Friday, August 28, 2009

Home » , , » Ramadhan 1430H : Day 5 & 6

Ramadhan 1430H : Day 5 & 6

Catatan ini adalah kesinambungan daripada n3 ini dan ini. Sengaja ibu letakkan tajuk Ramadham 1430H dan disusuli oleh hari ke berapa berpuasa. Tujuan hanya sebagai ingatan ibu, apa yang telah ibu sediakan dan apakah aktiviti yang telah kami sekeluarga buat.

Hari ke 5 berpuasa.

Jam 4.30 pagi en ayah telah keluar rumah, tak sempat bersahur dengan ibu. Cuma sempat minum milo secawan dan makan kurma beberapa biji. Sebenarnya ini adalah fenomena biasa, tahun2 sebelum ini pun ibu sudah biasa bersahur seorang diri. Sebab itu lah ibu suka makan yang simple2 ajer, seperti oat @ nestum + susu segar + beberapa biji kurma. Tapi tahun ini en ayah pesan ibu kena juga makan nasi, kesian kat Aliya kalo susu tak cukup.

Alhamdulillah, setakat 6 hari sudah berpuasa, bekalan susu untuk Aliya masih cukup, cuma pada hari ke3, ibu dapat rasa susu kurang. Untuk atasi masalah supaya Aliya tidak melalak kerana tidak dapat 'bergayut', maka ibu suapkan dia makan dengan lebih kerap. Aliya ni susah sangat kalo bab makan ni, dia makan sikit jer, kerana itu lah ibu harus @ mesti beri dia makan kerap2.

Hari ke5, hari rabu.. pagi2 anak2 ibu bagi makan telur rebus burung puyuh. Jiran kami yang sebelah satu lagi ni, bela burung puyuh. Rebannyer depan rumah jer. Ibu dari bulan lepas lagi nak snap foto rebannyer, tapi tiap kali ibu keluar rumah sidai kain, tiap kali itu jugalah ibu lupa.

Bulan lepas, puyuh nya baru jer mula bertelur, ade le 5 biji dia bagi kat ibu. Berebut2 anak2 yang 3 orang ni makan. maklumlah, pertama kali berkenalan dengan telur puyuh. jakun lah sket. Fikri siap minta lagi dan siap suruh ayah belikan lagi.

kali ini, dapat banyak sket, ade le dalam 13 biji. 1 biji telah dipecahkan oleh fikri.. ni kes tak sabor punya pasal. Dari 12 biji tu, fikri makan 6 biji.. aliya & anis dapat sorang 3 biji. Fikri memang tak tunggu dah, dia sendiri yang kupas, pastu ngap masuk mulut.. makan gaya tamak haloba. hmmm...

Petang nak berbuka, pakcik am antor kuih seri muka dan ondeh2 kesukaan ibu, makbonda yang masak. Suka nya ibu dapat ondeh2 yang makbonda buat *dah beranak pinak pun, masak makbonda tetap no1* , fresh dengan bau pandan. Seri muka 4 ketul tu, ayah makan 1, ibu makan 1, baki nya Anis yang makan. memula ibu ingat Anis tak nak, tapi dia ngadap kuih tu sampai habis.. sedap sangat lah tu kot kuih opah buat. Bila lah ibu nak merajinkan diri buat kuih ni.

En ayah request nak makan sambal belacan. Jadi ibu buat lah, segenggam cili api kampung, 1 cili merah, suku buah tomato dan sedikit belacan serta garam. Punya lah ibu malas, dengan lesung batu ibu letak jer atas meja.

Kami makan nasi selepas Isyak. Berbuka hanya dengan kuih & kurma ajer. Ibu masak yang simple jer. Plan asalnya nak goreng ayam, tapi en ayah last minute request nak ikan goreng. so goreng lah ikan sampai garing2.. ruper cam gaya nak hangus.

Hmm, sambal belacan tu en ayah makan sampai tinggal suku jer. Berselera sungguh en ayah makan, 2 hari tak makan nasi, habis 2 pinggan nasi + sambal belacan + ikan goreng garing + kicap + ulam petai. En ayah dengan kicap memang tak leh berenggang. Harap2 anak2 jangan le jadi hantu kicap. sayur tu en ayah tak makan pun, ibu lah yang habiskan semua, mujur masak sikit jer. Tu pun separuh sayur tu ibu habiskan waktu bersahur.

Hari ke 6 berpuasa

belah pagi anak2 sarapan roti sapu butter dan susu pekat penuh krim F&N.. hehehe.. Aliya suka sangat. Tengahari pulak depa makan nasi dengan lauk yang dalam foto bawah ni.

Foto ini di snap semasa masih dalam proses memasak.. selepas dah masak tak sempat nak snap foto.. anak2 yang kebuluran gaya anak burung kelaparan ni tak tak leh nak tunggu2 dah.. huhuu.. Fikri suka sosej di masak macam ni.. memula goreng sosej dgn sedikit minyak.. bila sosej dah start kembang-kembong (kira dah masak lah tu), pecahkan telur 2 biji yang sudah siap dipukul. Kalo ade kentang, potong dadu, masakkan sekali dengan sosej, sebaiknya masak kentang dulu. Stok kentang kat rumah dah habis. jadi sosej & telur ajer lah. Licin di makan dek Anis & Fikri. Aliya masa tu tengah tidur.

Ini adalah juadah berbuka kami, meehon 'ireng'.. *ibu pun tak faham lah naper lah ayah suka sangat kalo meehon tu di'kicap'kan sampai 'ireng'..* ibu suka dia nampak merah2 jer. tapi anak2 ku makan, sampai tak hengat. Puteri mandi itu adalah pemberian jannah, jiran sebelah. Meehon tu pun ibu masak lebih, 1 1/2 paket. Balas yang jannah bagi & juga makcik Bibah (jiran rumah 2 tingkat). Makcik bibah hantar kuih gelang.

Ini adalah anak2 ku yang kebuluran, yang sama2 meraikan ibu ayah berbuka puasa. Makan sampai tak hengat. banyak meehon dalam pinggan ALiya tu, tapi habis licin, separuh di atas baju & lantai, separuh jer sampai ke mulut. Anis seperti biasa, bertambah 2,3 kali.. sampai ibu kena stopkan dia.. seperti biasa pegang perut dia yang dah tegang.. & bagitau dia.. "cukup kakak, dah tegang ni". Yang di anakpanah merah itu adalah kuih gelang dari makcik Bibah.

Ramadhan memang bulan rezeki, setelah hampir seminggu berpuasa, belum lah lagi ibu teruk2 menyediakan juadah berbuka. Ade sajer tambahan juadah pemberian jiran dan makbonda. Cuma masalah terbesar yang ibu rasakan adalah untuk melawan amarah..tingkah anak2, terutamanya fikri memang sungguh mencabar jiwa ibu. Sebolehnya ibu cuba tidak mahu marah, tapi ada sahaja yang dibuatnya yang mencabut rasa sabar ibu. Nanti ibu buatkan entri lain untuk ini.

Ya ALlah, berilah daku kesabaran. Sesungguhnya daku berpuasa.

.

nota kecik : contest Jom main air.. ada 1 hari lagi sebelum ditutup esok pada jam 12 tengahari. Yang belum submit n3, sila2 segerakan. Jika terlambat, tiada masa tambahan ya. Setakat ini sudah ada 22 penyertaan. 8 pemenang yang dicari. Siapakah yang bertuah itu.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

17 kawan ibu yang hebat:

♥cybermummy♥ said...

sedap lah kak yong makan nasi , sayur masak air, ikan goreng dan sambal belacan . huuu mak aihhh ! mak mentua lalu pun saya buat bodoh je . hahhaa!!!
Lagi satu recipe sosej + telur tu saya nak cuba buat lah . Tambah lagi satu recipe segera tuk anak2 :D

zh-ena said...

aduh kak yong tgh2 lapar nie tgk menu yg ader dlm entry kak yong nie buat ena terliur jea

AiNeRzA said...

kak yong..best la pulak sambal belacan tu...hiihihi

sya said...

aduh, terliur nya tengok sambal belacan tu.. :P

kak yong,
kalau kat hotel kan diorang letak sambal belacan dalam lesung.. kira ok la tu.. :D

Unknown said...

cybermummy,
kalo tengah lapor, memang tak hengat sapa dah.. lebih lagi bila nasi nya panas2... :p

ena,
posa.. menahan nafsu... :D

AiNeRzA,
nanti berbuka leh ler buat.. ;)

sya,
kira stail hotel lah tu.. uhukkk.. :p

NzA said...

wah meriah sungguh ank2 kakyong..sronok tgk.

mummyseri said...

salam kak yong..wah meriah betol anak2 k.yong mkn tu yek..
anak sy pon tgh nyusu bdn so betol ckp k.yong kalo kite krg mkn air susu pon kurang kan..

♥MAMASYAZA♥ said...

wah kak yong..sronoknya tgk anak2 makan...tak pe kak yong...berbaloi kita memasak kalo diaorg memang jenis kaki makan...patut le bersemangat nengok badan bebudak bertiga tu...resipi sossage tu buat anak2 suka makan....nak try la nanti..tak penah buat pun kat umah..slalunya goreng sosage aje cicah sos

Nadiah Sidek said...

sedapnya kak yong...! huhu..sini nk bertukar2 juadah ngn sape...? rasa nak buat kuih tp penyakit M datang pulak skrg ni. huhuhu..

Dayah @ Real Ummu said...

alhamdulillah..banyak juadah berbuka...tghari pun kita kena mask kan kyong..budak kecik ni nak makan

Pija Madzlan said...

kakyong,

posa2 ni, makan ikan goreng dgn sambal belacan tu je pun sangat menyelerakan....

Eta LaZiM said...

Kak Yong:

Jom bertukar juadah... hehehehehee

Unknown said...

sitisifir,
cam tu lah gayanya kalo org yg baru tak dpt makan sehari.. dapat makan tu dah satu nikmat... camana lah agaknya mereka yg susah makan sehari sekali, makan apa yg ada..

mamaqaypo,
boleh2.. kat facebook erkkk.. jgn lupa antor yer... :))

Unknown said...

kak nza,
anak2 memang camtu.. lebih lagi anis.. bila time makan dia lah yg dulu.. bila tgk makan dah siap hidang, dia lah yg tukang panggil abg & adik dia makan... hihii..;;)

mummyseri,
tu lah, ibu BF ni kena jaga makan.. kalo terlupa nak sahur.. adoii.. memang letih sgt2 jadi nya...

mamasyaza,
anak2ku ni kecik2 lagi.. tp dah pandai tau request nak makan sedap2.. anak2 su lagi lah dah besor2.. mesti masing2 ade selera tersendiri.. x dilayan kang, sian plak.. ;)

nadiah,
meh lah tukor juadah dgn kakyong.. ihihkkk.. komuniti Islam sana ramai tak.. kena rajin g iftar & terawih d masjid lah kot.. baru bleh kenal ramai komuniti Islam..

Dayah,
tengahri masak simple2 jer.. kdg2 nasi goreng.. kdg2 buat sandwich jer.. dah bgtau siap2 nanti petang nak buka puasa, jd abg & kakak, baby tak leh makan byk2... heheeehhheee.. ni ibu kejam ni.. :p

Nadiah Sidek said...

huhu...kakyong hantar la mknn kat sini..ehe. ramai tu ramai tp pak2 arab je la yg ramainya. kwn nadiah yg dh sethn duk sini kata, thn lps dia gi msjd, diorg bkn nk bergaul dgn kita..pulak tu berbahasa Arab. huhu..mana nak faham! melayu kat sini ada sebuah keluarga & 2 org bujang lelaki..yg dh berkeluarga tu tgh dlm pantang la pulak..uhuhu..

Unknown said...

macam best je sosej goreng+ telur tu..wat sahur pun boleh gak..

Unknown said...

nadiah,
xdapek lah nak bantu kalo gitu keadaannya..
x ramai ke student m'sia kat situ..
x per lah.. brp tahun yer akan berada kat sana?
Insya Allah, lama2 ade lah kawan & kenalan baru.. :D

nik hazifah,
sosej bertelur tu bukan utk anak2 jer.. makbapak budak pun suka... =))

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .