.. kali ni kakyong sendiri yang akan jadi jurinya.. jika ade yang nak jadi penaja bersama, boleh ler jadi juri.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

23 kawan ibu yang hebat:

sya said...

salam ramadhan kak yong..
saya punya azam, masih sama seperti azam2 untuk ramadhan tahun2 lepas.. :P cuma, tercapai atau tak je.. :P

Che Mah said...

Salam.. Kak Yong...

Selamat menyambut Ramadhan.... semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu... Insya Allah.....

Selamat Berpuasa!!

Ummu Mishkah said...

Moga dapt kita manfaatkan Ramadan ini...

zh-ena said...

selamat menyambut bulan ramdhan al mubarak..

Dayah @ Real Ummu said...

salam kyong..
moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kyongdan saya sekuarga..moga sama2 meningkatkan amalan...

ummuabdullahsyaakir said...

Salam Ramadhan juga kak yong...alhmdulillah kita dapat jumpa lagi Ramdhan kali ni..moga kita semua cuba 'up'kan amalan dgn lbh baik.

ummuabdullahsyaakir said...

Hehe kak yong ni pemurah betul,nboleh lagi nak buat giveaway...apa2 nnt inform lah yea...nak juga saya masuk ^_^

Unknown said...

salam ziarah kak yong..

sempena ramadhan ni, sue nak minta maaf kalau ade tersalah kata terkasar bahasa dlm kita ber'blogging'..

anyway, slm ramadhan..

yatie chomeyl said...

selamat menyambut ramadhan gak untuk kak yong.semoga ramadhan tahun ini lebih baik dr yang sebelum2 nya.

Nadiah Sidek said...

slmt menyambut bln ramadhan kak yong! sy pun mntk maaf ye kalau ada tersalah silap..

MyHasla said...

salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat bib & keluarga.

Izan Ishak said...

salam ramadhan kak yong...

semoga lebih sabar menempuhi ramadhan dgn keletah si kecil ber3...
(si kecil saya juga ber3...huhu...kena sabar byk2... xnak jadi tarzan dibln puasa ni)

ctzura said...

Salam Ramadhan wat kak yong & famili
Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dr yg sudah.

Selamat berpuasa..........Jgn lupa kunci jam.. bgn sahur!!

Hanz Jamaludin said...

Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk Kakyong sekeluarga....

♥cybermummy♥ said...

Selamat mneyambut bulan ramadan kak yong .
saya mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau pun ada yg menyinggung perasaan di waktu singkat kita berkenalan kat alam blogger ni . :D

Ummi Salsabila said...

selamat berpuasa kak yong..jgn lupe bgn sahur tau! hheheh

Dj Epoi said...

Bos!!!

Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga Bossssss!!!

Dj Epoi Family

ummu_abdullah said...

Salam kak yong,

Mudah-mudahan berjaya mendapat yang terbaik dari Ramadhan kali ini.

Tingkatkan amal, tingkatkan Ikhlas, Tingkatkan Istiqamah!

Anggap bagai takkan berjumpa lagi Ramadhan seterusnya.

♥MAMASYAZA♥ said...

salam ramadhan utk kak yong sekeluarga...sorry lambat lak su nak ucapkan semua ni...kesihatan kurang mengizinkan

Eta LaZiM said...

Selamat BERPUASA & BERBUKA ya!!!!

Mommy2H said...

Marhaban ya Ramadhan
Selamat melaksanakan ibadah Puasa ya….
Maafkan salah dan silap sepanjang perkenalan

Salam Ukhwah

Nor dan keluarga
Saitama, Japan

Unknown said...

Salam ramadhan buat semua , terima kasih atas ucapan, ingatan, harapan & doa..
semoga kita sama2 dapat mengutip keberkatan Ramadhan.

nadnye said...

Salam Ramadhan buat Kak Yong.. sama-sama kita menghayati Ramadhan...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .