

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini Catatan Ramadhan
Hari ke 7, hari jumaat, 28 Ogos 2009
Ini adalah aktiviti anak2.. adoii.. sebelum ni depa main sikit2 jer.. dan jarang2 lah nak g selongkar gobok yang ini.. tapi kali ini habis tunggang-langgang dikerjakan anak2... agaknya dah bosan dengan menan yang ade. Layan foto jer lah yer..
Ibu memang dah tak kuasa nak marah @ jadi tarzan.. sebab ibu nak save tenaga ibu.. juga nak save puasa ibu. huhhuuuuhh
depa memang sonok lah sangat dapat dapat memunggah dan menyelerakkan barang2 & perkakas dapur ibu.
ni abang fikri, dengan aksi buat kek.. dia cakap nak buat kek besor.. untuk baby, kakak, ayah & ibu... ibu memang tak larat nak layan, ibu tengok dari jauh jer.. suka hati lah anak2 ibu.. berkreatif lah sendiri...
Petang tu ayah balik.. terkezut besor.. tengok dapur yang dah macam tongkang karam.. ibu pulak boleh baring2 lagi kat ruang tamu.. bukan sengaja malas nak kemas.. tapi ibu asyik jadi macam nak pitam jer.. tu pasal lah ibu tak leh nak berlama-lamaan ngadap laptop.. tetiba jer kekadang rasa macam nak tumbang.. lama sangat duduk.. darah terperangkap kat kaki & tak naik ke kepala kot.. huhuuuuu.. tapi perasaan macam nak pitam tu sama lah masa ibu kena darah rendah masa pregnant.
Petang tu ibu masak cucur kucai jer, pengiringnya sambal tumis ikan bilis. Tu dah ber'lobang' sket sebab bagi kat jiran sebelah. Pukul 6 petang baru ibu masuk dapur, kemas2 dapur dulu.. sapu2 sampah.. simpan2 pinggan-mangkuk.. siapkan bahan2 untuk buat cucur.. pukul 6.45 baru start masak. Minuman untuk berbuka adalah air mata kucing, beli kat bazar Ramadhan.
ni pula hidangan kesukaan en ayah. cenonggeng ayam... *orang2 tua tak bagi budak2 @ anak2 dara makan ni, sebab nanti kuat beleter macam b*nt*t ayam.. * Ibu pun tak suka, tapi en ayah kan main suka lagi. Senang jer nak masak ni. cuci bersih2 cenonggeng ayam tu. pastulah perap 2,3 jam.. ikut suka lah nak perap camner.. tapi en ayah dia perap dengan serbuk kari & daun kari yang diricik halus. x boh garam pun. pastu simpan lah dalam peti ais. bila nak masak, masukkan kan jer dalam kuali. Masak tanpa minyak. Nanti cenonggeng ayam tu akan keluarkan minyak nyer tersendiri... masak sampai betul2 garing. Pastu siap untuk dihidang. Ntah apa nikmatnya makan cenonggeng ayam ni, ntah lah..
sekian kesah hari ke 7 berpuasa.
Salam buat semua,
Untuk bulan Julai 2009, ibu tak buat rank macam bulan Jun & May 2009. Untuk Julai 2009 ibu rangkumkan jumlah komen & kunjungan terbanyak, tetapi kali ini ibu telah meneliti kepada elemen 'tempoh masa' kawan2 ibu berada di Catatan Ibu. terima kasih kepada Puan google Analytic sebab membantu ibu. Kerap berkunjung, tetapi jika hanya touch n go sahaja, Puan google analytic tidak akan rekod masanya.
Oleh itu, award istimewa yang ibu sediakan bulan ini adalah merangkumi ke3-3 elemen ini :
Dengan itu, kawan2 ibu yang terpilih adalah:
p/s : tak sempat pulak nak emailkan kod, ni dah kena bersiap nak ke rumahmertua.
Jika menghadapai masalah untuk copy paste.. sila gunakan teknik yang telah diajar dalam n3 ini.. cara tepek foto di blog
Catatan ini adalah kesinambungan daripada n3 ini dan ini. Sengaja ibu letakkan tajuk Ramadham 1430H dan disusuli oleh hari ke berapa berpuasa. Tujuan hanya sebagai ingatan ibu, apa yang telah ibu sediakan dan apakah aktiviti yang telah kami sekeluarga buat.
Hari ke 5 berpuasa.
Jam 4.30 pagi en ayah telah keluar rumah, tak sempat bersahur dengan ibu. Cuma sempat minum milo secawan dan makan kurma beberapa biji. Sebenarnya ini adalah fenomena biasa, tahun2 sebelum ini pun ibu sudah biasa bersahur seorang diri. Sebab itu lah ibu suka makan yang simple2 ajer, seperti oat @ nestum + susu segar + beberapa biji kurma. Tapi tahun ini en ayah pesan ibu kena juga makan nasi, kesian kat Aliya kalo susu tak cukup.
Alhamdulillah, setakat 6 hari sudah berpuasa, bekalan susu untuk Aliya masih cukup, cuma pada hari ke3, ibu dapat rasa susu kurang. Untuk atasi masalah supaya Aliya tidak melalak kerana tidak dapat 'bergayut', maka ibu suapkan dia makan dengan lebih kerap. Aliya ni susah sangat kalo bab makan ni, dia makan sikit jer, kerana itu lah ibu harus @ mesti beri dia makan kerap2.
Hari ke5, hari rabu.. pagi2 anak2 ibu bagi makan telur rebus burung puyuh. Jiran kami yang sebelah satu lagi ni, bela burung puyuh. Rebannyer depan rumah jer. Ibu dari bulan lepas lagi nak snap foto rebannyer, tapi tiap kali ibu keluar rumah sidai kain, tiap kali itu jugalah ibu lupa.
Bulan lepas, puyuh nya baru jer mula bertelur, ade le 5 biji dia bagi kat ibu. Berebut2 anak2 yang 3 orang ni makan. maklumlah, pertama kali berkenalan dengan telur puyuh. jakun lah sket. Fikri siap minta lagi dan siap suruh ayah belikan lagi.
kali ini, dapat banyak sket, ade le dalam 13 biji. 1 biji telah dipecahkan oleh fikri.. ni kes tak sabor punya pasal. Dari 12 biji tu, fikri makan 6 biji.. aliya & anis dapat sorang 3 biji. Fikri memang tak tunggu dah, dia sendiri yang kupas, pastu ngap masuk mulut.. makan gaya tamak haloba. hmmm...
Petang nak berbuka, pakcik am antor kuih seri muka dan ondeh2 kesukaan ibu, makbonda yang masak. Suka nya ibu dapat ondeh2 yang makbonda buat *dah beranak pinak pun, masak makbonda tetap no1* , fresh dengan bau pandan. Seri muka 4 ketul tu, ayah makan 1, ibu makan 1, baki nya Anis yang makan. memula ibu ingat Anis tak nak, tapi dia ngadap kuih tu sampai habis.. sedap sangat lah tu kot kuih opah buat. Bila lah ibu nak merajinkan diri buat kuih ni.
En ayah request nak makan sambal belacan. Jadi ibu buat lah, segenggam cili api kampung, 1 cili merah, suku buah tomato dan sedikit belacan serta garam. Punya lah ibu malas, dengan lesung batu ibu letak jer atas meja.
Kami makan nasi selepas Isyak. Berbuka hanya dengan kuih & kurma ajer. Ibu masak yang simple jer. Plan asalnya nak goreng ayam, tapi en ayah last minute request nak ikan goreng. so goreng lah ikan sampai garing2.. ruper cam gaya nak hangus.
Hmm, sambal belacan tu en ayah makan sampai tinggal suku jer. Berselera sungguh en ayah makan, 2 hari tak makan nasi, habis 2 pinggan nasi + sambal belacan + ikan goreng garing + kicap + ulam petai. En ayah dengan kicap memang tak leh berenggang. Harap2 anak2 jangan le jadi hantu kicap. sayur tu en ayah tak makan pun, ibu lah yang habiskan semua, mujur masak sikit jer. Tu pun separuh sayur tu ibu habiskan waktu bersahur.
Hari ke 6 berpuasa
belah pagi anak2 sarapan roti sapu butter dan susu pekat penuh krim F&N.. hehehe.. Aliya suka sangat. Tengahari pulak depa makan nasi dengan lauk yang dalam foto bawah ni.
Foto ini di snap semasa masih dalam proses memasak.. selepas dah masak tak sempat nak snap foto.. anak2 yang kebuluran gaya anak burung kelaparan ni tak tak leh nak tunggu2 dah.. huhuu.. Fikri suka sosej di masak macam ni.. memula goreng sosej dgn sedikit minyak.. bila sosej dah start kembang-kembong (kira dah masak lah tu), pecahkan telur 2 biji yang sudah siap dipukul. Kalo ade kentang, potong dadu, masakkan sekali dengan sosej, sebaiknya masak kentang dulu. Stok kentang kat rumah dah habis. jadi sosej & telur ajer lah. Licin di makan dek Anis & Fikri. Aliya masa tu tengah tidur.
Ini adalah juadah berbuka kami, meehon 'ireng'.. *ibu pun tak faham lah naper lah ayah suka sangat kalo meehon tu di'kicap'kan sampai 'ireng'..* ibu suka dia nampak merah2 jer. tapi anak2 ku makan, sampai tak hengat. Puteri mandi itu adalah pemberian jannah, jiran sebelah. Meehon tu pun ibu masak lebih, 1 1/2 paket. Balas yang jannah bagi & juga makcik Bibah (jiran rumah 2 tingkat). Makcik bibah hantar kuih gelang.
Ini adalah anak2 ku yang kebuluran, yang sama2 meraikan ibu ayah berbuka puasa. Makan sampai tak hengat. banyak meehon dalam pinggan ALiya tu, tapi habis licin, separuh di atas baju & lantai, separuh jer sampai ke mulut. Anis seperti biasa, bertambah 2,3 kali.. sampai ibu kena stopkan dia.. seperti biasa pegang perut dia yang dah tegang.. & bagitau dia.. "cukup kakak, dah tegang ni". Yang di anakpanah merah itu adalah kuih gelang dari makcik Bibah.
Ramadhan memang bulan rezeki, setelah hampir seminggu berpuasa, belum lah lagi ibu teruk2 menyediakan juadah berbuka. Ade sajer tambahan juadah pemberian jiran dan makbonda. Cuma masalah terbesar yang ibu rasakan adalah untuk melawan amarah..tingkah anak2, terutamanya fikri memang sungguh mencabar jiwa ibu. Sebolehnya ibu cuba tidak mahu marah, tapi ada sahaja yang dibuatnya yang mencabut rasa sabar ibu. Nanti ibu buatkan entri lain untuk ini.
Ya ALlah, berilah daku kesabaran. Sesungguhnya daku berpuasa.
.